Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apakah Pelan Ansuran Yang Terbaik Untuk Memiliki iPhone SE?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 April, 2019

Sudah tentu anda tahu tentang pelancaran iPhone SE pada bulan lepas, dan mungkin anda telah melihat ramai kenalan anda menggunakan produk terbaru keluaran Apple yang dijual pada harga serendah RM1,949 di laman web Apple Malaysia.

Walaupun ia diwar-warkan sebagai produk iPhone yang paling berpatutan di pasaran, RM2,000 adalah jumlah yang agak besar untuk dibelanjakan sekaligus untuk sebuah telefon pintar. Bagi memenuhi permintaan ramai, syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis, Celcom, UMobile dan Digi telah memperkenalkan pelan pembayaran ansuran untuk membantu meringankan beban kewangan bagi penggemar iPhone. Jadi, syarikat telekomunikasi yang manakah menawarkan pelan pembayaran ansuran iPhone SE dengan penjimatan yang terbaik?

Pertama sekali, mari kita lihat ciri-ciri iPhone SE:

  • iSight 12MP di kamera belakang dan 1.2MP di kamera depan
  • Pemproses 64-bit Apple A9 dan M9
  • Memori 16GB atau 64GB
  • Paparan skrin Retina 4 inci
  • Dimensi saiz 123.8mm x 58.6mm x 7.6mm dan berat 113g
  • Sensor ID Touch (generasi pertama), Apple Pay dan Siri
  • Bateri 1624 mAh
  • 2GB RAM
  • Terdapat dalam pilihan warna Gold, Rose Gold, Silver dan Space Grey
  • iOS 9.3

iPhone SE colors

Ringkasnya, iPhone SE menawarkan kecekapan dan fungsi iPhone 6 dalam bentuk yang lebih padat dan harga yang jauh lebih murah. Jangka hayat bateri yang lebih lama dan kamera yang lebih canggih (dengan kapasiti video 4K HD) adalah berita baik untuk para pengguna iPhone 4 dan iPhone 5, termasuk peminat Apple yang lebih menggemari telefon pintar boleh dimuatkan di dalam poket belakang mereka. Walau bagaimanapun, kamera depan iPhone SE tidak sebagus iPhone 6, jadi jika anda gemar berselfie, anda tidak akan mendapat gambar selfie sebaik iPhone 6!

Anda mungkin pernah mendengar banyak aduan mengenai Apple 'mengitar semula' reka bentuk iPhone 5 / 5S, tetapi ramai yang gembira dengan keputusan Apple untuk membawa kembali reka bentuk segi empat tepat yang nostalgik ini.

my_blog_genericproducts_scb_rev_021417

Skrin iPhone SE adalah lebih kecil berbanding dengan iPhone 6, tetapi ia bergantung kepada pilihan dan bajet anda. Telefon pintar ini mempunyai pemproses teras yang sama dengan iPhone 6 S iaitu A 9, dan menawarkan sistem dan pengalaman penggunaan yang lebih pantas berserta grafik yang lebih baik daripada iPhone 5. Pemproses yang pantas ini juga membolehkan fungsi hands-free 'Hey Siri' dan Apple Pay.

The size difference between 3 iPhone models

Jika anda telah biasa dengan skrin yang lebih besar, ianya sedikit sukar untuk menyesuaikan diri anda dengan skrin 4 inci, tetapi ia hanya akan mengambil beberapa hari untuk membiasakan diri dengan skrin yang lebih kecil. Kelemahan produk ini adalah ianya datang dengan hanya 2 pilihan memori iaitu 16GB dan 64GB. Perbezaan harga kedua-dua pilihan ini adalah agak besar, lebih daripada RM500! Kebanyakan pengguna tidak puas dengan memori sekecil 16GB, walaupun mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan iCloud.

Hakikatnya tidak semua orang sanggup membayar RM2,499 untuk memori yang lebih besar. Walaupun begitu, iPhone SE adalah sebuah telefon pintar berprestasi tinggi yang baik yang boleh didapati pada harga yang berpatutan. Seterusnya, mari kita lihat pelan pembayaran ansuran IPhone SE yang kini terdapat di pasaran:

UMobile – iPhone SE pada harga serendah RM705?!

Tepat sekali, UMobile menawarkan pelbagai pakej bundle iPhone SE dan pelan pasca bayar atau prabayar bersama dengan iPhone SE pada harga serendah RM705! Lihat jadual di bawah pelan iPhone SE i-Plan:

UMobile's iPhone SE packages

Apakah Pelan Ansuran Yang Terbaik Untuk Memiliki iPhone SE? | CompareHero.my

Pakej-pakej yang ditawarkan adalah menarik dan sangat kompetitif berbanding dengan pesaing UMobile. Walau bagaimanapun, semua pelan tersebut terikat dengan kontrak 24 bulan, dan pemohon dikehendaki membuat bayaran pendahuluan di antara RM240 (pelan i40) hingga RM960 (pelan i130) yang akan di rebat kembali dalam tempoh 24 bulan.

UMobile juga menawarkan U Microcredit yang membolehkan anda memiliki iPhone SE pada harga serendah RM58 sebulan. Pelan ansuran ini tidak memerlukan penggunaan kad kredit dan boleh dipanjangkan sehingga 36 bulan. Anda boleh memohon untuk U Mikrocredit dalam talian atau lawati mana-mana kedai UMobile yang terdekat. UMobile juga menawarkan pelan pinjaman fleksibel melalui Flexi U Microcredit dengan kadar faedah tetap sebanyak 1.10%.

Jika anda memilih untuk menggunakan kad kredit anda untuk faedah 0% dengan UPackage, pelan ini boleh didapati dalam tempoh 24 bulan pelan ansuran seperti di bawah:

UMobile Upackage untuk iPhone SE 16GB:

UMobile UPackage for iPhone SE 16GB

 

UMobile Upackage untuk iPhoe SE 64GB:

UMobile UPackage for iPhone SE 64GB

Jika anda tidak suka terikat dengan kontrak, anda boleh membeli iPhone SE dari UMobile pada harga RM1,824 untuk 16GB atau RM2,249 untuk 64GB dengan pelan prabayar i40. Harga adalah termasuk bayaran pendahuluan dan RM159 tambah nilai yang sah untuk 200 hari. Anda boleh melawat laman web UMobile untuk maklumat lanjut di sini.

Maxis - Pelan bulanan serendah RM45 sebulan!

Dengan program Maxis Zerolution, anda boleh memiliki iPhone SE 16GB pada harga serendah RM45 sebulan atau iPhone SE 64GB daripada RM66 sebulan. Namun, anda perlu mendaftar untuk pelan MaxisONE 128, 158 atau 188 bagi menikmati kadar yang rendah ini. Jika anda tidak memerlukan kuota data yang besar, pelan MaxisONE ini langsung tidak berbaloi untuk anda. Tetapi, jika anda seorang pengguna telefon pintar yang tegar, lihat pakej di bawah untuk pilihan yang ditawarkan oleh Maxis:

Maxis ONE plans

Program Zerolution membolehkan anda membeli iPhone SE dengan kontrak 24 bulan dan boleh digabungkan dengan mana-mana pelan MaxisONE pilihan anda. Dua ciri bijak tentang program ini adalah:

1) Anda boleh melanggan program naik taraf tahunan yang membolehkan anda menaik taraf kepada telefon baru setiap tahun. Hanya kembalikan telefon lama anda (selagi ia dalam keadaan baik) selepas 12 bulan penggunaan.

2) Anda boleh melindungi telefon anda dengan pelan perlindungan telefon SafeDevice untuk keretakan, kerosakan akibat kemalangan dan kecurian.

Kedua-dua ciri tersebut berharga RM20 dan RM23 sebulan (ini akan dimasukkan ke dalam penyata bulanan anda) setiap satu.

Berikut adalah berita yang baik untuk pendaftar awal. Maxis menawarkan pelan perlindungan telefon SafeDevice PERCUMA selama 3 bulan bagi mereka yang mendaftar untuk iPhone SE melalui rancangan Zerolution + pelan naik taraf tahunan bermla daripada 13 Mei - 30 Jun 2016.

Anda hanya akan membayar RM1,080 untuk iPhone SE 16GB dan RM1,584 untuk iPhone SE 64GB dengan tempoh 24 bulan kontrak dengan Maxis Zerolution. Ini bermakna anda dapat menikmati penjimatan sebanyak RM869 dan RM915 bagi setiap model! Ia merupakan tawaran yang baik untuk para pengguna, walaupun UMobile menawarkan iPhone SE pada harga yang lebih rendah apabila digabungkan dengan pelan panggilannya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pakej Maxis iPhone SE Zerolution.

Celcom - iPhone SE dari hanya RM578 untuk masa yang terhad!

Celcom menawarkan iPhone SE pada harga serendah RM578 apabila digabungkan dengan pakej FIRST Platinum, yang boleh didapati dalam masa yang terhad (promosi berakhir pada 31 Mei 2016). Lihat jadual di bawah untuk pemahaman yang lebih baik tentang pakej yang sedia ada:

Celcom iPhone SE packages

Sebelum anda semua teruja dengan harganya yang sangat rendah, jangan lupa bahawa anda perlu mengeluarkan bayaran pendahuluan sebanyak RM45 untuk pelan FIRST Blue dan RM150 untuk pelan FIRST Gold Blue (kedua-duanya terikat dengan kontrak 12 bulan). Sebaliknya, pelan FIRST Platinum memberikan anda pilihan untuk membayar bayaran RM150 terlebih dahulu untuk kontrak 6 bulan atau RM1,100 bayaran pendahuluan untuk kontrak 24 bulan.

Berita baiknya adalah bayaran pendahuluan yang dibuat akan direbat dalam bil bulanan anda sepanjang tempoh 10 bulan. Tetapi membayar RM1,100 sebagai pendahuluan untuk pelan FIRST Platinum masih mahal untuk kebanyakkan pengguna, walaupun dengan rebat. Pelan FIRST tidaklah begitu menarik berbanding pesaingnya yang lain. Kuota data yang ditawarkan adalah agak kecil, hanya antara 2GB hingga 9GB, walaupun ditambah dengan kuota data untuk WiFiPlus bagi setiap pelan.

Celcom juga merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan 6 bulan kontrak pada harga RM1,665 (16GB) dan RM2,090 (64GB). Ia adalah tawaran yang hebat bagi mereka yang lebih selesa dengan komitmen kewangan yang singkat, dengan penjimatan sebanyak RM284 dan RM409 bagi kedua-dua pilihan iPhone SE. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai tawaran iPhone SE daripada Celcom.

Digi - Dapatkan iPhone SE secara PERCUMA dengan Digi Postpaid 238!

Sukar dipercayai bukan? Digi menawarkan iPhone SE 16GB secara PERCUMA jika anda memilih pelan Digi Postpaid 238, atau membayar RM482 untuk iPhone SE 64GB di bawah pelan yang sama. Sebelum anda tergesa-gesa ke kedai Digi yang berdekatan untuk mendapatkan iPhone SE percuma, jangan lupa bahawa anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1,903 (RM1,665 bayaran pendahuluan + RM238 bayaran pendahuluan pelan) bagi model 16GB, dan RM2,328 (RM1,608 bayaran pendahuluan + RM482 + RM238 bayaran pendahuluan pelan) bagi model 64GB.

Digi iPhone SE packages

Lihat juga: Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia

Ia mungkin bukan pelan yang terbaik untuk mereka yang tidak bersedia dengan sejumlah wang yang besar. Tetapi jika anda berminat untuk mendaftar dengan pelan ini, anda akan terikat dengan kontrak 24 bulan. Anda juga perlu tahu bahawa walaupun anda mendapat iPhone SE 16GB secara percuma, anda akan membayar RM5,712 pada tempoh tamat kontrak anda. Itu lebih daripada dua kali ganda harga asal model telefon pintar tersebut.

Dengan Digi Postpaid 238 More Internet, anda akan mendapat kuota data sebanyak 30GB, 1000 minit panggilan percuma dan 1000 SMS percuma setiap bulan, manakala Digi Postpaid 238 More Calls & SMS menawarkan kuota data 25GB berserta panggilan dan SMS tanpa had. Pakej yang ditawarkan memang berbaloi jika anda menggunakan data Internet yang banyak sepanjang masa.

my_blog_productbanners_bsn_rev_021417

Walau bagaimanapun, jika anda tidak memerlukan kuota data yang besar, ianya jauh lebih murah jika anda mengguunakan pelan yang lebih rendah atau membeli telefon secara terus di bawah Digi 0% Easy Payment Plan dengan pelan ansuran yang bermula daripada RM70 sebulan. Pelan lain juga terdapat dalam bentuk Digi Postpaid 48, 68, 98 dan 148, dengan harga iPhone SE yang bermula daripada RM681. Tempoh kontrak untuk Digi Postpaid 48 ialah 12 bulan manakala pakej yang lain terikat dengan tempoh kontrak 24 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pakej iPhone SE Digi.

Adakah anda bercadang untuk bertukar kepada iPhone SE? Pelan pembayaran ansuran yang manakah yang terbaik untuk bajet dan keperluan anda? Kongsi pendapat dan cadangan anda dengan kami di bahagian komen di bawah!

Apply Now Best AmBank Credit Cards

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals