Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Jenis Kereta Dengan Penjimatan Minyak Terbaik Di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 29 July, 2019

Memiliki sebuah kereta dengan penggunaan minyak yang berkesan ialah satu langkah penjimatan yang bagus. Biasanya, kereta seperti ini ialah kereta jenis hibrid iaitu kereta yang menggunakan kuasa gas dan motor elektrik. Selain menjimatkan penggunaan minyak, kadar pelepasan karbon dioksida kereta jenis ini juga rendah.

Dalam membuat senarai dan perbandingan ini, kami mengambil kira beberapa faktor seperti kecekapan bahan api (km/l), pelepasan CO2, dan sistem anjakan bahan api yang digunakan enjin kereta tersebut.

5.Kia Rio 1.4 Sedan

hero_rio_2013-kia-1920x-1024x609

Dengan enjin T-GDI turbo tiga silinder, Kia Rio 1.4 liter juga mempunyai kapasiti tangki minyak sehingga 43 liter. Selain itu, Kia Rio yang terbaru ini turut memperkenalkan sistem Idle Stop and Go (ISG), yang mengurangkan pelepasan CO2 sehingga dibawah 90g sekilometer. Dengan kadar kecekapan bahan api 17 km/l, anda boleh memandu sejauh 640 km dengan tangki yang penuh. Anggaran kos sebuah Kia Rio ialah sekitar RM 74,000 keatas, dengan kos minyak RM 111.80 untuk tangki penuh.

4.Toyota Vios

2013-Toyota-Vios-photos-1

Kereta EEV (energy efficient vehicle) keluaran Toyota ini dilengkapi dengan enjin dual VVT-i baru, dengan indicator ECO yang memastikan penggunaan bahan api yang cekap (kadar kecekapan bahan api 19 km/l) serta pelepasan CO2 yang minima. Penutup enjinnya juga turut berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dari enjin.

Kapasiti tangki minyak Toyota Vios ini boleh mencecah 42 liter, oleh itu kos untuk satu tangki penuh sekitar RM 109.20. Berdasarkan maklumat terkini, pelepasan COToyota Vios ialah pada 145g/km (mungkin lebih rendah selepas ujian keatas enjin terbaru dijalankan). Harga pasaran untuk kereta ini ialah antara RM 76,500 hingga RM 96,400.

3.Honda Jazz

honda-jazz

Satu lagi kereta EEV dalam senarai ini, Honda Jazz dilengkapi dengan enjin SOHC i-VTEC 4 silinder, 16 injap serta Continuous Variable Transmission (CVT) yang menggunakan teknologi Earth Dreams dari Honda. Kadar kecekapan bahan api kereta ini ialah pada 17.8 km/l, dengan pelepasan CO2  104g/km. Tangki minyak Honda Jazz memiliki kapasiti penuh 40 liter, dengan kos minyak RM 104 untuk satu tangki penuh.  Harga Honda Jazz Hybrid adalah dalam dari RM89,900 keatas.

2.Perodua Bezza 1.3 Advance

Kereta sedan EEV pertama keluaran Perodua ini menggunakan enijn dual VVT-i 1NR-VE. Ditambah dengan sistem ‘Eco Idle’  yang mematikan enjin secara automatik apabila kereta dalam keadaan pegun dan hidup semula sebaik sahaja brek dilepaskan. Selain itu, ia juga mempunyai E-AT yang mengawal transmisi kenderaan secara elektronik melalui Engine Control Unit, penggunaan bahan api (kadar kecekapan bahan api pada 22 km/l) dan pelepasan CO2  yang boleh dikawal dengan lebih cekap.

Perodua Bezza mempunyai kapasiti tangki minyak kecil, iaitu 36 liter.  Oleh itu, kos setangki penuh ialah RM 93.60. Untuk variasi 1.3 Advance ini, harga kereta ini ialah dari RM 50,800.

1.Toyota Prius C

toyota-prius-c

Dengan enjin DOHC VVT-i 1.5 liter 4 silinder,  dan 16 injap, kereta hibrid Toyota Prius C memiliki kadar kecekapan bahan api setinggi 25 km/l! Kereta ini memiliki kapasiti tangki minyak 36 liter, dan kadar pelepasan CO2 91 g/km berdasarkan Standard Pelepasan Eropah (European Emission Standards). Kos Prius C boleh mencecah MYR 153,170, dan anda perlu berbelanja RM93.60 untuk mengisi tangki penuh.

*Harga minyak berdasarkan harga RON97 pada Mac 2017. Semua maklumat berdasarkan risalah maklumat rasmi dari laman web jenama-jenama tersebut.

Membeli kereta sememangnya merupakan satu pelaburan, jadi pastikan anda tidak akan terbeban dengan kos penjagaan kereta. Pilih kereta yang memiliki penggunaan minyak yang cekap untuk menjimatkan minyak dan sekaligus, menjaga alam sekitar. Untuk lebih penjimatan, gunakan kad kredit yang memberikan rebat tunai untuk perbelanjaan petrol, seperti kad Standard Chartered Just One Platinum.

Save

Save

Save

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals