Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Hindari Belenggu 'Hari Gaji

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

 

Kebanyakkan rakyat Malaysia pernah mengalami situasi ini dimana mereka dibayar gaji pada hujung bulan dan mereka bercadang untuk membeli barangan kesukaan mereka. Akan tetapi, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana gaji mereka hanya cukup untuk menampung sara hidup seperti membayar sewa rumah, bil telefon bulanan, dan sebagainya. Bagi segelintir rakyat Malaysia pula, mereka masih hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan sebegini bermakna mereka bukan sahaja tidak boleh membeli barangan kesukaan, malah mereka mungkin tidak dapat menampung kos sara hidup dan juga menabung. Malangnya, sesetengah rakyat Malaysia juga terpaksa berhutang untuk membayar bil-bil bulanan.

Kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang boleh menyebabkan kenaikan hutang, dan tekanan psikologi dan emosi. Secara ideal, majoriti rakyat Malaysia mahu mencapai kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan adalah keadaan di mana seseorang telah mengumpul wang simpanan yang secukupnya dan wang boleh perolehi dengan mudah semasa kecemasan. Ia juga bermakna seseorang itu boleh memenuhi keperluan hidup mengikut gaya hidup yang dikehendaki dengan tenang. Jika anda mahu terlepas daripada belenggu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ingin mencapai kebebasan kewangan, ikutilah 5 petua yang disenaraikan di bawah ini!

Petua 1: Belajar Untuk Membajet

Jika anda merupakan seorang yang boros membelanjakan duit, maka petua pertama ini mungkin sukar untuk dipatuhi. Malah, kebanyakkan rakyat Malaysia masih bersikap ‘tidak apa’ berkenaan bajet. Bukan sahaja rakyat Malaysia harus memberi perhatian terhadap belanjawan negara, malah mereka juga perlu meneliti bajet kehidupan diri sendiri. Apabila anda membajet, anda harus menyenaraikan segala perbelanjaan bulanan. Dari pembayaran sewa rumah bulanan, bil telefon, pinjaman pelajaran ke bayaran insurans kereta tahunan, anda harus menyenaraikan semua perbelanjaan ini.

Ini adalah untuk memastikan bahawa anda bersedia untuk menyelesaikan bayaran bulanan tepat pada masanya. Bajet bulanan juga akan membantu anda untuk memahami cara perbelanjaan berhemah. Anda juga boleh mula membajet secara mudah dan efektif dengan menggunakan aplikasi percuma seperti Pocket Expense, Goodbudget, dan Wally.

 

Petua 2: Mengutamakan Pembayaran Anda

Perkara paling penting yang perlu anda lakukan selepas menerima gaji anda ialah membayar bil-bil bulanan anda seperti sewa rumah, bayaran balik pinjaman kereta, dan sebagainya. Kemudiannya, anda harus memperuntukkan sebahagian daripada gaji anda sebagai wang simpanan. Anda tidak harus menggunakan wang simpanan ini sewenang-wenangnya.

Ia hanya boleh digunakan semasa kecemasan atau untuk tujuan pelaburan jangka panjang seperti membayar bayaran pendahuluan rumah impian anda. Kebanyakkan pakar kewangan juga menasihati orang dewasa yang bekerja untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan mereka. Contohnya, jika gaji bulanan anda ialah RM3,000, anda digalakkan untuk menyimpan sekitar RM600 setiap bulan. Ini akan membantu anda untuk mengurusan kos sara hidup anda tanpa terjebak dalam lilitan hutang.

 

Petua 3: Kurangkan Perbelanjaan Anda

Petua pertama, iaitu belajar cara-cara membajet, bukan sahaja penting untuk menyedarkan anda tentang tabiat perbelanjaan boros anda, ia juga membantu untuk mengurangkan perbelanjaan boros sekaligus. Sebagai contoh, anda tidak perlu membelanjakan RM200 untuk keahlian gim bulanan anda semata-mata untuk menjaga kesihatan anda. Sebaliknya, anda boleh bersenam di sekitar taman perumahan anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuat turun aplikasi untuk senaman dan bersenam di dalam rumah anda! Anda digalakkan untuk merujuk kepada bajet bulanan anda untuk mengurangkan perbelanjaan lain seperti tabiat membeli-belah dan makan di luar. Wang yang anda berjaya menyimpan kemudiannya boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih tinggal.

 

Petua 4: Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai rakyat Malaysia yang melakukan lebih daripada satu kerja bagi menampung kos sara hidup. Amalan ini sepatutnya dipuji dan digalakkan kerana melakukan lebih daripada satu kerja akan meningkatkan pendapatan bulanan anda. Ini akan secara langsung boleh mengurangkan kemungkinan anda untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh it, anda disarankan untuk menggunakan kemahiran atau bakat seperti fotografi, mengajar, menyunting teks, dan rekabentu lanskap sebagai punca pendapatan. Terdapat banyak laman web yang membolehkan anda untuk bekerja secara sambilan seperti Upwork, Favser, dan Matdespatch. Bukan itu sahaja, banyak warga Malaysia yang bekerja sebagai pemandu Grab kerana ia mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

 

Petua 5: Tukar Mentaliti Anda Mengenai Wang

Petua terakhir untuk memperbaiki situasi kewangan anda dan mencapai kebebasan kewangan ialah menukar mentaliti anda mengenai wang. Salah satu panduan penting yang harus dipatuhi ialah memastikan bahawa pembelanjaan bulanan anda kurang daripada pendapatan bulanan secara konsisten. Ini akan memastikan bahawa anda mempunyai wang yang secukupnya untuk membayar bil-bil dan juga menyimpan untuk masa depan.

Di samping itu, anda juga digalakkan untuk bergaul dengan kenalan dan rakan-rakan yang mempunyai mentaliti yang sama terhadap wang. Jika anda sering bergaul and meluangkan masa dengan kenalan yang boros berbelanja, maka anda mungkin akan mengikuti sikap mereka. Selain itu, anda disarankan untuk menyimpan wang dan menggunakannya untuk pelaburan jangka panjang seperti membeli rumah.

 

Jika anda masih memerlukan wang tambahan, anda harus mempertimbangkan cara-cara yang sah disisi undang-undang seperti memohon pinjaman peribadi dari bank. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pinjaman peribadi pada kadar faedah yang sangat rendah. Malah, pinjaman ini juga boleh diluluskan dalam masa yang singkat. Contoh pinjaman peribadi berkadar faedah rendah dari 5.88% setahun ialah Citibank Personal Loan. Anda boleh memohon pinjaman ini dalam talian dan mendapatkan kelulusan segera.

Bukan itu sahaja, satu lagi contoh pinjaman peribadi berkadar faedah rendah dan rata (6%) ialah Hong Leong Personal Loan. Pembayaran balik bagi pinjaman peribadi ini sangat fleksible dan berpatutan. Sesungguhnya, anda harus membandingkan pelbagai jenis tawaran pinjaman peribadi dengan teliti sebelum memilih pelan yang sesuai untuk anda.

 

Proses untuk melepaskan diri daripada belenggu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan memperbaiki situasi kewangan adalah sukar pada permulaannya. Tetapi hasilnya sangat lumayan. Ikutilah petua-petua di atas untuk mencapai kebebasan kewangan anda.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals