Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Cara Pengiraan Kadar Faedah Rata Dan Baki Berkurangan Pinjaman Bank

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 15 February, 2021

Anda mungkin sering berhadapan dengan terma kadar faedah rata (flat interest rate) dan juga kadar faedah baki berkurangan (reducing balance rate) sewaktu ingin memohon pinjaman. Namun, adakah anda faham perbezaan antara kedua-dua kadar tersebut?

Tahukah anda bagaimana pengiraan kadar faedah tersebut dilakukan, atau anda hanya berharap kepada bantuan pegawai bank?

Jangan biarkan anda berada dialam kegelapan, terutamanya apabila ia berkaitan isu kewangan. Kami jelaskan perbezaan serta tunjukkan cara pengiraanya di artikel ini untuk bantu anda memahami salah satu aspek kewangan yang penting.

Baca juga: Perbezaan Diantara Kadar Keuntungan dan Kadar Faedah

Kadar faedah rata

Kadar faedah rata merupakan satu kadar faedah yang akan kekal nilainya keatas jumlah pinjaman pokok, sepanjang tempoh pinjaman. Ini bermakna, nilai kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman wang anda sewaktu pinjaman bermula akan berterusan hingga bulan terakhir tempoh pinjaman. Kadar ini biasanya digunakan untuk pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli (untuk kereta).

Formula untuk mengira kadar faedah rata adalah seperti berikut:

(Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) ÷ Bilangan Ansuran (bulan) = Faedah Dibayar Setiap Ansuran

(RM 50,000 x 5 x 7%) ÷ 60 = RM 292

Contohnya, jika pinjaman anda berjumlah RM 50,000, dengan kadar faedah rata 7% untuk tempoh 5 tahun, faedah yang dibayar untuk setiap ansuran ialah:

Namun ingat bahawa jumlah ini merupakan faedah untuk setiap bayaran ansuran, tidak kira berapa banyak jumlah yang anda telah bayar untuk pinjaman tersebut. Secara logiknya, jumlah ansuran bulanan anda untuk pinjaman RM 50,000 tersebut ialah lebih kurang RM 833 sebulan (RM 50,000 ÷ 60 bulan). Tetapi, apabila faedah diambil kira (RM 833 + RM 292), anda bakal membayar RM 1,125 sebulan sepanjang tempoh pinjaman anda.

Di akhir tempoh pinjaman tersebut, anda sebenarnya telah membayar kadar faedah sebanyak 35%, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran anda sebanyak RM 67,500!  Jumlah itu merupakan RM 17,500 lebih dari jumlah yang anda pinjam. Ini merupakan sebab mengapa kadar faedah rata tidak digemari peminjam, kerana tidak kira berapa banyak yang anda telah bayar, kadar faedah tidak berubah.

Kadar faedah berkurangan

Kadar faedah berkurangan biasanya digunakan oleh produk seperti pinjaman gadai janji (mortgage loan), overdraf, dan juga kad kredit. Kadar ini biasanya lebih menjadi pilhan berbanding kadar faedah rata. Ini kerana caj faedah yang dikenakan ialah keatas baki pinjaman anda. Untuk lebih jelas, sila rujuk jadual dibawah yang menggunakan jumlah pinjaman dan kadar faedah sama seperti contoh diatas:

kadar-faedah-berkurangan

Berdasarkan jadual diatas, faedah yang dibayar sekiranya kadar baki berkurangan digunakan lebih rendah, iaitu seiring dengan tempoh pinjaman dan baki pinjaman anda. Seperti yang anda lihat dalam jadual tersebut, walaupun bayaran ansuran anda tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman, nilai bayaran untuk faedah dan bayaran pokok adalah berbeza setiap bulan. Ini kerana caj faedah yang dikenakan keatas jumlah pinjaman pokok menjadi semakin rendah kerana setiap bulan anda akan lakukan pembayaran semula, sekaligus mengurangkan jumlah pinjaman pokok.

Jumlah faedah yang dibayar diakhir tempoh pinjaman anda ialah RM 9,404, dengan bayaran keseluruhan RM 59,404. Cara kaedah faedah berkurangan RM8,096 lebih murah berbanding dengan kaedah kadar faedah rata.

Pengiraan untuk kaedah baki berkurangan agak rumit kerana anda perlu mengira kadar untuk setiap bulan, namun ia boleh dirumuskan dengan formula tersebut:

Faedah Dibayar Setiap Ansuran = Kadar Faedah Setiap Ansuran x Jumlah Pinjaman Tertunggak

Walaupun kadar baki berkurangan memberi kelebihan kepada peminjam, tidak banyak pinjaman yang menawarkan pilihan kadar tersebut. Anda juga perlu mengetahui terma-terma lain yang berkaitan dengan pinjaman supaya anda faham dengan jelas tentang kos dan syarat pinjaman tersebut sebelum memohon dan akan membuat pilihan kewangan bijak.

Baca juga: Apakah Perbezaan Antara Hutang Baik Dan Hutang Lapuk?

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals