Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Langkah Mudah Untuk Bina Simpanan

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Sama ada anda ingin mengejar target simpanan atau ingin tip bagaimana untuk mula menyimpan duit, anda ditempat yang betul. Ikuti cara-cara mudah yang kami kongsikan untuk bina simpanan anda.

Tahukah anda, sejak 2016 lagi, keadaan ekonomi global berada dalam situasi yang mencabar. Kadar inflasi di Malaysia meningkat pada Januari ke 3.5%, iaitu kadar inflasi tertinggak di untuk negara ini dalam tempoh 2 tahun.

Oleh itu, sekarang bukan masa untuk berbelanja sewenang-wenangnya, dan lebih baik untuk anda pegang pada wang anda. Tetapi, pastikan wang anda mampu ‘bekerja’ untuk anda dan menghasilkan pulangan.

Tidak tahu strategi untuk memulakan simpanan wang yang boleh berkembang? Ikuti tip dibawah supaya anda boleh memulakan perjalanan kearah simpanan wang yang menguntungkan.

Bijak dalam Melabur

Jika anda baru bermula, tindakan yang bijak ialah untuk anda melaburkan duit anda ke pelaburan pasif. Mengapa secara pasif? Ini kerana pelaburan jenis tersebut berisiko rendah, oleh itu anda akan kurangkan risiko untuk kerugian. Benar, dividen dan pulangan yang ditawarkan juga akan lebih rendah berbanding pelaburan lain yang memberikan pulangan tinggi. Namun ingat, pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Jadi lebih baik untuk anda tidak terlibat dalam pelaburan berisiko tinggi, terutama dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Ambil langkah selamat dan bertindak dengan bijak sebelum melaburkan wang anda. Antara panduan untuk pelaburan ialah untuk pastikan jenis pelaburan yang anda pilih akan memberikan pulangan yang sekurang-kurangya sama dengan kadar inflasi semasa. Tetapi, lebih baik jika anda melaburkan wang pada pelaburan yang akan memberikan pulangan lebih tinggi dari kadar inflasi semasa.

Tetapkan Matlamat yang Boleh Diukur

Matlamat yang boleh diukur lebih mudah untuk diurus. Dan sebahagian dari usaha untuk membina simpanan anda ialah pengurusan kewangan yang betul. Jadi, sebelum anda menyimpan, mulakan rekod perbelanjaan harian. Selepas anda telah tetapan perbelanjaan wajib anda setiap bulan, lihat pula pada jenis perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dibuang terus.

Mula dengan Jumlah Kecil

Permulaan untuk setiap perjalanan bermula dengan satu langkah, oleh itu jangan gopoh dengan memulakan simpanan dengan jumlah yang besar. Mulakan dengan jumlah yang kecil supaya untuk sesuaikan diri anda dengan tabiat menyimpan. Anda boleh mulakan dengan jumlah simpanan yang realistik pada kadar mingguan. Selepas anda biasa dengan tabiat menyimpan, anda boleh tingkatkan jumlah simpanan anda. Yang penting, anda bermula tabiat menyimpan tersebut.

Letak Motivasi Anda Ditempat  Jelas

Pepatah Inggeris menyatakan, “out of sight means out of mind.” Kebiasaanya, setiap individu mempunyai sebab tersendiri untuk menyimpan wang, dan biasanya terdapat beberapa sebab. Mungkin anda ingin menyimpan wang untuk bayar wang pendahuluan untuk beli rumah, atau untuk pastikan anda mempunyai hidup selesa lepas bersara. Apa pun tujuan anda menyimpan, letakkan matlamat itu dimana anda boleh lihat untuk dijadikan motivasi.

MY_BLOG_TypesSavings_1

Kekalkan Disiplin

Disiplin dan dedikasi penting dalam menyimpan wang kerana ia merupakan usaha yang berterusan. Jika anda serious dalam menyimpan wang, anda perlu kurang atau lebih baik, berhenti berbelanja untuk perbelanjaan yang tidak penting. Sebagai contoh, melainkan telefon anda rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi, ada tidak perlu menukar telefon bimbit tersebut ke edisi terkini. Ingat, memiliki wang simpanan lebih baik memiliki gajet atau telefon bimbit terkini. Tetapi, jangan pula terlalu tegas. Ini kerana jika anda terlalu ekstrim dalam menyimpan, anda mungkin akan rugi dan tidak menikmati kehidupan.

Anda sudah bersedia dan bersemangat untuk mula menyimpan? Kami telah senaraikan akaun simpanan terbaik di Malaysia dibawah:

Maybank2u Savers

Nikmati akaun simpanan dengan kadar feadah yang tinggi, dan kemudahan semua urusan akaun anda yang boleh diakses dihujung jari secara online. Anda boleh memuat turun penyata tidak kira dimana anda berada melalui laman web Maybank2u.com. Akaun simpanan ini juga dibawah perlindungan insurans  PIDM, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan anda.

Untuk membuka akaun ini, deposit RM250 diperlukan, dan baki minima RM250 perlu dikekalkan dalam akaun tersebut. Untuk menikmati kadar faedah pula, anda perlu pastikan baki akaun simpanan berada sekurang-kurangnya RM2,000.

Maybank2u Savers
Jumlah Simpanan Kadar Faedah (setahun)
Kadar Faedah Efektif (setahun)

RM2,000 – RM50,000

             2.25%

                  2.27%

RM2,000 – RM50,000

             2.45%

                  2.48%

 Akaun simpanan ini turut menawarkan versi Islamik, iaitu Maybank2u Savers– i.

Hong Leong Premium Saving Account

Akaun simpanan ini sesuai jika anda tidak mahu terikat pada komitmen. Akaun simpanan ini memberikan kemudahan dan insentif untuk anda mendapatkan lebih pulangan dari kadar faedah. Pada masa yang sama, akaun ini juga memberikan kebebasan untuk anda pilih tempoh simpanan dari 31 hingga 179 hari. Tetapi, jika anda mengeluarkan wang simpanan dalam tempoh 15 hari selepas anda mendepositkan wang dalam akaun tersebut, faedah tidak akan dibayar. Selepas 15 hari tersebut, faedah akan dibayar berdasar kadar tersebut:

Hong Leong Premium Saving Account
Tempoh Simpanan Kadar Faedah (setahun)
         31 – 90 hari

   0.75%

        91 – 150 hari

       0.80%

    151 – 179 hari

         0.85%

Ingat, anda perlu deposit sekurang-kurangnya RM10,000, dan pastikan baki minima akaun tersebut sebanyak RM10,000.

OCBC Smart Savers

Dapatkan ganjaran apabila anda menyimpan dengan tekun. Dengan kadar deposit serendah RM200, dan baki minima yang diperlukan dalam akaun hanya RM20, anda boleh menikmati faedah setinggi 3.05%.

OCBC Smart Savers
Jumlah deposit setiap bulan Jumlah faedah jika tiada pengeluaran (setahun)
Jumlah faedah jika pengeluaran dilakukan (setahun)
 RM0 – RM49.99  2.55% 0.50%
 RM50 – RM999.99 2.90% 0.50%
 RM1,000 dan keatas 3.05%  0.50%

Jika anda lihat, akaun simpanan ini menawarkan ganjaran yang lebih tinggi sekiranya anda sabar. Oleh itu, untuk dapatkan pulangan kadar faedah yang lebih tinggi  jangan keluarkan wang simpanan dari akaun sehingga tempoh kematangan simpanan tersebut.

Sama ada anda ingin amalkan satu cadangan diatas, ataupun kesemuanya, kami yakin anda akan berterima kasih pada diri sendiri dengan simpanan dan status kewangan yang stabil di masa hadapan. Anda akan lega kerana anda stabil dari segi kewangan, jadi kekalkan disiplin anda kerana ia akan berbaloi!

Mulakan tabiat simpanan anda dengan memastikan anda gunakan kad kredit yang terbaik untuk gaya hidup anda. Anda tiada kad kredit? Bandingkan kad kredit secara percuma di CompareHero.my dan mohon kad kredit yang sesuai untuk anda yang menawarkan rebat tunai untuk menjimatkan perbelanjaan.

Save

  • 3X Timeless Bonus Points for Overseas spend
  •  
  • 2X Timeless Bonus Points for Grocery, Petrol & Utility spend & 1X for Other spend
  •  
  • Cash advance withdrawal up to 100% of your credit limit
  •  
cta-apply-now

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals