Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 NGO Dan Tabung Bantuan Untuk Salurkan Sumbangan Ramadan

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 08 April, 2022

Ramadan merupakan antara bulan yang sangat istimewa buat semua yang beragama Islam. Di bulan Ramadan, umat islam diwajibkan berpuasa untuk mendidik nafsu serta keinginan supaya sentiasa berada pada landasan yang betul. Selain itu bulan mulia ini juga dapat menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk lebih peka terhadap golongan yang memerlukan.

Ramai yang berlumba untuk buat kebajikan pada bulan Ramadan dengan tujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga untuk mendapat pahala berlipat kali ganda. Jadi untuk memudahkan anda membuat kebajikan dalam bulan ini, CompareHero telah sediakan senarai NGO dan tabung bantuan yang anda boleh salurkan sumbangan sepanjang bulan mulia ini.

1. Baju Raya Project
Baju Raya Project NGO dan Tabung Bantuan Ramadan

Sumber:Bajurayaproject

Berapa pasang dah baju raya untuk tahun ni? Jom derma baju terpakai untuk golongan yang memerlukan di Baju Raya Project! Pasukan Sukarelawan Projek Kasih telah melancarkan sebuah program yang diberi nama Baju Raya Project sejak tahun 2013 lagi dengan tujuan untuk mengumpul baju raya terpakai, baru atau lama yang kemudiannya akan diagihkan kepada golongan memerlukan. Sekiranya anda berminat untuk menderma, anda hanya perlu pastikan keadaan pakaian yang ingin didermakan masih elok dan bersih sebelum membungkusnya ke dalam plastik atau bag kitar semula. Pihak Projek Kasih juga amat mengalakkan penderma untuk melabel saiz dan juga jenis pakaian serta mengantarnya ke tempat yang ditetapkan. Anda boleh rujuk laman sosial Baju Raya Project untuk maklumat yang lebih terperinci.

Facebook: Baju Raya Project
Twitter/Instagram: @BajuRayaProject

2.Ikhlas
Ikhlas NGO dan Tabung Bantuan Ramadan

Sumber: Ikhlas

Teringin nak sediakan makanan berbuka puasa untuk mereka yang memerlukan tetapi anda tidak mempunyai kemahiran atau tenaga yang mencukupi? Anda boleh menderma melalui program Sadaqah 1000 bulan yang diusahakan oleh Ikhlas, sebuah kumpulan perniagaan di bawah pimpinan AirAsia yang bertujuan untuk menyokong umat Islam di seluruh dunia. Melalui program ini, Iklhlas akan menyediakan juadah berbuka puasa yang akan diagihkan di semua masjid-masjid terpilih di Malaysia pada setiap hari! Klik link ini untuk salurkan derma anda.

Facebook: IKHLAS
Instagram: @ikhlasdotcom

3.Al Khaadem
AlKhaadem NGO dan Pusat Bantuan Ramadan

Sumber: Al Khaadem

Al Khaadem merupakan sebuah badan kebajikan kemanusian yang komited untuk membantu golongan yang memerlukan. Pada bulan Ramadan ini, Al Khaadem telah melancarkan beberapa program bagi membantu fakir dan miskin antaranya ialah Program Gerai Buka Puasa dimana sebanyak 700 bungkusan makanan setiap hari akan diagihkan di 14 lokasi terpilih. Rujuk link ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh menderma untuk pelbagai program lain seperti Infaq Ramadan 2022 yang akan digunakan untuk pelbagai cabang kebaikan :fakir miskin, program belia & pemuda, saudara baru & mualaf, produksi media & dakwah serta dakwah dan pembelajaran Islam.

Facebook: Al Khaadem
Instagram: @alkhaadem

4. PERTIWI

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam atau lebih dikenali sebagai PERTIWI merupakan salah satu NGO yang paling lama beroperasi di Malaysia. Berazam untuk membangunkan dan menyokong kemajuan wanita dan kanak-kanak di negara ini, PERTIWI akan mengagihkan makanan sempena bulan Ramadan pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat dari 5.30 sehingga 6.30 petang. Anda juga boleh menjadi sukarelawan untuk menyiapkan makanan yang akan diagihkan. Klik link ini untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan kewangan.

Facebook: PERTIWI Soup Kitchen

5. Damai
DAMAI NGO dan Pusat Bantuan Ramadan

Sumber: CIMB Cares

Damai ialah pertubuhan kebajikan untuk orang kurang upaya (OKU). Ditubuhkan pada 1998, Damai menyediakan latihan buat golongan OKU agar mereka dapat menjalani kehidupan berdikari melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan di pertubuhan ini ialah Program pemulihan, komunikasi asas Bahasa Inggeris, kelas asas komputer dan macam-macam lagi. Buat pengguna pelanggan CIMB, anda boleh layari portal CIMB Cares untuk menderma. Di portal itu juga terdapat pelbagai pertubuhan kebajikan dan inisiatif yang dijalankan oleh pihak bank tersebut untuk kesejahteraan ramai.

Jangan lepaskan peluang untuk membuat kebaikan pada bulan yang mulia ini. Menderma tidak perlu dalam jumlah yang besar cukuplah mengikut kemampuan sendiri dan yang penting sumbangan itu disalurkan seikhlas hati serta pada medium yang betul supaya dapat diagihkan kepada insan yang betul-betul memerlukannya.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals