Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Baju Raya: Perlukah Guna Perkhidmatan Beli Dulu Bayar Kemudian?

Fatin Haris

Fatin Haris

Last updated 20 April, 2022

Pasti ramai yang teruja untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini! Maklumlah ini merupakan tahun pertama sejak pandemik Covid-19 melanda, kita dibenarkan untuk meraikannya tanpa sebarang perintah kawalan pergerakan. Kami jangkakan persiapan raya tahun ini pasti meriah berbanding tahun sebelumnya dan antara trend menarik pada tahun ini ialah munculnya banyak perkhidmatan Beli dulu bayar kemudian untuk pelbagai kategori persiapan raya seperti perabot, elektronik termasuklah baju raya… Sebelum kita mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, jom kita fahami dahulu apa sebenarnya perkhidmatan beli dulu bayar kemudian serta kelebihan dan kekurangan perkhidmatan ini.

Apakah Perkhidmatan Beli Dulu Bayar Kemudian?

Secara ringkasnya, perkhidmatan beli dulu bayar kemudian merupakan perkhidmatan bayaran yang membolehkan pengguna membuat bayaran secara ansuran untuk tempoh tertentu. Tempoh tersebut bergantung kepada perkhidmatan beli dulu bayar kemudian pilihan anda.  Kebiasaannya perkhidmatan seperti ini akan memberikan kemudahan pembayaran ansuran selama 3 bulan maksimum.

baju-raya-guna-perkhidmatan-beli-dulu-bayar-kemudian Kredit: Calaqisya

Perkhidmatan beli dulu bayar kemudian atau lebih dikenali sebagai Buy Now Pay Later (BNPL) bukanlah suatu perkara baru dalam dunia pembayaran digital. Sebelum ini ciri pembayaran secara ansuran ini hanya boleh dinikmati oleh pemegang kad kredit namun sejak pandemik Covid-19, semakin banyak perkhidmatan beli dulu bayar kemudian yang muncul untuk memberi pengguna kuasa membeli melalui pembayaran ansuran.

Contoh perkhidmatan beli dulu bayar kemudian yang popular di Malaysia ketika ini ialah:

  • Atome

  • Hoolah

  • PayLater oleh Grab

  • Rely

Dengan lambakan pilihan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian pada ketika ini, pasti ramai yang tertarik untuk menggunakan cara pembayaran alternatif ini dan tak kurang juga yang tertanya-tanya jika perkhidmatan ini akan memberikan kesan buruk kepada kewangan mereka.

Seperti yang dinyatakan di atas, tujuan utama perkhidmatan beli dulu bayar kemudian ini ialah bagi memudahkan pengguna untuk membeli barangan yang bernilai tinggi tanpa menjejaskan aliran tunai bulanan. Antara kelebihan beli dulu bayar kemudian yang perlu anda tahu ialah:

Kelebihan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian

  • Kebanyakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu daftar dan terus boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

  • Tiada pemeriksaan kredit yang terperinci.

  • Pembayaran balik secara automatik.

  • Kebanyakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian menawarkan kadar faedah 0%.

  • Sentiasa menawarkan pakej dan diskaun hebat untuk menarik pengguna.

Sekiranya anda berminat dan sudah membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan ini, rujuk pautan ini untuk pastikan anda memaksimakan kelebihan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian ini.

baju-raya-guna-perkhidmatan-beli-dulu-bayar-kemudian-2 Kredit: PYMNTS.com

Namun kami ingin ingatkan bahawa sebelum membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian, anda juga harus pertimbangkan kekurangannya. Antaranya ialah:

Kekurangan beli dulu bayar kemudian

  • Perlu menanggung caj pembayaran lewat yang tinggi sekiranya anda tidak mampu untuk konsisten dengan jadual pembayaran balik.

  • Risiko untuk berbelanja di luar kemampuan kerana yakin anda boleh membayarnya secara ansuran.

  • Laporan Skor kredit anda akan terjejas sekiranya gagal melunaskan ansuran pada masa yang ditetapkan.

Untuk menjawab persoalanan utama kita iaitu wajarkah menggunakan perkhidmatan beli dulu bayar kemudian untuk membeli baju raya, antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut:

  • Adakah ini akan mengganggu perbelanjaan dan komitmen bulanan sedia ada anda?

  • Adakah anda mampu untuk melunaskan bayaran bulanan mengikut jadual yang ditetapkan?

Sekiranya anda mampu serta tidak akan menganggu perbelanjaan serta komitmen bulanan anda, maka anda boleh memilih untuk membeli baju raya menerusi perkhidmatan beli dulu bayar kemudian namun sekiranya anda dapati ia akan menganggu kewangan anda, maka ada banyak lagi alternatif lain untuk enjoy raya tahun ini seperti: 

  • Recycle semula pakaian tahun lepas dan gayakannya dengan aksesori menarik.

  • Anda boleh menjual pakaian lama di portal seperti Carousel dan gunakan hasilnya untuk membeli pakaian idaman anda.

  • Rancang pembelian waktu diskaun atau promo.

  • Jangan malu untuk tawar menawar.

Apa jua keputusan anda, pastikan anda sentiasa pertimbangkan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara terutamanya apabila melibatkan kewangan anda!

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals