Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi Di Selangor

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 14 April, 2022

Kami yakin ramai yang tidak sabar-sabar lagi nak bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan maklumlah dah hampir 2 tahun terperap di rumah dan tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk ke mana-mana. Untuk anda yang ingin keluar dari hiruk pikuk bandar dan inginkan ketenangan untuk beberapa hari, kami cadangkan anda untuk terokai 5 tempat penginapan berkonsepkan alam semula jadi ini di Selangor.

1. Templer Park Rainforest Retreat

Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi-Templer Park

Kredit: Templer Park Rainforest Retreat

Templer Park Rainforest Retreat yang terletak di Rawang ini merupakan antara lokasi sesuai buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Pengunjung boleh memilih dari 2 jenis penginapan iaitu Villa dan Container yang boleh memuatkan 6 hingga 30 orang. Jadi tempat ini memang sesuai untuk adakan reunion bersama keluarga atau rakan-rakan. Penginapan ini dikelilingi oleh hutan lipur Kanching dimana pengunjung boleh menghabiskan masa dengan mandi manda atau sekadar berehat di air terjun kerana terdapat lebih kurang 7 air terjun di kawasan ini!

Harga:
Villa bermula RM1240
Container bermula RM1480

Laman web: https://www.tprr.net/

2. Dusun Bonda

Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi-Dusun Bonda

Kredit: Kgsgmasin

Buat yang inginkan pengalaman glamping dengan suasana hijau, anda boleh cuba rancang percutian ke Dusun Bonda. Dusun Bonda ini terletak di Kampung Orang Asli Gurney, Batang Kali dan mempunyai beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih iaitu khemah dan villa. Khemah boleh memuatkan 4 hingga 7 orang dewasa beserta kanak-kanak dan dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti tilam, kipas dan juga plug point. Pilihan penginapan lain ialah jenis Villa yang boleh memuatkan 5 hingga 6 orang termasuk kanak-kanak. Untuk menjadikan percutian anda lebih best, anda boleh lakukan aktiviti seperti tubing, bonfire dan meredah hutan(terdapat caj tertentu).

Harga:
Khemah bermula RM350
Villa bermula RM700

Laman Web: https://dusunbonda.com/

Untuk yang inginkan lebih banyak pilihan lokasi untuk aktiviti glamping, anda boleh ke link ini.

3. The Sticks

Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi-The Sticks

Kredit: The Sticks Guide

The Sticks merupakan satu lagi tempat percutian berkonsepkan alam semula jadi yang wajib anda pergi! Terdiri daripada 12 jenis pondok, khemah dan villa yang boleh memuatkan dari 2 hingga 7 orang, penginapan ini selesa serta turut menyediakan pakej makanan bagi memudahkan pengunjungnya. Apa yang menarik mengenai The Sticks ini ialah anda boleh pilih pakej bermalam atau tidak. Untuk yang tidak ingin bermalam dan sekadar ingin menikmati keindahan hutan serta sungai, anda boleh menyewa pondok dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Harga:
Pondok bermula darI RM342
Khemah bermula RM552
Villa bermula RM564

Laman Web: https://thesticks.my/

4. Tadom Hill Resorts

Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi-Tadom HillKredit: Tadom Hill

Penginapan Tadom Hill Resorts ini diinspirasikan dari buluh serta dijaga oleh kakitangan yang kebanyakannya merupakan masyarakat suku Temuan. Sepanjang disini anda pasti tidak bosan kerana terdapat pelbagai aktiviti boleh dicuba seperti flying fox, sumpit, abseiling, memanah serta aktiviti air. Tadom Hill turut menyediakan pakej makanan yang mempunyai pelbagai seleksi makanan yang menyelerakan. Antara jenis penginapan yang terdapat disini ialah hammock, pondok serta chalet.

Harga: Bermula dari RM70

Laman Web: https://tadomhillresorts.com/

5. SelaruLoft 

Penginapan Berkonsepkan Alam Semula Jadi-Selaruloft

Kredit:HaveHalalWillTravel

SelaruLoft ini memang unik kerana nak sampai ke sini anda perlu lakukan sedikit pendakian! Namun setelah tiba, anda pasti akan terpesona dengan reka bentuk moden penginapan ini yang dikelilingi hutan hijau. Penginapan ini boleh memuatkan 10 orang serta mempunyai sungai berhampiran dimana anda boleh berendam sepuas hati. Dilengkapi dengan kemudahan dapur serta peralatan BBQ, inilah masanya untuk anda tunjuk bakat memasak kepada kawan-kawan atau ahli keluarga.

Harga: Bermula dari RM630
Laman Web: Airbnb

Kami juga ingin mengingatkan anda untuk sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar semasa bercuti untuk pastikan orang ramai boleh menikmati tempat penginapan dan kemudahan yang disediakan juga.

Apa pendapat anda tentang semua penginapan yang disenaraikan di atas? Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan tambahan, jom komen!

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals