Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Apakah Perbezaan Laporan Kredit CCRIS dan CTOS?

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 25 January, 2021

Sering mendengar istilah CCRIS dan CTOS, namun anda tidak tahu perbezaan istilah tersebut? Jangan risau, kami terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Teruskan membaca untuk mengetahui perbezaan CCRIS dan CTOS, dan mengapa kedua-duanya penting untuk rakyat Malaysia. 

Apakah itu CCRIS?

CCRIS atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System) menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.

Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan.

Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:

  • Pinjaman atau kredit tertunggak seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, dan lain-lain.
  • Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institut kewangan.
  • Permohonan pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.

Namun, ingat bahawa CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang individu, tetapi ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif.

Ramai masyarakat Malaysia beranggapan CCRIS boleh menyenarai hitam nama seseorang individu yang memiliki corak pembayaran semula hutang yang buruk. Namun, ianya tidak benar. CCRIS tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan.

Anda boleh mendapatkan laporan CTOS peribadi dari Bank Negara, tetapi anda hanya boleh mendapat maklumat anda sahaja. Jadi, anda tidak boleh mendapatkan bantuan orang lain untuk mendapatkan laporan tersebut. Anda perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan juga dokumen sokongan yang lain. Anda boleh mendapatkan laporan kredit CTOS anda di ibu pejabat Bank Negara Malaysia atau di cawangan serantau Bank Negara Malaysia.

Cara-cara untuk dapatkan laporan CCRIS

Anda boleh dapatkan laporan atau report CCRIS melalui lima cara:

1. Kiosk Bank Negara Malaysia

Lawati mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia dan dapatkan laporan CCRIS anda secara percuma di Kiosk. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan (MyKad) untuk digunakan di Kiosk tersebut.

2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Anda juga mendapatkan laporan CCRIS secara percuma di mana-mana cawangan AKPK. Anda boleh datang secara walk-in dan bawa kad pengenalan (MyKad) untuk pengesahan diri.

Lihat juga: Urus Hutang Anda Secara Percuma Bersama AKPK

3. eCCRIS Bank Negara Malaysia

Untuk cara yang lebih senang dan pantas, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda melalui eCCRIS. Tetapi, anda mesti berdaftar dengan Bank Negara atau AKPK terlebih dahulu.

Cara untuk dapatkan laporan CCRIS melalui eCCRIS:

eccris-bank-negara-malaysia

  1. Layari laman web eCCRIS (klik sini)
  2. Klik “First Time Login”
  3. Isi segala maklumat yang diperlukan dan nombor PIN
  4. Klik “Submit”
  5. Ikut arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pendaftaran
  6. Setelah selesai, anda boleh logmasuk ke sistem eCCRIS dan memilih "Enquiry" untuk mendapatkan laporan CCRIS anda.

4. RAM Credit Info (RAMCI)

RAMCI ialah biro maklumat pengguna dan perniagaan terkemuka di Malaysia. Ini menyediakan laporan kredit, amaran dan pemantauan, terutama kepada institusi kewangan, membantu mereka dengan aktiviti kredit, pengurusan portfolio dan aktiviti pengumpulan. Untuk mendapatkan laporan CCRIS anda, anda perlu membayar RM15.00.

Cara untuk dapatkan laporan CCRIS melalui RAM Credit Info:

ramci-credit-info

  1. Layari laman web RAMCI (klik sini)
  2. Klik butang “Get Started”
  3. Isi segala maklumat diperlukan dan dapatkan kod OTP
  4. Masukkan nombor OTP
  5. Klik “Sign Up”
  6. Ikut arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pendaftaran

Setelah proses pendaftaran selesai, laporan CTOS anda akan dihantar ke emel yang anda. Pastikan anda memasukkan emel yang sah dan aktif semasa mendaftar.

5. Laman web CTOS

Syarikat CTOS juga menyediakan laporan CCRIS. Anda boleh dapatkan laporan tersebut secara online melalui lama web CTOS. Anda perlu membayar caj RM26.50 untuk mendapatkan laporan kredit lengkap tersebut.

Butiran-butiran yang termasuk dalam pakej laporan lengkap:

  • Laporan asas MyCTOS
  • Skor CTOS
  • Rekod CCRIS (BNM)
  • Cek tak laku
  • Akses kepada faedah lain


Cara untuk mendapatkan laporan CCRIS di laman web CTOS:

ctos-full-credit-report-application

  1. Layari laman web CTOS (klik sini)
  2. Isi segala maklumat yang diperlukan
  3. Dapat dan masukkan “Verification Code” 
  4. Klik “Continue”
  5. Ikut arahan seterusnya untuk lengkapkan pendaftaran

Setelah proses pendaftaran selesai, laporan CTOS anda akan dihantar ke emel yang anda. Pastikan anda memasukkan emel yang sah dan aktif semasa mendaftar.

Apakah itu CTOS?

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.

CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di pendaftar pertubuhan
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigator atau penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek sendiri

Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuk:

Sama seperti CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu. Anda boleh mendapatkan laporan CTOS melalui MyCTOS. Pertama, anda perlu daftar diri anda untuk memperoleh ID Pengguna CTOS. Selepas anda mengaktifkan ID, laporan anda boleh diakses bila-bila masa termasuklah melalui aplikasi CTOS.

Lihat juga: Panduan Memilih Kad Kredit Yang Sesuai Untuk Anda

Cara untuk dapatkan laporan CTOS:

  1. Layari laman web CTOS (klik sini)
  2. Isi segala maklumat yang diperlukan
  3. Dapat “Verification Code” dan klik “Continue”
  4. Ikut arahan selanjutnya untuk lengkapkan pendaftaran

Setelah proses pendaftaran selesai, laporan CTOS anda akan dihantar ke emel yang anda. Pastikan anda memasukkan emel yang sah dan aktif semasa mendaftar.

Jadi, apakah perbezaan antara CCRIS dan CTOS?

Kedua-duanya menyediakan laporan kredit. Bezanya, CCRIS dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta. Satu lagi perbezaan utama ialah bagaimana maklumat tersebut dikumpulkan. CCRIS memperolehi maklumat daripada institusi kewangan. Manakala CTOS mendapatkan maklumat berkaitan kredit daripada sumber awam seperti yang kita dibincangkan sebelum ini. Namun, kedua-duanya menyediakan laporan kredit walaupun perbezaannya  adalah bagaimana maklumat kredit tersebut diperolehi.

Kepentingan laporan CCRIS dan CTOS

Digunakan oleh pihak bank

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman dari bank, permohonan anda akan melalui proses kelulusan kredit sebelum bank memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut. Laporan CCRIS dan CTOS akan digunakan dalam proses ini. Jika laporan anda menunjukkan status kredit yang positif, bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permohonan anda. Tetapi sekiranya laporan kredit individu tersebut menunjukkan dia sering gagal membayar hutangnya yang tepat pada masanya, besar kemungkinan bank tidak akan meluluskan permohonannya.

Pihak bank juga akan melihat laporan kredit untuk menentukan Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu sebelum menentukan kelulusan permohonan. Ini kerana bank  mengambil risiko apabila meluluskan permohonan anda. Jadi, CCRIS dan CTOS merupakan antara alat yang digunakan untuk mengurangkan risiko tersebut.

Menunjukkan corak bayaran balik hutang anda

Bayangkan laporan CCRIS dan CTOS umpama sejarah pelayaran Internet anda, bezanya ialah anda tidak boleh memadamnya dengan mudah dan sesuka hati. CCRIS dan CTOS akan menunjukkan kemampuan anda untuk membuat bayaran semula komitmen kewangan anda.

Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman PTPTN, bukan sahaja rekod bayaran anda akan ditunjuk, rekod sewaktu anda lambat membuat pembayaran juga akan ditunjukkan oleh laporan kredit. Ini akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kad kredit dan pinjaman peribadi dengan mudah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda sentiasa pastikan laporan kredit anda positif dan dikemaskini.

Kini setelah anda mempunyai pemahaman lebih baik tentang CCRIS dan CTOS, tiba masanya untuk anda tumpukan lebih perhatian kepada laporan kredit supaya anda tidak mensabotaj permohonan kredit anda pada masa akan datang!

Lihat juga: Lakukan Langkah ini Jika Anda Tiada Skor Kredit

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals