Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Aplikasi Untuk Hantar eDuit Raya Kepada Yang Tersayang

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 27 April, 2022

Hari Raya Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi dan pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir. Raya tahun ini pasti meriah memandangkan sudah hampir dua tahun umat Islam tidak berpeluang untuk pulang beraya di Kampung. Bila bercerita mengenai persiapan raya ni, anda dah tukar duit raya di Bank? Dah sediakan sampul raya? Buat yang terlupa atau tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian, jangan risau! Kini anda boleh menghantar eDuit raya sahaja kepada yang tersayang.

Kami telah senaraikan 5 Aplikasi yang anda boleh pilih untuk menghantar e-Duit raya kepada keluarga tercinta dan kenalan.

1. GrabPay

Grab bukan sekadar aplikasi e-hailing sahaja. Terdapat pelbagai ciri lain yang sangat bermanfaat untuk pengguna seperti penghantaran makanan dan barangan, perkhidmatan e-dompet. Anda juga boleh menghantar duit raya beserta dengan ucapan untuk kenalan dan keluarga melalui Perkhidmatan e-dompet Grab atau lebih dikenali sebagai GrabPay. Canggih kan??

Berikut merupakan cara untuk menghantar eDuit raya melalui GrabPay:

  1. Pastikan penerima juga mempunyai aplikasi Grab.
  2. Klik ‘Payment’ dan seterusnya klik ‘Send’.
  3. Masukkan maklumat penerima seperti nombor telefon dan Email dan klik ‘Confirm’.
  4. Isikan jumlah duit raya, pesanan dan Slide untuk membuat pembayaran.
  5. Anda akan menerima resit pembayaran.

GrabPay eDuit Raya


2. Maybank2U/MAE

Setiap tahun Maybank pasti akan mengadakan kempen istimewa sempena hari raya. Pada tahun ini, Maybank telah melancarkan kempen Raya IstiMAEwa bermula pada 22 April hingga 31 Mei 2022 dimana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta dan pulangan tunai. Klik LINK INI untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen serta cara menghantar duit raya melalui aplikasi MAE.

3. CIMB Clicks/DuitNow QR

Kebanyakan bank memang akan sediakan kemudahan menghantar duit termasuklah CIMB. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, CIMB turut menawarkan pelbagai hadiah hebat untuk penggunanya melalui kempen #TapTapMenang yang sedang berlangsung ketika ini. Anda berpeluang untuk memenangi iPhone serta hadiah lain yang bernilai lebih dari RM300,000!. Hantar eDuit raya kepada tersayang melalui CIMB melalui cara dibawah:

  1. Klik 'DuitNow QR'
  2. Imbas kod QR atau muat naik kod QR dari gallery telefon anda
  3. Masukkan jumlah serta pilih 'Proceed'
  4. Pastikan anda masukkan butiran penerima yang betul dan jumlah
  5. Anda akan menerima notifikasi transaksi.CIMB eDuit Raya

4. ShopeePay

Kami yakin hampir semua orang mempunyai aplikasi Shopee di telefon bimbit masing-masing jadi rugilah sekiranya anda tidak menggunakan ciri ShopeePay untuk menghantar duit raya. Selain boleh transfer duit ke bank akaun, anda juga boleh imbas kod QR untuk membuat pembayaran atau hantar serta meminta duit melalui kod QR. Untuk menggunakan ciri menghantar duit ShopeePay ini, anda hanya perlu sahkan kad pengenalan. Rujuk LINK INI untuk panduan menghantar duit raya melalui ShopeePay.

Banyak kan manfaat e-Wallet ni? Boleh hantar duit raya, terima duit raya, dan macam-macam lagi kemudahan lain. Jom lihat senarai e-Wallet terbaik di Malaysia serta perbandingannya di sini.

5. Boost

Boost merupakan salah satu pilihan e-wallet yang mendapat perhatian ramai kerana ia sentiasa menawarkan ganjaran lumayan serta cashback kepada pengguna. Antara ciri premium yang boleh digunakan dalam aplikasi ini ialah perkhidmatan transfer duit. Untuk aktifkan ciri ini anda hanya perlu lakukan beberapa langkah pengesahan identiti serta topup RM20. Rujuk video ini untuk ketahui cara menghantar duit raya melalui Boost:

https://www.youtube.com/watch?v=ml7if9LJukM

Anda bukan sahaja boleh mengantar eDuit Raya kepada keluarga dan kenalan dengan mudah melalui aplikasi yang disenaraikan di atas malah turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik pada musim perayaan ini. Pastikan anda tidak lepaskan peluang berharga ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari CompareHero!

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals