Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Status Muflis

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 15 December, 2021

Ketahui apa itu muflis serta kesannya terhadap anda sekiranya diisytiharkan muflis. Kami juga kongsikan bagaimana anda boleh dapatkan pertolongan sekiranya anda rasa anda sedang menuju kearah diisytiharkan muflis.

Apa itu muflis?

Ia merupakan proses dimana penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkhamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkhamah Tinggi terhadap individu tersebut. Berikut adalah kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia:

  • Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM50,000.
  • Tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar.
  • Individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Tahukah anda bahawa anda boleh diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan anda? Seseorang individu boleh diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:

  • Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.
  • Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.
  • Individu tersebut tidak hadir ke mahkhamah.
  • Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.

Prosedur penyampaian ganti bermaksud pengisytiharan muflis telah diserahan melalu iklan di surat khabar atau melalui papan kenyataan di mahkamah. Dalam situasi seperti ini,  individu yang telah diisytiharkan muflis mungkin tidak akan mengetahui prosiding muflis telah difailkan terhadapnya. Prosedur penyampaian ganti akan berlaku sekiranya individu tersabut tidak dapat dikesan. Anda boleh menjalankan pemeriksaan muflis untuk periksa status anda di ibupejabat Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya dan akan dikenakan yuran sebanyak RM10

Seseorang individu boleh diisytiharkan muflis melalui dua cara:

  • Petisyen Pemiutang : cara ini bermaksud petisyen muflis akan dikemukakan oleh pemiutang terhadap penghutang terhadap hutang yang melebihi RM50,000.
  • Petisyen Penghutang : seseorang individu boleh secara sukarela mengisytiharkan dirinya muflis untuk melindungi dirinya daripada tuntutan pemiutang yang dia tidak mampu untuk jelaskan. Tiada jumlah minima untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai muflis. Setelah petisyen dikemukakan, petisyen tidak boleh ditarik balik tanpa kebenaran mahkhamah.

Ingat bahawa pengisytiharan muflis adalah sesuatu yang serius dan seharusnya dijadikan jalan terakhir untuk individu yang sedang melalui masalah kewangan. Ketahui apa akan terjadi setelah seseorang individu diisytiharkan muflis dibawah.

MY_BLOG_Bankruptcy_1

Apa akan terjadi setelah seseorang diisytiharkan muflis?

Diisytiharkan muflis bermaksud individu tersebut akan dikenakan berbagai halangan. Berikut adalah apa yang akan terjadi setelah individu telah diisytiharkan muflis:

1. Dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi 
Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI.

2. Had perjalanan
Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar dari negara.

3. Kredit terhad
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.

4. Semua aset dirampas
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.

5. Had pekerjaan
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:

  • Peguam
  • Juru Ukur
  • Akauntan
  • Doktor

Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.

Undang-undang muflis terkini di Malaysia

Berikutan cadangan perubahan untuk akta muflis yang telah dibangkitkan pada 2016, perubahan kepada akta muflis kini telah berkuatkuasa sejak 6 Oktober 2017. Dibawah merupakan perubahan pada undang-undang muflis di Malaysia yang perlu anda ketahui.

1. Had minimum muflis dinaikkan
Sebelum ini seseorang individu boleh diisytiharkan muflis jka mempunyai hutang sebanyak RM30,000 atau lebih. Namun, jumlah tersebut telah ditingkatkan kepada RM50,000 bermaksud jika seseorang mempunyai hutang sebanyak tersebut atau lebih sahaja boleh diisytiharkan muflis.

2. Pelepasan automatik

Sebelum ini juga inidividu yang telah diisytiharkan muflis hanya boleh mendapat pelepasan daripada status tersebut setelah melakukan rayuan di Mahkhamah atau setelah diberikan sijil pelepasan dari Ketua Pengarah Insolvensi. Selain itu, pelepasan hanya boleh dipertimbangkan selepas 5 tahun dari tarikh individu tersebut digelar muflis.

Namun kini dibawah perubahan yang telah berkuatkuasa, pelepasan automatik kini diperkenalkan. Ini bermakna individu yang muflis boleh mendapat pelepasan automatic selepas 3 tahun dari tarikh penyerahan penyata hal ehwalnya.

“Penguatkuasaan undang-undang kebankrapan yang baru dipinda bermula tahun ini. Jika mereka memenuhi kriteria kami, peminjam yang layak akan secara automatik dilepaskan daripada status bankrap tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal” –Datuk Abdul Rahman Putra Taha, Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia

Bagaimana ia berfungsi ialah, selepas 3 tahun dari tarikh penyerahan kebankrapan, seseorang yang muflis akan secara automatik dilepaskan dengan syarat bahawa penghutang:

  • telah mencapai sasaran untuk sumbangan hutang mereka
  • mengisytiharkan liabiliti mereka kepada Jabatan Insolvensi Malaysia

Selain daripada itu, mulai sekarang pemiutang tidak boleh membantah pelepasan dari status muflis bagi beberapa jenis status muflis seperti yang berikut:

  • penjamin sosial
  • individu muflis yang mempunyai kecacatan seperti yang tertera di Akta Orang Kurang Upaya 2008
  • individu muflis yang telah meninggal
  • individu muflis yang mempunyai penyakit kronik


3. Elak menjadi muflis melalui perkiraan sukarela

Dibawah pindaan undang-undang muflis tersebut juga memberikan individu yang bakal digelar muflis peluang untuk menyelesaikan hutangnya tanpa prosiding muflis diteruskan dibawah perkiraan sukarela di bawah Akta Insolvensi 1967.

“Selagi mereka memenuhi pembayaran dalam tempoh itu, kami akan melepaskan nama mereka” – Datuk Abdul Rahman Putra Taha

Dengan adanya perkiraan sukarela ini, penghutang boleh berunding untuk menyusun semula pembayaran hutang mereka untuk mengelakkan digelarkan muflis. Namun penhutang perlu mematuhi jumlah bayaran yang telah dipersetujui antara pemiutang dan mereka juga perlu memfailkan penyata slip gaji dan perbelanjaan mereka setiap enam bulan sepanjang tempoh tiga tahun.

4. Pengecualian Penjamin Sosial dari Prosiding Kebankrapan

Malangnya antara sebab rakyat Malaysia digelarkan muflis ialah mereka telah menjadi penjamin. Namun dengan perubahan terbaru ini situasi tersebut tidak akan berlaku lagi. Ini kerana pemiutang tidak boleh memulakan apa-apa tindakan muflis terhadap penjamin sosial seperti:

  • penjamin untuk pinjaman, biasiswa atau geran untuk pelajaran
  • penjamin untuk pinjaman transaksi sewa beli kenderaan untuk kegunaan bukan perniagaan
  • penjamin untuk pinjaman urus niaga pinjaman perumahan untuk kediaman peribadi

Apakah sebab utama rakyat Malaysia diisytihar muflis?

MY_Blog_pie-graph_062016_BM

Kebanyakan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis merupakan dalam lingkungan umur 35-44 tahun (35.25%), sementara 25-34 tahun adalah yang kedua terbanyak (22.52%). Majoriti kes muflis di Malaysia disebabkan oleh pinjaman kenderaan, ini oleh kerana tunggakan hutang pinjaman kenderaan yang tidak dijelaskan. Selain daripada itu, sebab lain rakyat Malaysia diisytiharkan muflis ialah daripada tunggakan hutang perumahan, hutang peribadi dan hutang perniagaan.

Individu juga boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia menjadi penjamin kepada orang lain. Pihak bank akan menuntut hutang daripadda penghutang terlebih dahulu, namun sekiranya penghutang tidak boleh melangsaikan hutang tersebut pihak bank akan menuntut dari individu yang bertindak menjadi penjamin kepada penghutang.

Dimana untuk dapatkan pertolongan sekiranya anda risau akan diisytiharkan muflis?

Menjadi individu yang telah diisytihar muflis sangat menyusahkan dan ia akan mengambil masa yang lama untuk pulihkan kewangan anda serta keluarkan diri anda dari senarai muflis. Jika anda rasa anda sedang kearah bakal diisyitharkan muflis, ikuti tips dibawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh dapatkan pertolongan dan pulihkan keadaan kewangan anda.

1. Dapatkan pertolongan professional percuma 
Jika anda berhadapan masalah dalam mengendalikan hutang dan melangsaikan pinjaman, anda boleh dapatkan pertolongan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan secara percuma.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan.

2. Bincang dengan pihak pemiutang
Sekiranya anda menghadapi masalah dalam melakukan pembayaran pinjaman, berunding bersama pihah bank anda. Kebanyakan bank bersikap terbuka kepada perundingan dan untuk merunding semula syarat pinjaman. Ini kerana pihak bank juga ingin mengurangkan kecenderungan berlakunya kes pinjaman yang tidak berbayar (non-performing loan).

Jadi apa kata anda berbincang dengan pihak bank dan rumuskan aliran pembayaran balik yang anda mampu dan yang juga dipersetujui pihak bank. Sekiranya anda berhadapan masalah semasa berunding bersama pihak bank anda boleh ke AKPK kerana mereka boleh menjadi pihak tengah melalui program pengurusan hutang yang dikendalikan.

3. Nilai semula aset serta komitmen kewangan anda
Selain daripada mengurangkan perbelanjaan anda, anda patut pertimbangkan untuk menggunakan simpanan anda untuk melangsaikan hutang atau pinjaman. Anda juga patut mempertimbangkan untuk keluarkan wang daripada pelaburan sekiranya ada untuk kurangkan hutang dan pinjaman yang sedia ada kerana ini akan membantu untuk mengelak anda diisytihar muflis.

Jika anda mempunyai berbagai aset, jual aset tersebut dan gunakan wang untuk jelaskan hutang dan pinjaman anda. Lebih baik anda gunakan aset untuk jelaskan hutang daripada diisytiharkan muflis kemudian semua aset anda diambil.

Akhir sekali, ingat bahawa jumlah bayaran balik untuk semua komitmen kewangan anda tidak sepatutnya lebih daripada 40% gaji bersih anda. Sebelum anda mengambil pinjaman atau berhutang, jangan gopoh kerana anda patut pastikan mendapatkan pinjaman pada kadar faedah terendah.

Lihat juga: Bagaimana bank menjana keuntungan dengan kad kredit

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals