5 Perkara Penting Anda Perlu Ketahui Tentang PERKESO


5 perkara penting PERKESO anda perlu ketahui

Anda mungkin sudah tahu mengenai PERKESO. Tetapi, tahukah anda jenis perlindungan yang ditawarkan oleh PERKESO? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut tentang fungsi PERKESO, serta mengapa ia pentingan untuk anda.

Apa Itu PERKESO?

Jika anda teliti slip gaji setiap bulan, anda pasti akan terlihat bahawa  sebahagian dari gaji kasar anda telah diperuntukkan untuk potongan PERKESO. Sama seperti potongan KWSP, majikan anda juga wajib untuk membuat peruntukan PERKESO untuk pihak anda.

Petubuhan Kebajikan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.

Ia merupakan satu kesalahan jika majikan tidak membuat potongan PERKESO untuk pekerja mereka. Untuk semak samada majikan anda melaksanakan tanggungjawab tersebut, sila rujuk laman web eSemak, atau di cawangan  PERKESO.

Kadar caruman PERKESO akan bergantung kepada jumlah gaji anda. Anda boleh rujuk disini untuk ketahui berapa potongan yang perlu dibuat oleh pekerja dan majikan.

Apakah Faedah Caruman PERKESO?

Terdapat dua skim dibawah PERKESO, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Skim Bencana Pekerjaan ialah untuk kecederaan sementara yang menyebabkan pekerja tidak dapat bekerja untuk tempoh kurang dari 4 hari. Rawatan akan diberikan sehingga pekerja pulih sepenuhnya.

Antara faedah dibawah Skim Bencana Pekerjaan ialah:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Program ‘Return To Work’
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Untuk Skim Keilatan, ia ditafsirkan sebagai “suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin diubati, dan kehilangan sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan berbanding pada individu normal, menyebabkan pekerja tidak boleh bekerja dan kehilangan sumber pendapatan.”

6.99% interest rate for CashOne Personal Loan from Standard Chartered

Faedah yang tersenarai dibawah Skim Keilatan ialah:

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
  • Program ‘Return To Work’
  • Faedah Pendidikan

employee injury at work

Selain faedah dari 2 Skim diatas, PERKESO juga menawarkan Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) secara percuma untuk ahli berusia 40 tahun dan keatas. Pemeriksaan kesihatan ini meliputi pemeriksaan penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser serviks, dan kanser payu dara. Pemeriksaan percuma ini hanya ditawarkan di klinik-klinik panel terpilih sahaja.

Sehingga Februari 2016, hanya 450,000 orang dari 2.1 juta ahli PERKESO yang layak telah menjalani pemeriksaan percuma tersebut. Jadi, jika anda layak, jangan ketinggalan untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Mengapa PERKESO Sangat Penting?

Antara sebab utama PERKESO amat penting ialah perlindungan yang ditawarkannya boleh dikira menyeluruh, ditambah dengan sumbangan yang diberikan apabila anda terlibat dalam bencana di tempat kerja. Ini bermakna rawatan, dan juga rawatan susulan untuk kecederaan di tempat kerja bakal ditanggung PERKESO.

Sebagai contoh, jika pekerja ditimpa kecederaan kekal ataupun memerlukan rawatan fizikal, kos rawatan tersebut bakal ditanggung PERKESO. Ini termasuklah fisioterapi, pembedahan, anggota palsu, dan juga alatan prostetik seperti kerusi roda atau alat bantuan  pendengaran.

Malah, kecederaan yang berlaku di waktu rehat (yang telah ditetapkan oleh majikan) juga akan ditanggung oleh PERKESO.

Bagaimana Anda Boleh Membuat Tuntutan PERKESO?

Sekiranya anda ditimpa kemalangan di tempat kerja, ataupun dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja, anda boleh menuntut kos rawatan dari PERKESO. Jika kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja, majikan perlu memaklumkan hal tersebut kepada PERKESO dengan mengisi borang Laporan Kemalangan (Borang 21) dan Borang Tuntutan (Borang 10).

Anda juga perlu menghantar tag kehadiran, ataupun rekod kehadiran kerja, sijil perubatan, dan salinan kad pengenalan ke pejabat cawangan PERKESO. Jika kemalangan tersebut berlaku sewaktu anda pergi atau pulang dari tempat kerja, laporan polis dan lakaran peta lokasi kejadian sewaktu kemalangan berlaku juga perlu dihantar.

Maklumat Tambahan Mengenai PERKESO

Jika gaji pekerjaan pertama anda bawah RM4,000, caruman PERKESO adalah wajib. Tetapi, katakanlah anda menerima gaji lebih dari RM4,000 untuk pekerjaan pertama anda, anda boleh memilih untuk mencarum ke PERKESO ataupun tidak.

Tetapi, jika gaji pekerjaan pertama anda bawah RM4,000, dan anda menerima kenaikan sehingga jumlah gaji anda melebihi RM4,000, anda tidak dibenarkan untuk berhenti caruman PERKESO.

Pekerja dengan kontrak sementara ataupun sambilan juga perlu didaftarkan dengan PERKESO sekiranya gaji mereka bawah RM4,000. Seperti yang dinyatakan diatas, ia satu kesalahan jika majikan tidak membuat caruman PERKESO, tidak kira apa jua status kontrak pekerjaan ataupun umur pekerja tersebut.

Save

BSN Visa credit card ZERO Annual Fee, FREE for Life

1X Happy Points for every 1RM spend

FREE BSN Zing PLUSMiles Card

cta-apply-now