Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apa Itu Kemudahan Overdraf Bank?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 26 February, 2021

[toc]

Anda ingin tahu apa itu kemudahan overdraf (overdraft facility), dan bagaimana untuk menggunakan kemudahan ini? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini dan lihat jika kemudahan ini sesuai untuk keperluan kewangan anda.

Kemudahan overdraf ialah sejenis pinjaman dibawah kategori demand loan (pinjaman dimana peminjam perlu bersedia untuk membuat bayaran balik pada bila-bila masa) yang ditawarkan oleh bank. Kemudahan ini membolehkan peminjam mengeluarkan wang lebih dari jumlah yang terdapat dalam akaun mereka, berdasarkan had kredit yang ditentukan oleh bank. Kemudahan ini juga dikenali sebagai kemudahan aliran tunai (cash line facility).

Jumlah had kredit yang ditentukan bank akan bergantung kepada cagaran yang anda tawarkan. Contohnya, jika anda cagarkan hartanah berjumlah RM 500,000, overdraf yang anda bakal terima ialah RM 250,000, iaitu 50% dari apa yang anda cagarkan. Namun,pengiraan jumlah sebenar overdraf bergantung kepada bank yang menawarkan kemudahan tersebut.

Anda boleh gunakan apa sahaja aset sebagai  cagaran. Bergantung kepada pihak bank, cagaran asset boleh dari unit amanah, saham, bon, hartanah, dan juga deposit tetap. Antara bank yang menawarkan kemudahan overdraf di Malaysia ialah:

  1. Maybank Cash Line Facility (Overdraft)
  2. HSBC Personal Overdraft
  3. CIMB Credit Line Secured Overdraft

Jika anda ingin memohon kemudahan overdraf dari bank diatas, anda perlu membuka akaun di bank tersebut terlebih dahulu. Jika akaun bank yang anda miliki tidak menawarkan kemudahan overdraf, hubungi bank tersebut untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon kemudahan tersebut.

Adakah kemudahan overdraf Islamik ditawarkan di Malaysia?

Ya, selain dari kemudahan overdraf konvensional, kemudahan overdraf Islamik juga ditawarkan untuk golongan Muslim dan  pihak yang memilih untuk menggunakan servis perbankan Islam. Kemudahan overdraf Islamik menggunakan prinsip Murabahah (jualan pada harga dan margin keuntungan yang diketahui kedua-dua pihak penjual dan pembeli), Bai’ Bithaman Ajil (jualan harga tertangguh), atau Bai’ Al Inah (jualan belian semula).

Antara contoh kemudahan overdraf Islamik yang terdapat di Malaysia ialah Maybank Murabahah OD.

Kelebihan overdraf

Fleksibiliti
Overdraf memberikan anda kebebasan untuk menentukan bila dan bagaimana anda akan membuat bayaran balik, kerana tiada jadual bayaran balik yang perlu anda patuhi. Jadi, anda boleh tentukan pembayaran bergantung kepada kebolehan anda untuk membayar semula.

Bayaran faedah hanya untuk apa yang anda belanjakan
Anda hanya akan dikenakan caj kadar faedah hanya untuk jumlah overdraf yang anda gunakan dari akaun overdraf tersebut, dan bukan untuk jumlah keseluruhan overdraf yang diberikan oleh bank.

Baca juga: Cara Pengiraan Kadar Faedah Rata Dan Baki Berkurangan Pinjaman Bank

Kelemahan overdraf

Kadar faedah yang lebih tinggi
Walaupun kemudahan overdraf menawarkan fleksibiliti dari segi pembayaran semula, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi. Kadar faedah biasanya dicaj secara harian,  berdasarkan jumlah overdraf yang telah anda gunakan. Pengiraan untuk overdraf akan berdasarkan kepada Kadar Asas (Base Rate, BR) bank terebut. Jadi, kadar faedah sebenar yang akan dicaj keatas overdraf anda ialah BR + kadar faedah. Untuk mengetahui kadar BR setiap bank, rujuk senarai ini.

Formula pengiraan untuk caj kadar faedah overdraf ialah seperti berikut:

Berdasarkan formula diatas:
Jumlah overdraf yang digunakan: RM 20,000
Bilangan hari: 31 hari ketika Januari 2017
Kadar faedah: BR (kita angggarkan 4%) + 1.35% setahun
Jadi, faedah yang dikenakan untuk Januari 2017 ialah = RM 90. 88

Yuran komitmen
Yuran komitmen merupakan caj yang dikenakan oleh pihak bank untuk jumlah overdraf yang tidak digunakan. Yuran ini akan dicaj ke baki overdraf yang anda tidak gunakan. Sebagai contoh, anda memiliki overdraf dengan had RM300,000, tetapi anda hanya gunakan RM 250,000 sahaja. Jadi, kadar faedah akan dikira keatas RM 250,000, manakala yuran komitmen 1% setahun akan dicaj untuk baki RM50,000 yang tidak digunakan.

Memerlukan disiplin yang tinggi
Walaupun fleksibiliti kemudahan overdraf merupakan satu kelebihan yang menguntungkan, ia juga boleh menjadi kekurangan kemudahan ini. Jika anda tidak berdisiplin yang tinggi untuk membuat bayaran semula, overdraf boleh menjadi satu bebanan kewangan jangka panjang kepada anda. Anda juga boleh berhadapan dengan risiko kehilangan aset yang anda telah cagarkan, ditambah dengan dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Tidak stabil
Bank boleh membatalkan kemudahan overdraf anda pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlalu bergantung dengannya. Selain itu, bank juga berhak untuk menukar had overdraf anda. Dengan ketidakstabilan ini, anda sepatutnya berfikir dua kali untuk memohon overdraf dan cuba alternatif lain yang ada terlebih dahulu.

Patutkah anda menggunakan kemudahan overdraf?

Secara ideal, overdraf boleh menjadi pilihan untuk pebiayaan jangka masa pendek, dan dalam situasi kecemasan. Jangan gunakan kemudahan overdraf untuk menampung perbelanjaan harian anda! Ingat,  kemudahan overdraf sebenarnya juga merupakan sejenis pinjaman, dan bukannya ‘wang tambahan’ dalam akaun anda. Seperti kemudahan kewangan yang lain, ia boleh membantu anda jika anda gunakannya dengan bijak, tetapi akan menjadi beban jika sebaliknya, oleh itu berhati-hati apabila menggunakan kemudahan ini.

Lihat juga: Cara Mengira Kadar Faedah Rata dan Baki Berkurangan

CompareHero.my berusaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan dan permudahkan urusan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Bandingkan kad kredit terbaik, pinjaman peribadi, insurans perjalanan, dan insurans kereta di CompareHero.my hari ini.

Save

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals