Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

10 Langkah Mudah Untuk Kurangkan Bil Elektrik

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Melakukan beberapa perubahan yang mudah mampu untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah, sekaligus bantu anda menjimatkan wang!

Jika anda belum peka, kadar tarif elektrik bakal meningkat tidak lama lagi. Setakat ini, rakyat Malaysia menikmati rebat 2 sen setiap kilowatt-sejam (kWh). Namun, kadar rebat ini mungkin akan dikurangkan atau dihapuskan oleh kerana kenaikan harga minyak dan bahan bakar, serta nilai Ringgit yang lemah.

Kerajaan telah akan mengekalkan kadar rebat tersebut dari Januari 2021 hingga Jun 2021. Tempoh masa yang ditetapkan meningkatkan pertanyaan sama ada rebat tersebut bakal diteruskan selepas tarikh 30 Jun. Jika rebat tidak diteruskan, kadar tariff elektrik yang dikenakan akan meningkat di kawasan Semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kadar tarif elektrif semasa ialah 39.45 sen setiap kilowatt-sejam di seluruh Malaysia. Kadar ini akan mengambil kira kos bahan api seperti gas domestik, arang batu dan gas cecair asli.

Arang batu dan gas cecair asli merupakan bahan api utama yang menjana elektrik di Semenanjung Malaysia, dengan 50.8% dan 45.2% setiap satu, manakala kawasan lain menjana elektrik menggunakan tenaga hidro.

Tidak boleh dinafikan bahawa  kos elektrik akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah. Namun, kebarangkalian untuk kadar tarif meningkat tetap wujud oleh sebab kadar inflasi dan juga peningkatan kos bahan api.

Ini langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kos bil elektrik.

1. Gunakan panel suria

Penggunaan panel suria boleh membantu untuk mengurangkan kos bil elektrik. Namun, kos pemasangan yang tinggi boleh membantutkan hasrat untuk menggunakannya. Jika anda mampu, bukan sahaja penggunaan elektrik boleh dijimatkan sehingga 75%, kerana Malaysia mempunyai sinaran cahaya matahari yang begitu efektif dan anda juga akan membantu alam sekitar.

2. Elak cahaya matahari memasuki rumah

Antara kekurangan menetap di Malaysia ialah cuaca yang panas terik. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia menggunakan penghawa dingin. Oleh kerana sesetengah individu beranggapan tidak menggunakan penghawa dingin tidak masuk akal, disini kami berikan cadangan untuk kurangkan kos.

Pertama, pastikan anda mengunakan tirai dan langsir di kawasan rumah yang dilimpahi cahaya matahari. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk memasang pelekat ‘tinted’ di tingkap untuk menapis cahaya matahari. Ini akan membantu untuk menyejukkan rumah anda lebih cepat, dan juga mengurangkan penggunaan elektrik oleh penghawa dingin.

electricity-save

3. Tutup suis alat elektronik dengan penggunaan elektrik tinggi

Sesetengah alatan elektronik menggunakan elektrik lebih tinggi berbanding alatan lain. Antaranya:

  • Sistem permainan video (Xbox 360, PS5)
  • Cerek elektrik
  • Desktop komputer yang sentiasa terpasang
  • Set televisyen, terutamanya TV Plasma

Untuk mengurangkan penggunaan elektrik, pastikan anda menutup suis peralatan elektrik tersebut. Dalam kes komputer, walaupun anda menggunakan mod ‘sleep’, peralatan elektronik tersebut masih menggunakan elektrik. Hal ini juga sama untuk pengecas laptop, telefon pintar, dan lain-lain. Apabila kita masih memasang pengecas tersebut, tenaga elektrik masih lagi digunakan. Ini akan mencetuskan pembaziran.

Anda disarankan untuk menutup terus suis utama, kerana alatan ini masih menggunakan tenaga elektrik walaupun peralatan tersebut tidak dipasang. Langkah ini akan membantu untuk anda menjimatkan sekurang-kurangnya 10% dari penggunaan elektrik.

4. Tukar susun atur

Peralatan elektronik yang diletak berdekatan satu sama lain boleh menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi dari biasa. Contohnya, meletakkan mesin basuh berdekatan dengan peti sejuk, atau alatan elektronik utama yang lain. Selain itu, pastikan peti sejuk anda diletakkan di kawasan yang tidak terdedah dengan matahari, ataupun kawasan yang panas dan terdedah pada sumber haba. Ini kerana ia akan menyebabkan ia perlu lebih tenaga elektrik untuk kekal sejuk. Pastikan terdapat ruang aliran udara di bahagian belakang peti sejuk unruk membebaskan haba. Ingat, susun atur peralatan elektrik akan menyumbang kepada penggunaan tenaga elektrik yang lebih efektif.

5. Periksa jumlah penggunaan elektrik

Sebelum membeli peralatan elektronik, periksa berapa jumlah penggunaan elektrik alatan tersebut. Anda boleh gunakan aplikasi kalkulator TNB ini yang akan memberi anggaran penggunaan elektrik untuk bagi alatan yang anda akan beli, serta kesannya keatas bil elektrik.

6. Tips penggunaan penghawa dingin

Jika anda menggunakan penghawa dingin di rumah, ini merupakan beberapa petua yang boleh anda gunakan. Di waktu malam, pastikan anda tetapkan pemasa (timer) untuk hadkan masa penghawa dingin beroperasi walaupun anda sudah tidur. Selain itu, pilih penghawa dingin yang memiliki penggunaan tenaga elektrik yang efektif dan berfungsi dengan baik. Semasa pemasangan pula, pilih lokasi yang tidak terdedah pada cahaya matahari serta saiz dan kuasanya sesuai dengan saiz ruang.

7. Sesi seterika pakaian

Pastikan anda menyeterika pakaian dalam jumlah yang besar untuk setiap sesi. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik, kerana seterika juga merupakan antara peralatan elektronik yang menggunakan elektrik dengan banyak. Anda juga akan menjimatkan masa, kerana tidak perlu melakukannya setiap kali anda ingin menggunakan pakaian.

8. Periksa penggunaan tenaga elektrik

Kira penggunaan tenaga elektrik harian dan bulanan tempat tinggal anda untuk mengetahui berapa yang anda belanjakan untuk elektrik. Dengan ini, anda boleh periksa dan ubah tindakan yang menggunakan elektrik yang banyak, seperti membiarkan TV terpasang walaupun anda telah tidur. Gunakan aplikasi kalkulator penggunaan tenaga TNB yang akan memberikan anggaran penggunaan elektrik di rumah anda.

9. Guna mentol yang betul

Tukar mentol di rumah kepada mentol LED. Walaupun harganya lebih mahal, ia akan menjimatkan kos anda di masa hadapan. Ini kerana mentol LED tahan lebih lama, dan lebih menjimatkan elektrik. Jika anda tidak mampu menggantikan semua mentol, tukar satu demi satu dahulu.

10. Faktor kuasa (Power factor)

Tingkatkan faktor kuasa elektrik di rumah anda. Sebagai info, faktor kuasa merupakan indeks yang diguna untuk menentukan kadar keberkesanan penggunaan elektrik oleh alatan elektronik. Secara amnya, ia mengukur berapa tenaga elektrik yang diperlukan oleh alatan elektronik di rumah anda. Faktor kuasa yang rendah menunjukkan alatan elektronik di rumah anda tidak cekap. 

my_blog_genericproducts_cta_rev_021417

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals