Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Pengguna Malaysia Berhak Membuat Aduan Tribunal Mengikut Akta 1999

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Pernah berhadapan situasi dimana anda dicaj dengan melampau atau kualiti barang yang anda beli tidak sepadan dengan harga? Ketahui bagaimana anda boleh dapatkan ganti rugi atau dimana anda boleh kemukakan aduan. Teruskan membaca untuk ketahui hak anda sebagai pengguna di Malaysia supaya anda akan menjadi pengguna yang celik.

Apakah hak anda sebagai pengguna di Malaysia?

Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna penting supaya anda ketahui apa ada berhak, contohnya untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau berbahaya dan hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Pembelian melalui platform dalam talian juga (Facebook, Instagram, laman web seperti Lazada, Zalora, etc) juga termasuk dalam perlindungan ini. Ini kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia. Ketahui maklumat lanjut untuk hak anda sebagai pengguna di Malaysia seperti berikut:

Hak pengguna Malaysia untuk tuntutan ganti rugi

Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Tuntutan ini boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Cara untuk membuat tuntuan ialah seperti berikut:

  1. Fail tuntutan dengan mengisi Borang 1. Anda boleh dapatkan borang ini di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
  2. Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
  3. Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.

Menurut undang-undang, anda hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan sehingga RM 25,000 sahaja. Wang tuntutan itu bukan dibayar oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut, atas arahan Tribunal.

Selain itu, pastikan juga anda simpan semua dokumen berkaitan dengan pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bukti. Antara dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak,dan dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan gantirugi anda.

Anti-pencatutan dan barangan kawalan di Malaysia

Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.

Hak pengguna untuk mendapatkan maklumat

Tahukah anda, semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan? Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.

Selain daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga berhak dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis. Jika anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai barangan atau servis yang tidak memuaskan daripada menyebarkannya di media social. Walaupun anda akan mendapat bilangan like atau komen yang banyak, tanpa tindakan yang betul wang anda tidak akan dikembalikan. Oleh itu, gunakan hak anda selaku pengguna dan bertindak seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel ini. Jangan lupa untuk bantu pengguna lain yang menghadapi masalah yang sama.

Inginkan lebih penjimatan ketika berbelanja? Gunakan kad kredit yang menawarkan rebat tunai, mata ganjaran ataupun diskaun! Bandingkan kad-kad tersebut secara pecuma di CompareHero.my!

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals