Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Singapura buka sempadan untuk pelancong lengkap vaksin pada 1 April

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 24 March, 2022

Semua pelancong yang sudah menerima vaksin lengkap kini boleh melawati Singapura yang kini akan beralih kepada Rangka Kerja Perjalananan Bervaksin Baharu bermula 1 April ini. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), semua pelancong yang telah lengkap divaksin dibenarkan memasuki Singapura tanpa kuarantin kecuali sekiranya mereka telah melawati negara atau wilayah dalam Kategori Terhad yang ditetapkan oleh republik itu dalam masa tujuh hari yang lalu.
"Pada masa ini tiada negara atau wilayah dalam Kategori Terhad," kata CAAS.

Walaupun pelancong tidak perlu membuat sebarang ujian atau kuarantin apabila tiba di republik Singapura, mereka masih perlu menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dalam masa 48 jam sebelum berlepas ke Singapura dan keputusannya haruslah negatif.

Aturan program Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dan Pembukaan Sepihak (UO) yang wujud sebelum ini akan ditamatkan sehubung dengan peralihan kepada Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata memandangkan keadaan Omicron kini terkawal, republik itu akan melonggarkan peraturan perjalanan rentas sempadan.

“Sebelum ini kita berhati-hati kerana belum pasti mengenai kesan Omicron. Hampir semua kes kita adalah domestik yang berpunca daripada komuniti.

"Kini kita boleh membuka sempadan dengan selamat. Kita akan memperkemaskan secara drastik keperluan ujian dan kuarantin untuk pelancong," katanya dalam ucapannya mengenai situasi terkini Covid-19.

Sumber: Bernama

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals