Bagaimana Bank Menjana Keuntungan Dengan Kad Kredit?

|Posted by | Bahasa Malaysia, Credit Card

MY_BLOG_Phishing

Jika anda pengguna tegar kad kredit, anda pasti sudah biasa dengan tawaran istimewa dari bank yang meliputi mata ganjaran, rebat tunai, airmiles dan banyak lagi. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana bank mampu menjana keuntungan dengan tawaran tersebut? Kami ada jawapannya!

Dalam artikel ini, kami dedahkan serba sedikit cara pihak bank menjana keuntungan dan tips untuk mengelak dari membayar caj yang tak berapa tersembunyi .

Yuran fi dan caj kad kredit

Yuran tahunan, caj bayaran lewat, caj pendahuluan tunai dan caj transaksi matawang asing antara caj yang boleh dikenakan apabila anda menggunakan kad kredit anda. Namun, walaupun anda sering membuat bayaran tepat pada masanya dan tidak pernah dikenakan faedah, bank masih mampu mencari jalan untuk  menjana keuntungan melalui caj-caj lain seperti berikut:

Yuran tahunan

Yuran ini merupakan caj tahunan yang dibayar untuk anda terus menggunakan kad kredit. Selalunya, semakin mahal yuran tahunan, semakin banyak faedah yang anda boleh dapati. Walaupun begitu, sesetengah bank menawarkan pemansuhan yuran tahunan dengan beberapa syarat kelayakan, seperti berbelanja RM 50,000 setahun.

Caj Pembayaran Lewat

Kebanyakan bank mengenakan caj 1% keatas baki tertunggak jika anda lambat melangsaikan sekurang-kurangnya bayaran minima untuk kad kredit anda. Walaupun terdapat bank yang meletakkan had terhadap caj ini, ada bank yang tidak mempunyai had. Jadi, PASTIKAN ANDA BAYAR TEPAT PADA MASANYA!

my_blog_hsbc-personal-loan

Caj Pendahuluan Tunai

Caj ini merupakan antara caj paling menakutkan. Bukan sahaja anda akan dikenakan kadar yang tinggi (5% untuk jumlah yang anda keluarkan), anda juga menampung kadar faedah18% untuk transaksi tersebu. Maka kami nasihatkan ELAKKAN dari menggunakan transaksi ini.

Caj transaksi matawang asing

Melancong sememangnya menyeronokkan. Tetapi, menggunakan kad kredit untuk berbelanja ketika melancong boleh menjejaskan mood anda! Terdapat caj 1%  atau lebih keatas transaksi matawang asing yang akan meningkatkan perbelanjaan anda ketika melancong, maka alternatifnya ialah dengan menggunakan wang tunai.

Lihat juga: Percutian bajet bawah RM 500

MY_BLOG_Rates

Kadar Faedah

Kadar faedah atau juga dikenali sebagai ‘bunga’ antara sumber keuntungan terbesar yang dijana bank. Kebanyakan bank di Malaysia mengenakan faedah antara 11% hingga 18% setahun untuk baki tertunggak. Bank kebiasaannya mendapat untung yang besar melalui pemegang kad yang hanya membuat pembayaran minima ataupun pembayaran lewat.

Rujuk situasi ini: Anda mempunyai baki tertunggak sebanyak RM 5,000 dan bank anda mengenakan caj kadar faedah 15% setahun. Jadi, anda perlu membayar RM 41 sebulan untuk faedah sahaja (dengan anggapan baki bawa hadapan sama ). Berikut adalah pengiraan ringkas:

(Baki (RM) x jumlah hari dari tarikh penyataan transaksi ke tarikh kitaran bil / 365 hari) x kadar faedah = caj faedah

Katakan tarikh akhir pembayaran anda ialah 20 hari (tempoh bebas kadar faedah selepas tarikh penyata anda, maka pengiraannya ialah:

(RM 5000 x 20 / 365) x 15% = RM 41

Penyelesaian: anda harus melangsaikan pembayaran penuh sebelum tarikh akhir. Kebiasaannya, bank menawarkan tempoh 20 hari bebas kadar faedah,

Gunakan kad kredit untuk perbelanjaan yang anda boleh langsaikan pada akhir bulan sahaja. Jika anda ingin membuat pembelian dengan jumlah yang besar (lebih RM 500), gunakan pilihan untuk menukarnya kepada pelan ansuran yang ditawarkan oleh bank.

Jika anda terbeban dengan hutang kad kredit yang banyak, cuba langsaikannya dengan kad kredit yang mempunyai pelan perpindahan baki (balance transfer) dengan kadar faedah yang rendah.

Caj pekedai

Ramai orang mungkin tidak sedar, namun semakin tinggi kuasa membeli anda, semakin besar keuntungan yang bank jana. Setiap kali anda membuat pembelian, peratus kecil dari pembayaran anda (1%-3%) akan ke bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut sebagai caj pertukaran.

Impaknya tidaklah dirasai secarang langsung, namun sebahagian peniaga skala kecil akan mengenakan caj 1%-3% itu kepada anda, walaupun mereka wajib memaklumkan kepada anda akan caj tersebut terlebih dahulu. Gunakan tunai bila anda berhadapan senario ini, terutama sekali di kafe dan kedai makan.

MY_BlogBanner_021516-CTA

Amin Don

About Amin Don

Amin is a Data Analyst and one of the BM writers at CompareHero.my. He is increasingly interested on effective data management and applying it while managing Inter Milan on Football Manager 2016.