Pelan Pascabayar Terbaik iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia


pelan-iphone-8-iphone-8-plus

Anda sedang merancang untuk membeli iphone 8 atau iphone 8 Plus terbaru keluaran Apple? Artikel ini boleh membantu anda. Kami telah membandingkan pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Untuk memudahkan perbandingan, sila rujuk jadual bagi memastikan anda memilih pelan yang sesuai dengan keperluan, dari segi harga, data, dan kelebihan dari syarikat telekomunikasi.

Apakah Ciri Baharu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus?

Sebelum memulakan perbandingan, mari kita lihat ciri-ciri baharu yang digunakan oleh telefon pintar terbaru keluaran Apple ini:

  • 3 model terbaru dengan naiktaraf “S” serta flagship terbaru
  • Skrin melengkung OLED dengan penggunaan teknologi True Tone dan/atau cermin Ion-X
  • Butang Home maya
  • Sistem imbasan wajah menggantikan TouchID
  • Pengecasan tanpa wayar dan/atau pengecasan pantas USB-C
  • Penggunaan dwi-kamera belakang
  • Kamera dilengkapi dengan fungsi untuk Augmented Reality
  • Sistem sokongan Apple Pencil
  • Permukaan kaca dengan badan keluli tahan karat
  • Memori dan storandari 64GB, dan RAM 3GB
  • Kemasan permukaan lebih eksklusif dengan pelbagai warna untuk dipilih
  • Modem dari Intel atau Qualcomm
  • iOS 11
  • Keupayaan kalis air yang ditambah baik
  • Fon telinga berkualiti tinggi untuk pengalaman audio yang lebih baik
  • Sistem pemprosesan generasi baru Apple (A10X atau A11)

Pelan Pascabayar Terbaik Untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

Pelan Pascabayar Terbaik iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
Syarikat Telekommunikasi & Plans Pelan (RM) Data (GB) Harga  iPhone 8 64 GB (RM) Harga iPhone 8 256 GB (RM) Harga iPhone 8 Plus 64 GB (RM) Harga iPhone 8 Plus 256 GB (RM)
Digi 78 78 12 2570 3230 3005 3665
Digi 108 108 18 2370 3030 2805 3465
Digi 138 138 24 2170 2830 2605 3265
Celcom 98 138 40 2398 3058 2828 3488
Celcom 128 128 50 2038 2698 2468 3128
Celcom 148 148 60 2038 2698 2468 3128
Celcom 188 188 100 1748 2408 2188 2848
Maxis 128 128 30 2330 2630 2405 3065
Maixs 158 158 40 2150 2810 2585 3245
Maxis 188 188 50 1970 2990 2765 3425
UMobile 90 90 7 2500 3160 2935 3595
UMobile 130 130 10 2140 2800 2575 3235

Berdasarkan maklumat yang diberikan, semua syarikat telekomunikasi menawarkan panggilan dan SMS tanpa had untuk mana-mana pelan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Jadi, anda tidak lagi perlu risau akan had penggunaan setiap bulan.

Pelan iPhone 8 Terbaik untuk Kuota Data Terbanyak: Celcom 188 dengan 100GB

Pelan iPhone 8 Terbaik dengan Komitmen Bulanan Termurah: Digi 78 atau UMobile 90

Pelan iPhone 8 dengan Nilai Terbaik (Kuota Data Terbanyak Serta Faedah-Faedah Lain Berbanding Pelan-Pelan Lain) : Celcom 98, 128 and 148

Namun begitu, anda boleh dapatkan penstriman muzik dan video percuma dengan pelan U Mobile Video Onz & Music Onz) atau Celcom (Video Walla & aplikasi Yonder Music).

scvisaplatinum-png
  • tiada yuran tahunan seumur hidup
mohon_sekarang

Bagaimana Untuk Membiayai Pembelian iPhone 8 atau iPhone 8 Plus?

Oleh kerana harga gajet ini boleh dikira agak mahal, anda mungkin boleh mengunakan manfaat dari penggunaan kad kredit untuk dapatkan lebih nilai dari pembelian anda.

Ini cara untuk membeli iPhone 8 dengan kad kredit:

1. Pilih dan mohon kad kredit

Langkah ini perlu diambil sekiranya anda belum memiliki kad kredit. Pilih dan mohon kad kredit yang sesuai dengan tujuan serta perbelanjaan sampingan anda, sama ada untuk rebat, mata ganjaran, ataupun kegunaan asas.

Berikut merupakan senarai kad kredit cadangan kami:

a. Kad Kredit Maybank 2 Gold

Kad kredit dari Maybank ini menawarkan mata ganjaran 5x bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada hujung minggu dan rebat tunai 5% menggunakan kad Amex. Dengan tiada yuran tahunan dikenakan, kad ini mungkin antara yang terbaik bagi pengguna baru.

Syarat kelayakan minima: Pendapatan bulanan RM2,500 dan keatas.

cta-bm

b. Kad Kredit Citi Simplicity+

Anda boleh mendapatkan penjimatan kadar faedah sehingga 10% dengan pembelian menggunakan kad kredit ini Dengan hanya membuat bayaran tertunggak tepat pada masanya. Tambahan pula, kad kredit ini juga tidak memiliki yuran tahunan!

Syarat kelayakan minima: Pendapatan bulanan RM2,000 dan keatas.

cta-bm

c. Kad Kredit HSBC Visa Platinum

8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bakal ditawarkan bagi pembelian di lebih 30 pusat membeli belah seperti  Mid Valley and The Gardens. Beli iPhone 8 anda disana dan peroleh lebih banyak mata ganjaran untuk ditebus bagi hadiah-hadiah menarik.

Syarat kelayakan minima: Pendapatan bulanan RM3,000 dan keatas.

cta-bm

2. Manfaatkan pelan ansuran tanpa faedah

Pelan ini biasanya ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi untuk kad-kad kredit tertentu. Sebelum membuat pembelian, rujuk sama ada mereka menawarkan pelan pembayaran ansuran menggunakan kad kredit. Pembayaran menggunakan pelan ini kadangkala lebih murah (dan mungkin disertakan insurans perlindungan) berbanding membeli secara terus.

3. Gunakan pindahan baki

Jika anda tidak ada pilihan untuk pelan ansuran, ataupun membuat pembelian dengan kadar faedah yang rendah, mungkin anda boleh memohon kad kredit baru (jika anda layak) melalui pelan pindahan baki. Dengan pelan ini, anda boleh menjimatkan sehingga 18% dari caj faedah dan membuat bayaran iPhone anda sehingga 24 bulan, seperti pelan ansuran.

Sebelum anda meneruskan hasrat untuk membeli iPhone 8 atau iPhone 8 Plus ini, pastikan anda ketahui kos selepas memilikinya. Selain itu, tanya diri anda jika anda  memerlukan telefon pintar ini.