7 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia


pembaziran-wang

Sesekali kita kalah dengan perasaan dan melakukan perbelanjaan tanpa berfikir panjang. Tetapi, jika kita mengawal sikap ini, lebih banyak wang boleh disimpan. Tanpa sedar, ada perkara yang biasa kita lakukan dan sebenarnya satu pembaziran. Berikut merupakan 7 tindakan yang harus dihentikan segera supaya anda boleh menjimatkan lebih wang.

1. Membayar kadar faedah yang tinggi

Ramai rakyat Malaysia membayar ansuran pinjaman tanpa mempertimbangkan untuk membiayai semula pinjaman tersebut. Dalam kebanyakan kes, pembiayaan semula akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah. Bukan sahaja ini akan bantu melangsaikan pinjaman tersebut dengan lebih cepat, malah bayaran juga adalah lebih rendah.

Sebagai contoh, jika anda memiliki hutang kad kredit sebanyak RM5,000 dengan kadar faedah 18% setahun, ada cara untuk mengurangkan bayaran faedah tersebut. Anda boleh memohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah sebanyak RM5,000. Kemudian gunakannya untuk membayar hutang kad kredit tersebut. Anda masih lagi perlu membayar pinjaman, tetapi caj faedah pinjaman tersebut lebih rendah dari 18%. Antara pinjaman yang boleh anda pertimbangkan ialah CashFirst dari Alliance Bank dengan kadar faedah dari 4.99% setahun, dan tempoh bayaran balik antara 12 bulan – 84 bulan.

alliance
  • kadar faedah dari 4.99% setahun
mohon_sekarang

Selain itu, untuk hutang kad kredit, anda boleh gunakan pelan pindahan baki, kerana pelan ini menawarkan kadar yang lebih rendah. Tetapi, pastikan anda mampu membuat bayaran kerana tempoh bayaran balik pelan ini ialah lebih pendek.

Lihat juga: Pelan Pindahan Baki Kad Kredit Terbaik di Malaysia

Contohnya, pelan pindahan baki dari Maybank mempunyai kadar 0% sahaja. Tetapi, tempoh bayarannya ialah sehingga 12 bulan, dengan yuran sebanyak 3% dari jumlah pindahan turut dikenakan. Jadi, pastikan anda ketahui kemampuan anda sebelum membuat keputusan.

2. Membeli barangan dapur dalam kuantiti kecil

Jika anda sering makan  bahan makanan seperti jem, mentega dan minyak masak, ia lebih menjimatkan jika anda beli dalam kuantiti yang besar ataupun pukal. Elakkan dari  kerap berulang-alik ke kedai untuk membeli barang tersebut.

Kebiasaannya barang yang dijual secara pukal adalah 50% lebih murah. Pasaraya akan menetapkan harga barang dalam kuantiti yang besar lebih rendah berbanding harga barang seunit. Anda boleh berjimat sehingga 18% untuk perbelanjaan barang dapur anda.

Contohnya, harga satu paket Milo 1kg ialah RM19.99, manakala untuk 2kg pula ialah RM29.99. Ini bermakna anda boleh jimat sekitar 33% jika membeli paket 2kg. Daripada anda membeli 2 paket 1kg, pilih paket yang lebih besar untuk menjimatkan wang bagi barangan dan makanan yang kerap anda guna dan makan.

Lihat juga: Kad Kredit Rebat Tunai Terbaik untuk Perbelanjaan Dapur

credit-card-cost

3. Yuran kad kredit

Anda mungkin membayar yuran tahunan kad kredit tanpa mengetahui ia boleh dimansuhkan. Jika anda memiliki rekod yang baik, anda boleh berunding dengan pihak bank untuk mansuhkan yuran tahunan kad kredit anda. Yuran tahunan untuk kad adalah dari RM68 dan boleh mencecah sehingga RM600. Bayangkan penjimatan yang boleh anda lakukan jika tidak perlu bayar yuran tersebut, terutama jika anda memiliki lebih dari satu kad kredit. Jika sebanyak RM250 setahun dimansuhkan, anda boleh jimat RM1250 dalam tempoh 5 tahun untuk satu kad.

Namun, jika anda tidak boleh mansuhkan yuran tahunan, anda boleh pertimbangkan untuk membatalkan kad kredit tersebut. Kemudian anda boleh dapatkan kad kredit tanpa yuran tahunan. Anda mencari kad kredit tanpa yuran tahunan terbaik? Klik dibawah untuk bandingkan dan mohon secare percuma.

scvisaplatinum-png Tiada yuran seumur hidup
cta-bm

Lihat juga: Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan yang Terbaik di Malaysia

4.Insurans perjalanan pada saat akhir

Rakyat Malaysia dan sikap melakukan sesuatu pada saat akhir mungkin sukar untuk dipisahkan. Hati-hati kerana sikap tersebut akan mendatangkan kos kepada anda.

Dalam kes ini, insurans perjalanan akan memberikan perlindungan bukan sahaja jika anda terlibat dalam kemalangan ketika melancong. Ia juga menawarkan perlindungan jika penerbangan anda tertangguh atau dibatalkan. Tetapi, untuk layak mendapat pampasan tersebut anda perlu mendapatkan perlindungan sebelum melancong.

Sebagai contoh, anda mendapatkan perlindungan insurans perjalanan hari ini. Kemudian, jika tiket perjalanan anda dibatalkan 2 minggu kemudian atas sebab bencana alam, anda boleh mendapatkan tuntutan. Tetapi, jika anda bertangguh dan situasi yang sama berlaku, wang anda tidak akan dikembalikan.

Ingat, sebahagian dari premium insuran perjalanan yang anda bayar bertujuan untuk menawarkan perlindungan kewangan sekiranya penerbangan dibatalkan, bukan sahaja sewaktu anda melancong. Jadi, kami nasihatkan anda dapatkan perlindungan insurans sebelum melancong. Jika anda kerap melancong, dapatkan pelan tahunan yang mungkin menawarkan bayaran premium yang lebih menjimatkan.

health-supplements-costs

5. Membeli Suplemen Kesihatan

Semakin ramai rakyat Malaysia kini mengambil berat tentang kesihatan, terutamanya dengan kos perubatan yang semakin mahal. Tetapi, dalam proses tersebut, boleh berlaku situasi dimana pembaziran berlaku kerana terlalu banyak jenis supplemen kesihatan yang dibeli. Tahukah anda, jika anda terlebih mengambil suplemen kesihatan, terutamanya vitamin, badan anda sebenarnya tidak dapat memproses dan kesan buruk boleh berlaku? Ini kerana tubuh kita hanya mampu memproses dan menyerap vitamin pada dos yang tertentu, dan akan menolak apa yang berlebihan.

Jadi, ambil suplemen kesihatan secara berpada-pada. Anda boleh jimat lebih wang jika anda dapatkan nutrisi dari sumber asal seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Minuman mahal

Sedarkah anda, ketika anda dirumah, biasanya anda lebih kerap minum air kosong, berbanding minuman seperti teh, kopi, dan lain-lain? Tetapi, mengapa jika anda makan di restoran, minuman manis yang anda pilih? Bukan sahaja ia kurang baik untuk kesihatan, dalam jangka panjang harganya akan menjadi lebih mahal. Secara purata, segelas teh-o-ais mungkin berharga RM2.80 jika dibandingkan dengan air kosong yang dihidangkan secara percuma di sesetengah restoran. Walaupun di kedai makan yang mengenakan caj untuk air kosong, kosnya mungkin tidak mencecah RM1.00. Ini kecuali jika anda membeli air mineral didalam botol yang boleh mencecah hingga RM2.00. Untuk kesihatan dan penjimatan, pilih air kosong apabila anda makan di luar.

Lihat juga: 10 Makanan dengan Harga Terlalu Mahal yang Patut Anda Hindari

7. Pakej TV satelit

Kos melanggan pakej TV satelit seperti Astro boleh mencecah RM150 sebulan, bergantung kepada jenis pakej. Sejujurnya, adakah ia bebaloi? Adakah anda menonton semua siaran dalam pakej tersebut? Biasanya, rakyat Malaysia memilih untuk melanggan pakej dengan pelbagai siaran kerana merreka beranggapan ia lebih menguntungkan. Namun, ini hanya benar jika anda menonton semua siaran tersebut. Contohnya, jika anda hanya kerap menonton siaran filem sahaja, pakej penstriman adalah lebih sesuai. Sebagai contoh, pelan Netflix bermula dari serendah RM33 sebulan dengan akses ke siri TV dan filem tanpa had. Anda juga tidak terikat dengan kontrak dan bolehbatalkan pelan tersebut bila-bila masa.

Sebelum melanggan pakej TV satelit, pastikan anda bakal menonton semua siaran tersebut. Jika tidak, pakej seperti Netflix, iFlix, atau Tonton sesuai untuk anda dengan harga yang lebih murah. Anda boleh jimat sehingga RM1800 setahun jika anda tidak melanggan pakej TV satelit.

Ingat, walaupun kos untuk perkara diatas kecil, namun apabila ia dikumpulkan sepanjang tahun, kos tersebut akan menjadi besar. Bayangkan penjimatan yang boleh dilakukan dengan memilih alternatif yang lebih sesuai dan bijak. Jika anda telah membuat kesilapan seperti diatas hentikan segera supaya 2018 menjadi tahun anda lebih bijak mengendalikan kewangan anda.

Tags: