Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Insuran Perjalanan Yang Menawarkan Pelan Perlindungan Covid-19

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 12 April, 2022

Pelan Insuran merupakan antara perkara yang wajib dimiliki oleh setiap orang sebagai perlindungan dari perkara yang tidak diingini. Namun tidak ramai yang melanggani pelan insuran perjalanan atas sebab-sebab berikut:

  • Bergantung kepada perlindungan yang ditawarkan oleh kad kredit yang digunakan untuk menempah percutian
  • Tidak mempunyai pengetahuan mengenai kos pembiayaan perubatan di luar negara
  • Menganggap mereka tidak memerlukannya dan ianya tidak penting

Insuran perjalanan sangat penting tambahan lagi dengan keadaan semasa kita yang terdedah dengan wabak Covid-19. Kami sarankan anda untuk mendapatkan insuran perjalanan terutamanya jika anda ingin melancong ke luar negara kerana kebanyakan insuran tidak menawarkan perlindungan sekiranya apa-apa terjadi kepada anda sepanjang anda berada di luar negara.

Apa yang menariknya mengenai insuran perjalanan ialah ia meliputi penerbangan tertunda, lewat atau dibatalkan. Selain itu, anda juga layak membuat tuntutan sekiranya bagasi atau dokumen penting seperti pasport hilang dan lain-lain lagi. Dan perlindungan Covid-19 juga merupakan antara perlindungan terkini yang disediakan oleh pihak insuran bersesuaian dengan keadaan semasa.

Jom kita teliti 5 pelan insuran perjalanan yang menawarkan perlindungan Covid-19:

1. Etiqa Tripcare 360

Etiqa Tripcare 360 merupakan antara insuran perjalanan yang mempunyai pelbagai perlindungan termasuk perlindungan dari wabak COVID-19 khusus untuk anda yang ingin bercuti ke luar negara. Perlindungan Covid-19 ini termasuk sekiranya perjalanan anda terpaksa dibatalkan, terganggu, memerlukan perbelanjaan perubatan ataupun penghantaran pulang dan pengebumian jenazah akibat Covid-19. Namun, destinasi dalam endemik atau pandemik pada tahap 4 tidak dilindungi di bawah pelan ini. Pastikan anda semak status tempat yang ingin anda kunjungi sebelum membuat sebarang keputusan.

2. SmartTraveller Enhanced

Smart Traveller Enchanced merupakan produk insuran perjalanan yang terkini oleh AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) yang menyediakan perlindungan untuk penyakit berkaitan pandemik hingga RM350,000. Pelancong kini mempunyai pilihan untuk tambah Pandemic Cover untuk percutian ke luar negara bagi melindungi diri dari sebarang kecemasan berkaitan dengan Covid-19. Selain perlindungan pandemik, insuran ini turut mempunyai perlindungan lain seperti elaun hospital, pembatalan dan sekatan perjalanan.

3.Travel Easy

Tune Protect Group Bhd (Tune Protect) telah melancarkan pelan perlindungan Travel Easy yang mempunyai pelan tambahan Covid Plus Plan dan Covid Lite Plan bagi memudahkan pelancong untuk menikmati percutian mereka tanpa sebarang kebimbangan. Pelan perlindungan ini boleh dilanggan oleh mereka yang ingin mengembara ke luar negara dan meliputi semua jenis kecemasan berkaitan dengan Covid-19 seperti elaun kuarantin, kunjungan ihsan dan pembiayaan perubatan.

4. AIG Travel Guard

Uniknya insuran AIG Travel Guard ini ialah pelan ini turut meliputi bantuan sepenuh masa dari rujukan kehilangan dokumen semasa travel sehinggalah servis pentafsir. Perlindungan Covid juga turut disediakan yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan perbelanjaan kuarantin, perbelanjaan perubatan, pemindahan, pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan yang disebabkan oleh Covid.

5. SOMPO TravelSafe

SOMPO TravelSafe merupakan pelan perlindungan kerjasama dari syarikat Sompo Holdings Group dan Berjaya Group. Pelan perlindungan perjalanan TravelSafe ini terbahagi kepada 3 jenis pakej iaitu Elite A, B dan C yang berjumlah dari RM150,000 hingga RM500,000 bergantung kepada pakej yang dipilih. Pelan ini sedikit berbeza dengan yang lain kerana ia merangkumi rawatan perubatan susulan sekembalinya ke Malaysia!

Selain dari perlindungan Covid-19, insuran perjalanan sememangnya penting untuk melindungi diri sewaktu berada di luar negara tambah lagi sekiranya anda tidak ingin menjejaskan simpanan kecemasan. Anda boleh membuat tuntutan untuk perkara seperti bagasi hilang, penerbangan lewat atau ditangguhkan ataupun sebarang kecemasan yang lebih kompleks. Pastikan anda membuat kajian lengkap mengenai setiap perkara yang boleh dituntut dan bertanya tentang insuran yang anda berminat melalui ejen yang bertauliah.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals