Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Akaun Simpanan Junior Terbaik

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 23 August, 2019

 

Hari Raya bakal menjelang dan sudah semestinya golongan kanak-kanak seronok menanti untuk menerima duit raya. Ini merupakan masa tepat untuk mengajar mereka untuk meyimpan duit raya yang bakal mereka kumpul tersebut. Teruskan membaca untuk ketahui akaun simpanan junior terbaik.

Ciri-ciri Akaun Simpanan Junior

  • Untuk yang berumur bawah 18 tahun
  • Terdapat had untuk mengeluarkan tunai bagi menggalakkan lebih simpanan
  • Jumlah yang diperlukan untuk membuka akaun serendah RM1
  • Kebanyakan bank menawarkan ganjaran tambahan, seperti insurans perlindungan, tabung percuma, dan sebagainya.

Apakah Faedah Membuka Akaun Simpanan Junior?

  • Pulangan yang tinggi
    Akaun simpanan junior kebiasaannya menawarkan pulangan yang lebih tinggi (sehingga 3.55% setahun) berbanding akaun simpanan deposit biasa.
  • Faedah tambahan
    Bank kebiasaannya akan menawarkan keistimewaan tanbahan untuk pemegang akaun simpanan junior, seperti insurans kemalangan percuma, dan diskaun sempena hari jadi. Selain itu, ibu bapa jugak turut layak untuk mendapat pelepasan cukai!
  • Mengajar anak-anak anda nilai wang
    Dengan memiliki akaun simpanan junior, anda boleh mula memupuk tabiat baik untuk anak anda, iaitu tabiat menabung dan menyimpan wang. Melalui akaun simpanan ini, anda juga boleh mengajar mereka tentang nilai wang kerana anda boleh tunjukkan pada mereka masa yang diambil untuk mengumpul wang.
  • Mendidik mereka untuk menangguhkan kehendak
    Kebiasaannya, kanak-kanak terus membelanjakan wang yang mereka dapat, tidak kira berapa jumlahnya tanpa fikir dengan lebih panjang. Namun dengan membuka akaun simpanan untuk mereka dan mengajar mereka menyimpan, ini akan melatih mereka untuk menangguhkan kehendak jangka masa pendek demi kepuasan pada jangka panjang yang jauh lebih baik. Kebolehan untuk mengangguh kehendak juga akan mendidik anak anda mereka perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu selain daripada hanya meminta untuk setiap kehendak mereka.

Anda kini telah mengetahui kelebihan akaun simpanan junior, namun anda mungkin tidak pasti akaun junior yang sesuai. Berikut adalah antara akaun simpanan junior terbaik yang kami cadangkan:

MY_AkaunSimpanAnJuniorTerbaik_blog

Akaun Junior Hong Leong Bank 3-in-1

  • Anda akan mendapat akaun simpanan, deposit tetap serta kad debit.
  • Tempoh deposit sehingga 60 bulan
  • Kadar faedah dikira setiap hari dan dibayar bulanan
  • Hanya perlukan RM 1 untuk membuka akaun.

Baki akaun

Kadar faedah tahunan

RM 50,000 pertama

2.50%

Lebih RM 50,000

0.8%

ZERO Annual Fee, FREE for Life

1X Happy Points for every 1RM spend

FREE BSN Zing PLUSMiles Card

cta-apply-now

Akaun Simpanan Maybank Yippie

  • Deposit minima RM 1 untuk membuka akaun.
  • Ganjaran tunai untuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM dan peringkat kolej serta universiti.
  • Insurans perlindungan kemalangan peribadi percuma untuk anda dan anak anda sehingga RM 70,000.
  • Akaun perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga setahun untuk menikmati kadar faedah yang kompetitif. Jika tidak, kadar faedah Kawanku Savings yang biasa akan digunakan seperti tertera dibawah.

Baki akaun

Kadar  Faedah Nominal 

Kadar faedah efektif 

RM 50,000 pertama

2.95%

2.97%

Lebih RM 50,000

1.30%

1.30%

Akaun Simpanan Wise Public Bank

  • RM1 untuk membuka akaun dan perlu sekurang-kurangnya baki RM 20 di dalam akaun untuk mengekalkan akaun.
  • Kadar faedah menarik yang dikira setiap hari dan dikreditkan secara bulanan.
  • Bonus 5% kadar faedah bulanan sekiranya tiada pengeluaran tunai dilakukan.
  • Kad ATM untuk penyimpan 12 tahun keatas.

Baki akaun

Kadar faedah efektif 

Kadar faedah nominal

RM 50,000 pertama

2.95%

2.77%

Lebih RM 50,000

0.56%

0.53%

Akaun Simpanan Junior RHB

  • Insurans perlindungan percuma dengan baki minima RM 500. Lebih banyak anda simpan, lebih tinggi nilai perlindungan insurans sehingga RM 50,000.
  • Kadar faedah dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada pertengahan tahun.
  • Pengeluaran wang dihadkan kepada sebulan sekali.

Baki akaun

Kadar faedah

RM 1 – RM 50,000

3.00%

RM 50,000 – RM 100,000

3.00%

RM 100,000 and above

1.25%

Membuka akaun simpanan junior untuk anak anda bukan sahaja mampu membina simpanan masa hadapan mereka, bahkan menambah baik kefahaman kewangan mereka. Jika anda inginkan lebih tips kewangan, kunjungi laman blog CompareHero.my sekarang!

Save

Save

Save

  • 3X Timeless Bonus Points for Overseas spend
  •  
  • 2X Timeless Bonus Points for Grocery, Petrol & Utility spend & 1X for Other spend
  •  
  • Cash advance withdrawal up to 100% of your credit limit
  •  
cta-apply-now

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals