Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Iklan Bank Mengelirukan? Belajar Cara Kira Kadar Faedah Pinjaman Kereta

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 18 February, 2022

Kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang memahami bagaimana caj kadar faedah dikenakan apabila membuat pinjaman untuk membeli kereta. Jika anda pernah membuat pengiraan dan mendapati apa yang anda perlu bayar kepada bank adalah berbeza, artikel ini bakal membantu anda.

Untuk pinjaman, terdapat beberapa formula pengiraan kadar faedah yang perlu dibayar berbanding apa yang diiklankan bank, tambah-tambah lagi untuk pinjaman kereta. Jika anda mengira jumlah bayaran keseluruhan, jarang sekali ianya sama dengan bayaran sebenar yang perlu dibuat.

Ini bukanlah satu penipuan, tetapi sebahagian dari ciri-ciri pinjaman kereta itu sendiri.

Bagaimanakah Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman Kereta Dibuat?

pinjaman-kereta-faedah-01

Untuk pinjaman kereta, kadar faedah yang diiklankan adalah berbeza dengan kadar faedah sebenar (juga dikenali sebagai Kadar Faedah Efektif, atau EIR). Ini kerana pinjaman kereta menggunakan kadar faedah rata.

Dengan kadar faedah rata, bayaran faedah anda adalah sama sepanjang tempoh pembayaran semula, berdasarkan jumlah prinsipal. Sebagai contoh, anda membuat pinjaman kereta sebanyak RM48,000 dengan kadar faedah 3.4% setahun. Tempoh bayaran balik pula sepanjang 7 tahun. Jadi, bayaran caj faedah ialah:

3.4% dari RM48,000 = RM1,632.00 setahun

Jumlah bayaran caj faedah sepanjang 7 tahun tersebut:

RM1,632 X 7 = RM11,424

Tambahkan bayaran tersebut dengan pinjaman anda, maka jumlah bayaran yang perlu dibuat:

RM48,000 + RM11,424 = RM59,424

Bayaran Bulanan : RM59,424 / 84 bulan = RM707.43

Dalam contoh ini, kadar EIR ialah 6.27% setahun. Ini merupakan kadar faedah sebenar yang mengambil kira kesan pengkompaunan.

Secara amnya, kadar faedah EIR adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah rata. Maka, kedua-dua kadar faedah ini perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan untuk memohon mana-mana pinjaman. Maklumat tambahan mengenai EIR boleh dibaca di artikel ini.

Untuk pinjaman-pinjaman lain, seperti pinjaman perumahan, kadar faedah akan dicaj berdasarkan baki tertunggak setiap bulan. Ini bermakna, semakin anda melunaskan pinjaman, bayaran caj faedah akan turut berkurang. Ini berbeza dengan pinjaman kereta dimana cajnya adalah keatas jumlah pinjaman asal tanpa mengambil kira berapakah yang telah anda bayar.

Apa Itu Kadar Faedah Baki Berkurangan?

pinjaman-kereta-faedah-02

Pinjaman gadai janji dan pinjaman peribadi menggunakan kaedah pengiraan baki berkurangan dalam menentukan caj faedah yang perlu dibayar. Menggunakan kaedah ini, kadar faedah dicaj berdasarkan baki pinjaman anda.

Bayaran untuk faedah setiap bulan menurun seiiring dengan baki pinjaman, sesuai dengan prinsip kaedah baki berkurangan disebabkan kadar faedah dikenakan keatas baki pinjaman tersebut.Walaupun ianya merupakan pilihan bagi pemohon pinjaman, tidak banyak agensi kredit menawarkan pinjaman jenis ini di Malaysia, terutamanya untuk pinjaman sewa beli.

Mengapa?

Mungkin langkah pengiraan pinjaman kereta telah ditetapkan, dan tidak ramai yang cukup sedar untuk membuat perubahan. Ataupun industry pinjaman kereta memiliki lebih banyak kemudahan pinjaman yang memiliki faedah yang serupa dan tidak diketahui ramai.

Adakah penerangan ini cukup jelas untuk menjadikan anda faham mengenai pinjaman kereta? Masih ada soalan? Hubungi kami atau utarakan di ruangan komen. 

Ingin mengambil pinjaman? Sebelum itu, ketahui perbezaan antara hutang baik dan hutang buruk. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut!


Perbezaan Antara Hutang Baik dan Hutang Buruk

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals