Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

6 Buffet Terbaik Bawah RM100 Di Lembah Klang

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 27 June, 2016

 

Buffet merupakan satu alternatif yang baik sekiranya anda merancang untuk menjamu selera secara besar-besaran bersama dengan rakan-rakan dan keluarga. Namun begitu, ramai menstereotaipkan buffet dengan harga yang mahal disebabkan jumlah hidangan yang ditawarkan satu-satu pakej. Jangan risau dan tawar hati; kami telah menyenaraikan 5 pakej buffet oleh restoran, cafe dan hotel dengan harga bawah RM100 untuk membantu anda!

Restoran Jepun Mitasu

MitasuRESIZED

Anda penggemar masakan Jepun namun risau ianya bakal memakan belanja yang banyak? Kini tidak lagi! Dengan lokasi strategik di tengah ibu kota, Mitasu menawarkan buffet ala-carte dengan pilihan hidangan seperti mi udon dan soba, sashimi, teppanyaki, pencuci mulut seperti aiskrim green tea dan Black Sesame serta banyak lagi! Minuman yang turut disertakan dengan pakej ini termasuklah limau madu ais, teh limau ais dan teh hijau (panas dan sejuk). Mitasu tidak memiliki sijil halal, namun restoran ini tidak menghidangkan daging khinzir.

Harga: RM 59.90++ (dewasa), RM 44.00++ (warga emas), dari RM 13.00++ (kanak-kanak)
Lokasi: B-01, Central Plaza, No.34, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03 – 2110 2833
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (Makan tengah hari: 11:30am - 3:00pm; makan malam: 6:00pm - 10:00pm). Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Makan tengah hari: 12:00pm - 3:00pm; makan malam: 6:00pm - 10:00pm)

Restoran Rebung Chef Ismail

Rebungresized

Mencari restoran masakan Melayu tradisional yang tidak akan mengecewakan selera? Anda tidak akan dikecewakan oleh restoran ini. Dimiliki chef terkenal, Datuk Chef Ismail Ahmad dan rakan kongsinya, Angkasawan Negara Dr. Syeikh Muszaphar, restoran ini menghidangkan juadah seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Nasi Minyak, Nasi Briyani, Patin Masak Tempoyak, Rebung Perut Masak Lemak hinggalah pencuci mulut seperti serawa dan bubur pulut hitam. Dahulunya di Bangsar, restoran ini kini berpindah ke lokasi yang lebih mesra pengunjung di Taman Botani Perdana.

Harga: Makan tengah hari: RM 40++, Makan malam: RM 50++ (tidak termasuk GST)
Lokasi: 5-2, Aras 5, Tempat letak kenderaan bertingkat Bukit Aman, No.1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2276 3535
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.00 am – 10.00 pm

Nook Cafe

nookRESIZED

Jika anda mencari pakej buffet yang menawarkan nilai terbaik untuk anda, anda patut cuba pakej dari Nook Cafe. Buffet dengan citarasa antarabangsa ini menawarkan hidangan seperti Laksa Sarawak, Rendang Wagyu, hidangan laut dan pelbagai hidangan Timur dan Barat. Kami cadangkan anda tempah seminggu lebih awal jika anda bercadang untuk menjamu selera di hujung minggu.

Harga: Makan tengah hari: RM 68++ (dewasa), RM 34.00++ (kanak-kanak), Makan malam: RM 98++ (dewasa), RM 49.00 (kanak-kanak).
Lokasi: Nook Café, Aloft hotel KL Sentral, No.5 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur 50470
No. Telefon: 03- 2723 1188
Waktu Operasi: Setiap hari. Makan tengah hari (12:00pm - 2:30pm), makan malam (6:30 to 11:30pm.)

Berita baik untuk pemegang kad Citibank, UOB, Maybank dan HSBC! Kini anda boleh dapatkan diskaun ketika menjamu selera di sini. Klik untuk maklumat lanjut.

Suki-Ya

sukiyaresized

Restoran ini menawarkan buffet sukiyaki dan shabu-shabu, sejenis hidangan steamboat dari Jepun, yang juga dikenali sebagai hot pot. Anda diberi 2 pilihan sebagai sup asas, yang terdiri daripada sukiyaki, miso, shabu shabu atau kimuchi. Jangan lupa untuk cuba aiskrim soft serve Teh Hijau atau Coklat! Di restoran ini, anda diberi masa 2 jam untuk menjamu selera, dan akan dikenakan caj tambahan sekiranya melebihi masa.

Harga: Makan tengah hari: RM 29.80 (Isnin - Jumaat), RM 31.80++ (Sabtu & Ahad), Makan malam: RM 39.80
Lokasi: Lot UG-13, Upper Ground Floor Paradigm Mall, No.1 Jalan SS7/26 a, SS7, Petaling Jaya, Selangor 47301.
No. Telefon: 03 – 7887 3042
Waktu Operasi: Setiap hari. 11.30 am – 10.00 pm

BSN Credit Card

Buffet Dim Sum di Restoran Meisan

Khusus buat penggemar dim sum Szechuan yang asli pada harga yang berpatutan! Hidangan dim sum yang boleh didapati disini adalah seperti Char Siew Pau ayam, Liu Sha Bao, Siu Mai, dumpling udang, dan banyak lagi. Mereka juga menawarkan hidangan-hidangan lain seperti nasi goreng, bubur dan pelbagai jenis kek.Restoran ini memiliki pengiktirafan halal dari JAKIM, jadi ianya harus mejadi pilihan bagi warga Muslim yang ingin mencuba dim sum. Pastikan anda menempah lebih awal kerana tempat kebiasaannya terhad!

Harga: RM 48.00 (dewasa), RM 35.00 (kanak-kanak)
Lokasi: Meisan Restaurant, Quality Hotel, Jalan Raja Laut 50750 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 2614 8000
Waktu Operasi: Setiap hari. 9.00 am – 3.00 pm

Berita baik! Sehingga 6 Julai, Meisan sedang mengadakan promosi “All you can eat” dengan harga RM 28.00 (dewasa) dan RM 20.00 (kanak-kanak)

Buffet Pasta di Secret of Louisiana

secret-of-louisianaresized

Ini pilihan yang mesti dicuba bagi penggemar pasta! Disini anda akan dihidangkan dengan 13 jenis pasta, seperti Mexican Aglio Olio, Beef Bolognese, Chicken with Olive, Carbonara Chicken, Creamy Pesto White Fish, dan Fusili Chicken Lasagna. Dengan hidangan sampingan seperti soup of the day, garden salad, serta air teh lemon ais, kopi serta aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut, harga pakej ini amat berpatutan!

Harga: RM19.90 (Isnin – Jumaat), RM22 (Sabtu & Ahad), RM13.90 (kanak-kanak). Harga tidak termasuk GST
Lokasi: D01-01, Jalan SS7//13A, Plaza Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
No. Telefon: 03 – 7875 5230
Waktu Operasi: Makan tengah hari,  11.00 am – 3.00 pm; makan malam , 5.00 pm – 11.30 pm.

Ingin mendapatkan lebih penjimatan dan pulangan apabila anda menjamu selera? Bandingkan kad rebat terbaik secara percuma di CompareHero.my!

Alliance Bank Credit Card

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals