Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apakah Perbezaan Antara Hutang Baik Dan Hutang Lapuk?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 02 February, 2021

Sebelum ambil sebarang pinjaman, anda perlu tahu sama ada ianya merupakan hutang yang baik atau lapuk kepada anda. Tidak tahu untuk membezakan kedua-dua hutang tersebut? Cari tahu bagaimana hutang boleh menjadi hutang yang baik dan lapuk serta belajar bagaimana untuk menguruskan hutang secara bijak.

Apa itu hutang baik?

Kajian menunjukkan bahawa 68% rakyat Malaysia masih berhutang dengan kebanyakkan hutang itu mencatatkan perbelanjaan sara hidup yang tinggi, bayaran sewa dan pendidikan anak-anak. Dengan lonjakan peningkatan hutang isi rumah rakyat Malaysia, Bank Negara Malaysia kini memperkenalkan sistem yang lebih ketat untuk mengawal situasi ini.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kebanyakkan rakyat Malaysia yang mencari bantuan kewangan daripada mereka biasanya mengemukakan hutang kad kredit yang banyak.

Secara definisinya, hutang bermaksud anda meminjam wang daripada individu lain atau sebuah institusi kewangan untuk satu tempoh masa di mana anda akan membayar semula jumlah pinjaman berserta faedah. Kebanyakkan daripada kita, berhutang melalui pinjaman adalah keperluan disebabkan oleh kita sering tidak cukup duit tunai untuk membeli barangan asas.

Apa yang menjadikan hutang itu baik atau lapuk apabila hutang tersebut memberi kesan yang akan menganggu hayat kewangan anda sama ada kesannya positif atau negatif.

Hutang baik dapat membantu meningkatkan status kewangan anda melebihi satu tempoh yang panjang atau pendek. Disebalik pinjaman yang diambil ia seharusnya lebih jelas dan mempunyai sebab terperinci.

Sebagai contoh, mengambil pinjaman untuk mengembangkan perniagaan anda secara tidak langsung ia dalam kategori hutang baik yang mana membantu meningkatkan untung bersih anda. Hutang baik boleh juga dikategorikan sebagai di bawah:

  • Meningkatkan dan menambahkan untung bersih anda.
  • Membantu menambahkan wang anda
  • Berkemampuan membuat bayaran pinjaman
  • Faedah yang rendah

Contoh hutang baik

1. Pinjaman pendidikan

hutang-pendidikan

Kaji selidik menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke lima negara termahal dalam pendidikan tertinggi. Ia jelas menujukkan mengapa rakyat Malaysia berhutang untuk pendidikan anak-anak mereka. Sememangnya, pendidikan tinggi menjadi perkara yang mendorong ibu bapa atau pelajar untuk mengambil pinjaman kewangan untuk pendidikan mereka.

David Bok, merupakan seorang bekas president Harvard berkata, “Jika anda fikir pendidikan adalah mahal, cuba abaikannya.” Dengan memiliki kelayakan yang tinggi, ia dapat membantu mendapatkan kerja yang lebih baik dan meningkatkan peluang memperoleh pendapatan yang lumayan. Pinjaman pendidikan  adalah satu pelaburan yang merupakan jenis hutang baik.

2. Pinjaman pelaburan

pinjaman-pelaburan

Ambil pinjaman yang anda boleh letakkan di dalam pelaburan kenderaan seperti deposit tetap dan Amanah Saham Bumiputera(ASB), ia boleh jadi pelaburan yang bagus dengan tersedia segala perkara yang anda perlu lakukan. Prinsip utama adalah untuk memastikan apa yang anda dapat daripada pelaburan adalah lebih daripada faedah atau perbelanjaan yang terlibat kepada anda sepanjang pinjaman.

Apa itu hutang lapuk?

Hutang lapuk dikategori sebagai jenis hutang yang tiada tambah nilai kewangan dalam kehidupan anda. Selain daripada itu, hutang lapuk juga boleh melibatkan kos wang yang lebih untuk masa panjang. Kriteria lain hutang lapuk termasuklah:

  • Beli barang yang susut nilai dari semasa ke semasa seperti kereta.
  • Hutang kad kredit yang tidak berbayar
  • Pinjaman faedah yang tinggi.

Hutang kad kredit

hutang-kad-kredit

Kad kredit boleh jadi alat kewangan yang hebat jika ia digunakan dengan betul. Walaubagaimanapun, ia boleh bertukar kepada hutang lapuk apabila disalahgunakan dengan membuat jumlah pembelian yang besar jumlahnya tetapi hanya membuat pembayaran minimum setiap bulan atau lebih teruk membayarnya selepas dari tarikh yang telah dijangkakan. Ini akan mengakibatkan caj dan faedah yang tinggi tanpa menyatakan risiko buruk dalam rekod kredit anda.

Tips mengurus hutang secara bijak

1. Hubungi pemberi pinjaman anda atau bank

Jika anda berhadapan kesukaran untuk menyelesaikan bayaran semula pinjaman yang telah ditetapkan, cuba hubungi pemberi pinjaman dan bank anda dengan segera. Peluang yang dibuka oleh pihak bank untuk berunding adalah kerana mereka juga mahu mengecilkan peluang pinjaman yang tidak berbayar sebelum ianya menjadi lebih rumit. Cuba untuk bekerjasama dengan pihak bank anda.

Baca juga: Bagaimana Untuk Menghadapi Pengutip Hutang?

2. Jumpa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Cara lain, anda juga boleh berjumpa Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia. Perkhidmatan mereka adalah percuma dan mereka akan menawarkan kaunseling juga nasihat kewangan ke atas pengurusan kewangan dan membantu individu dengan masalah hutang mereka melalui program pengurusan hutang.

3. Buat perbandingan 

Sebelum ambil pinjaman, bandingkan dahulu pinjaman daripada bank yang mana membantu untuk mendapatkan kadar faedah terbaik. Anda boleh  meninggalkan kecelaruan dengan menggunakan cara seperti cara percuma perbandingan pinjaman peribadi daripada CompareHero.my.

Baca juga: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Status Muflis

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals