Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Tawaran Percutian Menarik Sempena MATTA Fair 2022

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 07 April, 2022

Okay kaki travel, sila lap habuk dan renew passport anda sebab kita akan pergi bercuti tak lama lagi! Memandangkan MATTA Fair akan berlangsung pada 9 dan 10 April 2022, pasti banyak pakej percutian yang menarik akan ditawarkan, tambahan pula sempadan negara telah dibuka baru-baru ini setelah hampir dua tahun ditutup. Rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang ini untuk borong pakej-pakej percutian yang akan ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan di Malaysia.

Jom lihat 5 tawaran dan pakej percutian menarik yang anda boleh dapati di MATTA Fair 2022:

1. Malaysia Airlines akan tawarkan diskaun sehingga 45%

Ye, diskaun sebanyak 45% ke destinasi domestik dan juga antarabangsa terpilih. Untuk yang ingin melancong dalam negara, dengar cerita tambang akan bermula serendah RM79 sahaja sehala ke destinasi di semenanjung Malaysia! Ini termasuk elaun bagasi kabin sebanyak 7kg, makanan dan minuman ringan serta hiburan dalam penerbangan. Nak lagi best anda tak perlu tunggu lama-lama untuk travel dengan deal ni, boleh mula melancong serta merta sehingga 30 November 2022. Selain itu dengan setiap pembelian, anda akan berpeluang untuk memenangi tiga tiket pergi balik kelas Perniagaan dan tujuh tiket pergi balik kelas Ekonomi ke destinasi antarabangsa dan domestik!

Malaysia Airlines MATTA Fair
Sumber: Malaysia Airlines

2. 21 booth akan dibuka khusus untuk mempromosikan Sarawak

Sarawak MATTA Fair
Sumber: Gempak.com

Buat yang teringin nak ke bumi kenyalang, inilah masanya! Lawati MATTA fair pada hujung minggu ini dan kami yakin anda akan jumpa pakej percutian ke Sarawak yang bersesuaian dengan bajet serta minat anda! Maklumlah ada 21 booth yang akan mempromosikan Sarawak. Alang-alang dah berhajat nak ke Sarawak, jom tambah pengetahuan mengenai negeri ini dalam artikel: 8 Things You Might Not Have Known About Sabah & Sarawak.

3. Genting SkyWorlds Theme Park juga akan berada di MATTA Fair

Genting Skyworld Theme Park MATTA Fair
Sumber: Genting SkyWorlds Theme Park

Buat peminat taman tema, anda pasti tak sabar untuk ke Genting SkyWorlds Theme Park yang baru sahaja dibuka pada 8 Feb yang lepas. Taman tema ini mempunyai 9 kawasan outdoor dengan 26 rides yang anda boleh nikmati. Ia bersaiz lebih kurang 19 padang bola! Rasanya boleh habis tawaf satu hari tak? Pihak Genting SkyWorlds Theme Park telah pun senaraikan semua diskaun serta promosi yang boleh didapati di MATTA Fair nanti di link ini. Jadi sebelum pergi, boleh la buat keputusan terus. Yang paling menarik untuk kami ialah promosi penginapan satu malam di First World Hotel (bilik jenis Deluxe) berharga RM68 sahaja!

4. Dapatkan tawaran hebat dari booth Visit MY Japan yang bertemakan bunga Sakura


Sumber: Visit MY Japan

Rebut peluang untuk dapatkan promosi hebat dari agensi pelancongan Visit MY Japan di MATTA Fair nanti. Antara tarikan di booth ini nanti ialah:

  • Anda boleh dapatkan maklumat perjalanan terkini
  • Berpeluang bergambar di terowong sakura yang akan menjadi tema booth ini nanti
  • Dan juga memenangi pelbagai hadiah misteri serta goodie bag

Untuk menarik lebih ramai pengunjung ke booth mereka, Visit MY Japan juga akan mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan untuk memenanginya anda hanya perlu menjawab survey yang disediakan.

5. Tripfez Travel menawarkan diskaun sehingga RM500 untuk pakej umrah

Tripfez Travel MATTA Fair
Sumber: Tripfez Travel

Bila dah boleh travel ni, pasti ramai yang mempunyai pelbagai destinasi pilihan masing-masing, Buat umat islam, antara destinasi idaman mereka tentunya ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji. Sempena MATTA Fair tahun ini, Tripfez Travel akan menawarkan diskaun sehingga RM500 untuk pakej umrah dan juga pakej hari keluarga dan trip syarikat ke pelbagai destinasi terpilih. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang akan ditawarkan sempena MATTA fair nanti di laman sosial agensi pelancongan itu.

Kami yakin ramai yang akan teruja dengan semua promosi pelancongan yang tersenarai di atas, maklumlah dah 2 tahun tidak dapat melancong dengan puas. Namun pastikan anda mematuhi SOP dan menjaga penjarakkan sosial semasa mengunjungi MATTA Fair pada 9-10 April ini. Jom bercuti!

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals