Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pinjaman Peribadi Terbaik Di Malaysia 2016

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 31 October, 2019

 

Pinjaman peribadi adalah salah satu instrumen kewangan yang boleh membantu anda untuk merealisasikan hasrat-hasrat teersebut. Dalam artikel ini, kami telah senaraikan antara pinjaman-pinjaman peribadi terbaik untuk tahun 2016.

Adakah anda berhasrat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan anda? Atau ingin merealisasikan hasrat mengubahsuai rumah anda?

Sebelum anda mula mengisi borang permohonan, terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira terlebih dahulu untuk memaksimakan pulangan pinjaman anda. Lagipun, anda tentu mahukan pinjaman peribadi yang mampu dimiliki dan sesuai dengan bajet jangka panjang anda. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda fikirkan:

1. Adakah anda bekerja di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?Seperti kakitangan kerajaan yang lain, pekerja GLC menikmati beberapa keistimewaan berkaitan dengan permohonan pinjaman peribadi. Antaranya ialahkadar faedah yang rendah, tempoh pinjaman yang lebih panjang, dan bagi sesetengah pinjaman, rebat.

2. Berapa yang anda mampu bayar setiap bulan?
Sememangnya kita akan teruja melihat jumlah yang boleh dipinjam kadangkala mencecah ratusan ribu Ringgit. Namun, anda harus ingat yang ini adalah pinjaman yang perlu dibayar semula setiap bulan beserta faedah. Pastikan anda semak semula bajet perbelanjaan anda untuk mengambilkira pembayaran semula pinjaman ini. Di samping itu, berhati-hati juga dengan tempoh pinjaman kerana ia akan memberi kesan terhadap kadar faedah yang dkenakan: lebih panjang tempoh pinjaman, lebih tinggi kadar faedah.

my_blog_uob-personal-loan

3. Berapakah kadar faedah, yuran serta caj-caj lain?
Perkara pertama yang anda harus selidik sebelum memohon pinjaman peribadi ialah kadar faedah serta caj-caj lain yang turut dikenakan. Kebanyakan bank tidak akan mmberi jumlah penuh pinjaman anda disebabkan caj seperti caj pemprosesan dan duti setem, premium insurans (sesetengah bank mewajibkan insurans Takaful terhadap pinjaman), dan pengurangan pembayaran semula di bulan pertama. Anda juga perlu mengambil perhatian terhadap caj bayaran awal dan lewat.

Maka, selidik dengan lebih terperinci sebelum anda memohon pinjaman peribadi! Jadi, mari kita liha pinjaman peribadi apakah yang terdapat di pasaran sekarang.

MY_BlogImage-011516_blog01

Pinjaman Peribadi Mumtaz-I MBSB

  • Layak untuk: Kakitangan kerajaan dan GLC
  • Kadar faedah: 3.4% setahun: untuk pinjaman dengan tempoh 2-4 tahun
  • 3.8% setahun: untuk tempoh pinjaman 5-10 tahun
  • Jumlah pinjaman: RM3,000 – RM 250,000
  • Tempoh pinjaman: sehingga 10 tahun
  • Yuran dan caj:
  • Caj bayaran lambat: 1% dari jumlah tertunggak pinjaman.
  • Yuran pembayaran awal: 1.5% dari baki tertunggak
  • Duti setem: RM 10
  • Pendapatan minima: RM 3,000 sebulan
  • Syarat kelayakan: 19 - 60 tahun. Rakyat Malaysia

Sepertimana namanya – Mumtaz bermaksud ‘terbaik’ atau ‘nombor satu’ dalam bahasa Arab, Pinjaman Peribadi Mumtaz-I MBSB ini menawarkan antara kadar faedah terbaik untuk kakitangan kerajaan kerajaan dan GLC, dari serendah 3.4% setahun sehingga 3.8% setahun, bergantung kepada jumlah dan tempoh pinjaman. Ia juga menggunakan konsep Tawarruq. Apa yang menjadikan pinjaman ini salah satu pinjaman yang popular di Malaysia jumlah pinjaman yang ditawarkan sehingga RM 250,000 dengan kadar faedah yang rendah, tanpa perlu cagaran atau penjamin.

Perhatian!
• Anda perlu memiliki rekod pekerjaan sekurang-kurangnya 3 tahun dengan majikan anda.
• Pinjaman datang dengan pakej wajib insurans Takaful
• Pembayaran semula perlu ditolak dari gaji anda, lantas arahan tetap untuk pendebitan automatik perlu dilaksanakan sebaik sahaja pinjaman diluluskan

Pinjaman Rakan Pintar Bank Rakyat

  • Layak untuk: Kakitangan kerajaan dan GLC terpilih
  • Kadar faedah:
  • 3.27% setahun: untuk pinjaman dengan tempoh 1-3 tahun
  • 3.7% setahun: untuk tempoh pinjaman 5-10 tahun
  • Jumlah pinjaman: RM3,000 – RM 200,000
  • Tempoh pinjaman: sehingga 10 tahun
  • Yuran dan caj:
  • Caj bayaran lambat: 1% dari jumlah tertunggak pinjaman.
  • Yuran pembayaran awal: Tiada
  • Duti setem: 0.5% dari jumlah pinjaman
  • Pendapatan minima: RM 1,000 sebulan
  • Syarat kelayakan: 18 - 60 tahun. Rakyat Malaysia. Telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan

Bank Rakyat sentiasa menawarkan produk-produk bagi memenuhi keperluan ramai, maka tidak hairanlah Pinjaman Rakan Pintar ini adalah salah satu skim yang patut anda pertimbangkan seandainya anda ingin memohon pinjaman peribadi. Kadar faedahnya yang serendah 3.27% adalah antara yang terbaik di pasaran.

Untuk menambah keistimewaannya, anda tidak perlu meletak cagaran atau penjamin untuk memohon pinjaman ini. Ia juga datang dengan pakej Takaful. Walaupun tidak wajib, kami nasihatkan anda mohon polisi insurans itu kerana kadar faedah adalah berbeza bagi peminjam yang tiada perlindungan Takaful. (4.06%setahun bagi pinjaman sehingga 3 tahun; 4.51% bagi pinjaman sehingga 10 tahun).

Cara pembayarannya juga amat ringkas. Anda hanya perlu mengeluarkan arahan tetap dari akaun bank anda untuk membuat pemindahan terus ke akaun pinjaman Bank Rakyat anda. Pemohon yang berjaya juga akan mendapat ganjaran-ganjaran lain seperti keahlian Perbankan Premium Bank Rakyat percuma dan rebat RM0.50 untuk semua transaksi MEPS dan Tabung Haji di ATM.

MY_BlogImage-011516_blog02

Pinjaman Peribadi Maybank

  •   Layak untuk: Kakitangan kerajaan dan swasta
  • Kadar faedah:
  • 6.5% setahun: untuk pinjaman dengan jumlah RM 50,001 – RM 100,000
  • 7.0% setahun: untuk pinjaman dengan jumlah RM 20,001 – RM 50,000
  • 8.0% setahun: untuk pinjaman dengan jumlah RM 5,000 – RM 20,000
  • Jumlah pinjaman: RM5,000 – RM 100,000
  • Tempoh pinjaman: sehingga 6 tahun
  • Yuran dan caj:
  • Caj bayaran lambat: 1% dari jumlah tertunggak pinjaman.
  • Yuran pembayaran awal: 3% dari baki tertunggak atau RM 200, yang mana lebih tinggi.
  • Pendapatan minima: RM 2,500 sebulan
  • Syarat kelayakan: 21 - 60 tahun. Rakyat Malaysia

Pinjaman Peribadi Maybank adalah antara pinjaman yang menawarkan proses permohonan paling mudah dalam kalangan pinjaman tanpa cagaran. Anda boleh memohon di laman web Maybank2u ataupun pergi ke cawangan Maybank terdekat. Ditawarkan untuk kedua-dua kakitangan kerajaan dan swasta, ia datang dengan kadar faedah yang kompetitif bergantung kepada jumlah pinjaman, dan kadar bayaran serendah RM 102.78 sebulan.

Anda tidak diwajibkan untuk memohon sekali Perlindungan Insurans Peribadi, namun adalah dinasihatkan untuk sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, tiada caj pemprosessan dikenakan untuk permohonan.

Ambank Credit Cards

Pinjaman Peribadi Sektor Swasta Bank Rakyat

  • Layak untuk: Kakitangan swasta dan GLC terpilih
  • Kadar faedah:
  • 6.16% setahun: untuk pinjaman dengan tempoh 1-3 tahun
  • 6.89% setahun: untuk tempoh pinjaman 5-10 tahun
  • Jumlah pinjaman: RM2,000 – RM 150,000
  • Tempoh pinjaman: sehingga 10 tahun
  • Yuran dan caj:
  • Caj bayaran lambat: 1% dari jumlah tertunggak pinjaman.
  • Duti setem: 0.5% dari jumlah pinjaman
  • Pendapatan minima: RM 2,000 sebulan
  • Syarat kelayakan: 18 - 60 tahun. Rakyat Malaysia

Satu lagi skim pinjaman Bank Rakyat ini isasarkan khusus untuk kakitangan swasta (dan sebahagian GLC). Produk yang mematuhi hukum Shariah sepenuhnya ini berdasarkan konsep Tawarruq, dengan kadar faedah mengikut Base Rate dari Bank Negara Malaysia.

Pinjaman ini tidak perlukan penjamin atau cagaran dan ianya hampir bebas dari sebarang caj tersembunyi, kecuali seperti yang tertera di atas. Seperti mana pinjaman Bank Rakyat yang lain, anda tertakluk dengan pakej insurans Takaful yang diwajibkan kepada permohonan yang berjaya.

Pinjaman ini menawarkan sehingga 5x gaji bagi yang berpendapatan antara RM 2,000 – RM 4,000, 15x gaji bagi yang berpendapatan antara RM 4,001 – RM 6,000 dan 25x gaji bagi yang berpendapatan melebihi RM 6,001 sebulan. Walaupun secara amnya ia dikhususkan untuk kakitangan swasta yang berpendapatan tetap, ia juga terbuka untuk professional berkontrak dengan gaji minima RM8,000 sebulan.

MY_BlogBanner_021516-CTA

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals