Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Berapa Pendapatan Diperlukan untuk Mampu Beli Rumah di KL?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 16 January, 2020

Membeli hartanah di Malaysia merupakan impian setiap individu. Walaupun laporan menunjukkan peningkatan harga rumah akan perlahan disebabkan keadaan ekonomi dan pasaran hartanah semasa, ramai golongan millennial masih tidak melihat peluang cerah untuk memiliki hartanah.

Untuk membantu anda memahami nilai rumah yang anda boleh beli dengan pendapatan semasa anda, kami telah menyediakan jadual yang memaparkan harga rumah, pinjaman (90%), dan bayaran ansuran bulanan pinjaman berdasarkan pendapatan anda.

Jadual ini berdasarkan andaian yang anda tidak mempunyai komitmen seperti kad kredit, hutang pinjaman peribadi, dan kemudahan kredit yang lain yang akan memberi kesan pada nisbah khidmat hutang (DSR).

Lihat juga: Ketahui langkah pengiraan Nisbah Khidmat Hutang (DSR)

Biasanya, anda boleh memohon pinjaman peribadi sebanyak 90% dari nilai rumah tersebut selagi kadar DSR anda dibawah 50% selepas mengambil kira semua komitmen hutang. Jadi, pastikan anda kemaskini pendapatan bersih untuk ketahui kebarangkalian permohonan pinjaman anda diluluskan ataupun tidak.

Perbandingan Harga Rumah vs Pendapatan

Pendapatan Yang Diperlukan Untuk Mampu Beli Rumah
Harga Rumah (RM) Pinjaman (90%) Tempoh (Tahun) Ansuran Bulanan (RM) (Berdasarkan kadar faedah antara 4.5% - 5.1%) Pendapatan Minima (RM)
100,000 90,000 30 490 2,000
200,000 180,000 30 935 3,000
300,000 270,000 30 1,368 3,500
400,000 360,000 30 1,824 5,000
500,000 450,000 30 2,280 6,000
600,000 540,000 30 2,736 7,500
700,000 630,000 30 3,192 8,500

Jika anda lihat jadual diatas, ansuran bulanan biasanya  sekitar 30% dari pendapatan bulanan anda. Ini  memastikan anda memiliki pendapatan yang cukup untuk memenuhi tanggungjawab dan keperluan kewangan anda seperti simpanan, pelaburan, ansuran kereta, dan persaraan.

Berdasarkan kadar faedah semasa pasaran, iatu antara 4.2% - 4.4% setahun, untuk pinjaman perumahan, anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1,760 sebulan untuk tempoh 30 tahun yang akan datang bagi membiayai pinjaman 90%  untuk membeli rumah berharga RM400,000.

Dengan inflasi gaya hidup serta peningkatan gaji yang perlahan, hasrat membeli rumah ini mungkin akan jadi sekadar impian sahaja. Buktinya yang lebih terperinci, 1 dari 2 siswazah yang diambil bekerja di Malaysia dibayar gaji kurang dari RM2,000 sebulan dan kadar pengangguran belia di Malaysia mencecah paras 10.7%, 3 kali ganda dari kadar global.

MY_BLOG_RentYourHome_02

Mengambil kira situasi semasa di Malaysia, termasuk purata DSR, Bank Negara merumuskan dalam Laporan Tahunan 2016 bahawa:

  • individu berpendapatan RM3,000 sebulan mampu membiayai pembelian rumah sehingga RM176,000
  • individu berpendapatan RM5,000 mampu membiayai pembelian rumah sehingga RM283,000
  • individu berpendapatan RM10,000 mampu membiayai pembelian rumah sehingga RM515,000.

Laporan tersebut turut memaklumkan yang hanya 35% rumah baru di pasaran mampu dimiliki, dengan lebihan rumah berharga melebihi RM500,000.

Berapakah Bayaran Pendahuluan yang Perlu Dibayar?

Jumlah Bayaran Pendahuluan
Harga Rumah (RM) Bayaran Pendahuluan (10%) Perjanjian Jual Beli & Perjanjian Pinjaman (Kos Guaman, RM) Duti Setem (RM) Jumlah Bayaran Pendahuluan (RM)
100,000 10,000 6793 1450 18,243
200,000 20,000 8,807 3,900 32,707
300,000 30,000 10,895 6,350 47,425
400,000 40,000 13,004 8,800 61,804
500,000 50,000 15,114 11,250 76,364
600,000 60,000 16,918 14,700 91,618
700,000 70,000 18,605 18,150 106,755

Jika ini merupakan rumah pertama anda, mungkin anda perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya 20% dari harga rumah tersebut sebagai bayaran pendahuluan. Selain kos di jadual diatas, bayaran tambahan perlu dibuat untuk:

  • Insurans gadai janji tempoh sekurang-kurangnya RM1,000
  • Kos ubah suai – minima RM20,000

Sesetengah pemaju akan menanggung kos duti setem (yang akan menjimatkan sedikit bajet anda), tetapi kami nasihatkan anda bandingkan dahulu pinjaman gadai janji yang ditawarkan sebelum membuat keputusan. Dengan ini, anda boleh memilih pinjaman yang terbaik, kerana penjimatan beberapa peratus sekalipun merupakan nilai yang besar.

Langkah Terbaik untuk Membiayai Bayaran Pendahuluan

Jika anda telah menemui rumah idaman yang ingin dibeli, jangan risau sekiranya simpanan anda tidak mencukupi untuk membiayai bayaran pendahuluan. Terdapat banyak alternatif yang boleh bantu untuk mencapai impian anda membeli rumah:

  1. Pinjaman Peribadi dengan Kadar Faedah yang Rendah

Jika anda memiliki rekod kredit yang bersih, anda berpeluang tinggi untuk memohon kadar faedah yang rendah untuk pinjaman peribadi dari bank. Proses kelulusan juga akan lebih cepat jika anda  mempunyai akaun simpanan di bank tersebut. Selepas menentukan tempoh bayaran, kadar faedah, serta ansuran bulanan, anda boleh melangsaikan bayaran pinjaman peribadi sebelum mula membayar pinjaman perumahan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun. Anda juga boleh memohon pinjaman peribadi yang membolehkan anda melangsaikan bayaran lebih awal tanpa dikenakan sebarang caj.

Bandingkan pinjaman peribadi terbaik untuk membantu anda disini!

  1. Pengeluaran akaun 2 KWSP

Anda boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan dari akaun 2 KWSP untuk membiayai bayaran pendahuluan dengan syarat:

  • Anda membeli rumah kediaman
  • Permohonan pinjaman telah diluluskan bank
  • SPA telah ditandatangani tetapi tidak lebih dari 3 tahun
  • Tidak pernah membuat pengeluaran untuk membeli rumah sebelum ini

Ketahui langkah untuk mengeluarkan simpanan KWSP bagi membuat pembelian rumah disini.

pl-guide-01-content

  1. Pelan EPP 0% (Kad Kredit)

Jika jumlah yang perlu dibiayai adalah sedikit, anda boleh menghubungi bank untuk menggunakan kemudahan bayaran ansuran tanpa faedah (EPP 0%) menggunakan kad kredit. Contoh, jika anda hanya tinggal RM6,000 sahaja lagi untuk bayaran pendahuluan dan kos sampingan, gunakan pelan EPP kad kredit, atau mohon pelan pindahan baki 0% dengan kad kredit Maybank ini.

Lihat juga: Apakah kelebihan pelan ansuran EPP?

Tips untuk Membiayai Pembelian Rumah Tanpa Kesan Besar Pada Kewangan Anda

  1. Gunakan Skim Rumah Pertama

Skim Rumah Pertama dan PR1MA merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan muda Malaysia untuk membeli rumah di negara ini.

Skim Rumah Pertama menawarkan:

  • Pembiayaan 100%; tidak perlu membuat bayaran pendahuluan 10%
  • Peminjam persendirian perlu memiliki pendapatan kasar tidak lebih dari RM5,000 sebulan, dan peminjam bersama perlu memiliki jumlah pendapatan kasar tidak lebih dari RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar maksima RM5,000 sebulan seorang)
  • Nilai hartanah antara RM100,000 hingga RM400,000
  • Perlu mendiami rumah selepas pembelian
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih dari 40 tahun, atau tidak melebihi 65 tahun bagi umur peminjam
  • Ansuran boleh dibayar melalui potongan gaji
  • Perlindungan Takaful dan insurans kebakaran WAJIB
  • Untuk tujuan pelunasan sahaja, tanpa ciri-ciri pengeluaran

PR1MA pula khusus untuk:

  • Rakyat Malaysia (individua atau keluarga) dengan jumlah pendapatan isi rumah RM2,500 - RM7,500 sebulan
  • Mereka yang tidak memiliki lebih dari satu rumah
  • Tempoh moratorium 10 tahun. Dalam tempoh ini, rumah tidak boleh dijual, atau dipindah pemilik tanpa mendapat persetujuan PR1MA
  • Perlu mendiami rumah selepas pembelian
  1. Jangan keluarkan simpanan KWSP kecuali anda benar-benar terdesak

Jika peruntukan anda untuk membayar wang pendahuluan telah cukup, JANGAN gunakan simpanan KWSP kerana ia bertujuan untuk persaraan anda. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menikmati dividen dengan purata 5-6% setahun. Kami cadangkan anda mula menyimpan sekiranya berhasrat untuk membeli rumah supaya bayaran pendahuluan boleh dibiayai tanpa sebarang kos tambahan.

  1. Penggunaan kad kredit yang bijak boleh membantu

Memiliki kad kredit serta menggunakannya dengan berhemah (tidak berbelanja melebihi kemampuan, membuat bayaran tertunggak sepenuhnya) akan menggambarkan anda seorang peminjam yang berkualiti tinggi. Secara umumnya, bank akan menawarkan kadar faedah lebih rendah untuk peminjam yang memiliki rekod bayaran bersih berbanding mereka yang langsung tidak memiliki rekod kredit. Ini kerana bank mengkategorikan peminjam tanpa rekod sebagai berisiko tinggi kerana tiada penanda aras yang boleh digunakan untuk membuat penilaian.

Mohon kad kredit asas tanpa yuran tahunan disini untuk bina rekod kredit anda segera!

AD-stanchart-PL

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals