Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Perkhidmatan Kesihatan Mental PERCUMA Di Malaysia

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 23 August, 2023

Kesihatan mental merupakan perkara yang agak sensitif di kalangan rakyat Malaysia namun ramai yang semakin peka tentang ini dan ia merupakan perkara yang sangat bagus kerana kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Sekiranya kesihatan fizikal kita terjejas, tanda-tandanya akan jelas terlihat seperti suhu badan yang tinggi, selsema dan sebagainya. Namun sekiranya kesihatan mental terganggu, ia agak sukar untuk dikenal pasti. Klik link ini untuk ketahui punca serta simptom kesihatan mental anda terjejas. Jadi amat penting untuk kita sentiasa peka dengan kesihatan mental serta fizikal. Jom ketahui 5 perkhidmatan kesihatan mental PERCUMA di Malaysia yang anda boleh rujuk.

1. Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA)

Mental Illness Awareness & Support Association atau singkatannya MIASA ditubuhkan pada 2017 dan bermatlamat untuk memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dan menyediakan sokongan kepada yang memerlukan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini ialah: 

  • Penilaian kesihatan mental
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan psikologi
  • Sokongan rakan sebaya dan penilaian terapeutik. 
  • Buat yang beragama Islam, MIASA turut menawarkan terapi rohani/ruqyah! 

MIASA menawarkan semua perkhidmatan secara percuma khusus untuk golongan B40. Klik link ini untuk daftar.

Hubungi MIASA menerusi:

Email: info.miasa@gmail.com

Portal: http://miasa.org.my/

No. Tel: +60379321409 / +60192362423

2. MindTalks

Buat anda yang sukakan pendekatan seperti kaunseling, motivasi serta bahan-bahan ilmu, kami cadangkan anda untuk dapatkan perkhidmatan MindTalks. Agensi yang ditubuhkan pada tahun 2021 ini menyediakan perkhidmatan seperti: 

  • Kaunseling individu, berkelompok, keluarga dan juga kaunseling kerjaya
  • Psikologikal seperti psikoterapi, penilaian teraputik, rundingan dan penilaian kesihatan kesihatan mental, mindfulness serta  motivasi

MindTalks turut menyediakan program pembangunan diri, organisasi, keusahawanan, kepimpinan, pendidikan, dan lain-lain. Malah mereka turut aktif di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Telegram berkongsi info mengenai kesihatan mental. Bukan itu sahaja, MindTalks turut menerbitkan bahan ilmu yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia bagi tujuan membantu individu yang memerlukan.

Hubungi MindTalks menerusi: 

Email: mindtalks.official@gmail.com

Saluran lain : FB, YouTube dan IG

No. Tel: +601135256796

https://youtu.be/-rhqOxlaWRU

3. Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling (PKPK) UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling menerusi Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling (PKPK) kepada semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, keluarga dan warga emas. Untuk mendapatkan perkhidmatan percuma, anda perlu menggunakan khidmat kaunselor pelatih yang bertauliah. 

Hubungi PKPK UKM menerusi:

Email: pkpkukm@ukm.edu.my

No. Tel: +60389213960

Whatsapp: +60192906825

4. Befrienders

Befrienders merupakan talian sokongan emosi yang beroperasi 24 Jam 7 hari seminggu bagi membantu mangsa yang mengalami tekanan dan memerlukan sokongan. Befrienders adalah alternatif terbaik bagi mereka yang lebih suka berinteraksi secara dalam talian ataupun buat mereka yang tiada akses kepada perkhidmatan kesihatan mental berhampiran anda. Namun sukarelawan yang anda hubungi di talian ini hanya berfungsi sebagai pendengar, sekiranya anda dapati simptom anda semakin teruk ataupun kesihatan mental anda merosot atau tiada peningkatan, anda harus berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Hubungi Befrienders menerusi: 

Email: sam@befrienders.org.my

No. Tel: +60376272929 / +60379568145 (24 Jam)

5. Talian Kasih

Talian Kasih adalah lagi satu talian 24 jam selain Befrienders yang berfungsi untuk memberi sokongan psikososial kepada yang sedang mengalami isu kesihatan mental. Talian ini merupakan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menangani masalah seperti penderaan, pembuangan bayi, masalah sosial remaja dan juga menyediakan perlindungan serta perkhidmatan kesihatan reproduktif.

Hubungi Talian Kasih menerusi:

No. Tel: 15999 (24 Jam)

Whatsapp: +60192615999 

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak pilihan perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia, rujuk link ini.

Cadangan di atas merupakan inisiatif percuma yang disediakan oleh NGO dan juga pihak kerajaan bagi membantu mereka yang sedang bertarung dengan kesihatan mental. Sekiranya anda, ahli keluarga ataupun kenalan mengalami sebarang simptom kesihatan mental terjejas, pastikan anda mendapat bantuan dari saluran yang betul dan individu yang bertauliah.



FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals