Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Dapatkan RM1 juta melalui kadar faedah kompaun!

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 09 November, 2021

Wang anda boleh bantu jana keuntungan jika anda menggunakan kuasa faedah kompaun. Anda tidak tahu apa itu faedah kompaun? Teruskan membaca untuk ketahui apa yang terlibat dalam faedah kompaun serta bagaimana anda boleh menjana RM1 juta melaluinya!

Apa itu faedah kompaun?

Faedah kompaun ialah faedah yang ditambah kepada jumlah wang awal anda letak dalam akaun pelaburan anda. Melalui faedah kompaun, anda akan menjana lebih faedah daripada faedah yang sedia ada. Faedah tambahan yang diperolehi keatas jumlah caruman awal itu dikenali sebagai faedah kompaun.

Kebanyakan orang pandang remeh pada kaedah kompaun mungkin kerana mereka tidak memahami bagaimana ia berfungsi. Conthonya, anda meletakkan RM10,000 selama 2 tahun ke akaun deposit tetap yang memberikan faedah tahunan sebanyak 7%. Anda mungkin berpendapat anda akan menjana RM11,400 melalui tambahan faedah ke atas jumlah awal yang anda caruman. Tidak! Ini kerana melalui faedah kompaun, anda sebenarnya akan mendapat RM11,449. Ini kerana melalui faedah kompaun, melalui tahun pertama anda menjana 7% faedah keatas jumlah RM10,000. Tetapi pada tahun kedua pula, anda akan menjana 7% faedah keatas jumlah RM10,700 kerana anda akan menjana faedah tambahan melalui RM700 yang anda terima pada tahun pertama.

Jadi, prinsip asas faedah kompaun ialah faedah tambahan yang akan diperolehi keatas faedah yang telah anda terima. Ini bermaksud setelah anda mendapat faedah pertama daripada caruman wang anda, jumlah faedah itu akan ditambah pada jumlah awal caruman anda. Maka, melalui cara ini anda dapat membuat lebih wang melalui pelaburan anda kerana anda akan mendapat lebih faedah kerana ia akan digandakan.

Mengapa Anda Patut Menggunakan Faedah Kompoun?

Apabila anda menggunakan kuasa kompaun, ia akan sangat membantu untuk menjana lebih banyak wang.

Tetapi, anda perlu tahu bahawa faedah kompaun hanya akan dapat membantu anda jana lebih wang jika anda disiplin dan tidak keluarkan wang caruman anda selama tempoh yang telah ditentukan.

Selain daripada itu, lebih awal anda mula mencarum wang juga bermaksud anda mempunyai lebih masa untuk mendapat kelebihan daripada faedah kompaun, walaupun anda mula mencarum dengan jumlah yang lebih sedikit. Jadi jika anda ingin menyimpan wang untuk masa tua anda, anda perlu bermula awal jika anda mahu jana lebih banyak wang.

Cara anda boleh menjana RM1 juta melalui faedah kompoun

Sebagai contoh, anda meletakkan sebanyak RM10,000 ke akaun yang memberikan faedah sebanyak 7% setiap tahun, anda boleh menjana wang itu menjadi RM1 juta! Lebih awal anda mula juga bermaksud anda tidak perlu jumlah yang banyak untuk mencapai jumlah RM1 juta tersebut. Jadual dibawah menunjukkan jumlah wang anda perlu melabur jika anda ingin mencapai RM1 juta apabila anda berumur 65 tahun.

MY_BLOG-TABLE_CmpdInt_Table01

*pengiraan menggunakan Compound Interest Calculator

Nota: Jika anda ingin melihat berapa jumlah wang anda boleh perolehi dengan faedah kompaun melalui wang yang telah anda labur, anda boleh gunakan kalkulator ini.

Jadi untuk pastikan anda mengambil kesempatan terhadap kelebihan daripada faedah kompaun, ingat bahawa ia akan lebih menguntungkan jika anda mula melabur dengan jumlah yang munasabah serta anda mempunyai tempoh masa  panjang untuk menggandakan wang anda. Bila anda mempunyai jumlah wang yang munasabah serta tempoh masa yang panjang, keuntungan daripada faedah kompaun tersebut akan lebih hebat setelah masa berlalu. Dengan memulakan pelaburan 10 tahun lebih awal, anda boleh mendapat 63% lebih wang seperti yang ditunjukkan melalui jadual dibawah. Jadi, ia lebih menguntungkan jika anda mula awal!

Anda tidak semestinya perlu bermula dengan jumlah yang banyak, tetapi apa yang lebih penting ialah anda mula melabur seawal yang boleh dan faedah kompaun akan memberikan akan lebih kelebihan. Tetapi, jika matlamat anda ialah untuk mempunyai wang sebanyak RM1juta setelah anda bersara, anda perlu mula melabur awal dan anda perlu mula melabur dengan sekurang-kurangnya wang sebanyak RM10,000. Albert Einstein juga pernah berkata bahawa faedah kompaun adalah “kuasa yang paling kuat di alam semesta.”

Dengan syarat anda sanggup untuk mengambil lebih risiko, anda boleh mendapat kadar faedah lebih tinggi untuk wang pelaburan anda. Ini kerana pelaburan yang lebih berisiko biasanya akan memberi pulangan faedah lebih tinggi. Ini dapat dilihat melalui jadual seperti dibawah.

MY_BLOG-TABLE_CmpdInt_Table02

Namun, ingat bahawa terdapat beberapa faktor utama yang akan tentukan sejauh mana faedah kompaun boleh membantu anda. Faktor seperti masa, jumlah wang yang dilaburkan serta kadar faedah akan sangat mempengaruhi jumlah wang yang anda boleh perolehi daripada faedah kompaun. Seperti yang tertera di jadual diatas, kadar faedah akan memainkan peranan yang besar kepada jumlah keuntungan yang anda bakal perolehi.

CompareHero.my sentiasa berusaha untuk memberi rakyat Malaysia ilmu kewangan untuk membantu mereka membuat pilihan dan keputusan kewangan dengan lebih bijak. Bandingkan kad kredit, pinjaman peribadi serta pelan internet secara percuma melalui CompareHero supaya anda dapat tawaran terbaik di Malaysia!

my_blog_sc-personal-loan

Disclaimer: Neither CompareHero.my nor the content on it is intended as securities brokerage, investment, tax, accounting or legal advice, as an offer or solicitation of an offer to sell or buy, or as an endorsement, recommendation or sponsorship of any company, security or fund. The content on CompareHero.my is for general information purposes only and is not intended to be personalised investment advice or a solicitation for the purchase or sale of securities.

Compargo Malaysia Sdn. Bhd. and/or its affiliates cannot and do not assess, verify or guarantee the adequacy, accuracy or completeness of any information, the suitability or profitability of any particular investment, or the potential value of any investment or informational source. CompareHero.my may receive compensation from the brands or services mentioned on this website.

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals