B40, M40 dan T20: Klasifikasi Pendapatan di Malaysia

|Posted by | Bahasa Malaysia, Banking & Finance
Tags: , ,

Rakyat Malaysia kini dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu T20, M40, dan B40. Klasifikasi Pendapatan di Malaysia ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi, dan ternyata tahap setiap kumpulan pendapatan ini telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut penemuan oleh Jabatan Statistik Malaysia (JSM) pada Oktober 2017 tahun lalu, inilah definisi yang terkini bagi kumpulan pendapatan T20, M40 dan B40.

Artikel Berkaitan: Bandingkan Pelan Internet Broadband di Malaysia [kemaskini December 2018]

Apa yang dimaksudkan dengan Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20?

Menurut hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah 2019 dari JSM, kumpulan T20 mempunyai pendapatan isi rumah median yang sekurang-kurangya RM13,148, dan median untuk kumpulan M40 dan B40 telah meningkat sehingga RM6,275 dan RM3,000, masing-masing. Dalam laporan ini juga, dinyatakan bahawa median pendapatan isi rumah untuk kumpulan T20, M40 dan B40 menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (KPTK) lebih daripada 6%.

Media bulanan pendapatan isi rumah Malaysia telah mengatasi tahap tertinggi, iaitu sebanyak RM5,000 buat pertama kalinya pada 2016, di mana pengguna M40 mencatatkan pertumbuhan pendapatan median tertinggi, berdasarkan JSM.

Perlu diingat bahawa definisi kumpulan pendapatan ini tidaklah tetap. Isitilah B40, M40 dan T20 sebenarnya mewakili peratus populasi negara bagi 40% Terbawah, 40% Tengah dan 20% Teratas, masing-masing. Nilai ini mungkin naik atau turun dari tahun ke tahun, bergantung kepada penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Itulah sebabnya, mengapa pendapatan isi rumah median digunakan sebagai penentu.

Apa yang dimaksudkan dengan Pendapatan Isi Rumah Median?

Pendapatan Pengguna Median merupakan angka pendapatan pertengahan dalam lingkungan pendapatan dari rendah ke tinggi. Contohnya, di Taman Bintang, terdapat lima pendapatan isi rumah dari RM5,000, RM10,000, RM15,000, RM20,000 ke RM 25,000; pendapatan isi rumah median di sini ialah RM15,000. Median ini digunakan untuk mewakilil pembentangan yang lebih tepat jika dibandingkan dengan min angka (purata).

Artikel Berkaitan: Adakah Bajet B40 Adil dan Saksama?

Pendapatan Median Terbaru untuk T20, M40 dan B40

Pendapatan Median Isi Rumah
Golongan Pendapatan Median Pendapatan 2016 (RM) Median Pendapatan 2014 (RM) CAGR (%)
T20 13,148 11,610 6.2
M40 6,275 5,465 6.9
B40 3,000 2,629 6.6

Walaupun tahan pendapatan setiap kumpulan telah meningkat sejak tiga tahun yang kebelakangan ini, kita tidak sepatutnya mengabaikan kos yang semakin meningkat disebabkan oleh inflasi and kadar pertumbuhan gaji yang perlahan. Secara tepat, jika kita memasuki inflasi dalam gambaran ini (3.5%, 2.1%, 2.09% dan 4.1% masing-masing pada 2014, 2015, 2016 dan separuh pertama tahun 2017) nilai ringgit mungkin telah pun menurun.

Menurut Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Gaji 2016 dari Jabatan Statistik, purata pendapatan bulanan pekerja, telah meningkat sebanyak 6.5% kepada RM2,463. Sementara tahun 2015, mencatatkan peningkatan sebanya 5.4% kepada RM2,312.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan pendapatan yang optimistik ini hanya boleh dirujuk kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur atau sekurang-kurangnya berhampiran, sementara negeri-negeri yang lain, masih menghadapi cabaran untuk mencapai tahap pendapatan yang sama.

Lihat juga: Kad Kredit yang Terbaik untuk Kumpulan Pendapatan yang Berbeza 2018

Untuk menjelaskan situasi ini lebih baik, gambar rajah di bawah menunjukkan tahap pendapatan media bagi setiap negeri dan anda boleh melihat sekiranya anda dan keluarga anda berada di atas atau di bawah tahap median ini

Median Pendapatan Isi Rumah di Negeri-Negeri Malaysia
Negeri Median Pendapatan 2016 (RM) Median Pendapatan 2014 (RM)
W.P. Kuala Lumpur 9,073 7,620
W.P.Putrajaya 8,275 7,512
Selangor 7,225 6,214
W.P. Labuan 5,928 5,684
Johor 5,652 5,197
Melaka 5,588 5,029
Pulau Pinang 5,409 4,702
Terengganu 4,694 3,777
Negeri Sembilan 4,579 4,128
Perlis 4,204 3,500
Sarawak 4,163 3,778
Sabah 4,110 3,745
Perak 4,006 3,451
Pahang 3,979 3,389
Kedah 3,811 3,451
Kelantan 3,079 2,716

Apa yang menarik di sini ialah, tahap pendapatan media di Pulau Pinang berada di tengah-tengah dibandingkan dengan negeri seperjuangannya yang lain, walaupun Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang mempunya prestasi tertinggi di Malaysia. Ia mencatatkan KDNK per kapita sebanyak RM47,322 selepas Kuala Lumpur pada tahap RM 101,420.

Satu laporan menyatakan bahawa terdapat kilang-kilang yang telah tutup di sebuah negeri tertentu dan peluang pekerjaan masih tahap yang kurang baik jika dibandingkan dengan Selangor dan Putrajaya. Walupun negeri tersebut terletak berhampiran dengan bandar yang dipenuhi dengan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Lihat juga : Pekerjaan- pekerjaan yang Mencatatkan Sumber Pendapatan yang Tertinggi untuk Graduan Baru di Malaysia

Selain dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya; tahap median pendapatan Pulau Pinang dan 12 negeri yang lain menunujukkan median pendapatan isi rumah ini tidak melebihi tahap pendapatan median untuk kumpulan M40 di Malaysia. Ini bermakna masih terdapat jurang perbezaan yang perlu ditutupi bagi mempertingkatkan pendapat di kawasan bandar dan luar bandar juga.

Namun begitu, didapati kedua-dua buah negeri iaitu Terengganu dan Perak mencatatkan tahap pendapatan median yang memuaskan sejak tahun 2014, kemungkinan besar ini disebabkan oleh peningkatan dalam sektor pelancongan.

Untuk memberi gambaran yang jelas kepada anda, kami juga mengenalpasti 20 daerah yang teratas di negara Malaysia mencatatkan pendapatan median tertinggi pada 2016. Walau bagaimanapun, ini bukannya bermaksud anda mungkin mendapat keputusan yang sama sekiranya anda pindah ke kawasan-kawasan tersebut. Kemungkinan boleh, tetapi anda haruslah bekerja keras dan bijaksana memikirnya!

Artikel berkaitan: 6 Bantuan Kewangan Dari Kerajaan Malaysia Yang Jarang Diketahui Orang Ramai

Daerah yang Mencatakan Pendapatan Isi Rumah Median yang tertinggi pada 2016

20 Daerah yang Mempunyai Media Pendapatan Tertinggi
Negeri Median Pendapatan 2016 (RM)
Sepang 8,174
Petaling Jaya 7,904
Gombak 7,903
Hulu Langat 7,851
Klang 6,724
Johor Bahru 6,518
Kulai 6,114
Terengganu 4,694
Bintulu 5,966
Timur Laut (Pulau Pinang) 5,964
Melaka Tengah 5,877
Barat Daya (Pulau Pinang) 5,844
Kota Kinabalu 5,683
Batu Pahat 5,516
Hulu Selangor 5,421
Muar 5,371
Kemaman 5,355
Kuala Langat 5,293
Penampang 5,211
Miri 5,208
Sungai Petani Tengah 5,172

Setelah anda mengetahui mengenai pendapatan median di negeri dan daerah lain, anda dinasihatkan untuk mengetahui kedudukan posisi kewangan anda, sama ada ia adalah lebih baik atau leih buruk di bandingkan dengan rakyat Malaysia di sini. Membuat keputusan kewangan bukannya perkara yang senang, jadi jangan lupa untuk membaca blog kami untuk informasi terkini. Ini akan membuat kehidupan anda lebih baik!

Sila lihat juga: Bajet 2019: Rumusan Infografik Perlu Dilihat