Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Kad Kesetiaan Petrol Terbaik di Malaysia

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 22 August, 2019

Selain daripada menggunakan kad kredit untuk menjimatkan wang untuk perbelanjaan petrol, anda juga boleh menggunakan kad kesetiaan petrol. Tetapi, bagaimana untuk anda memilih kad kesetiaan yang terbaik? Kami permudahkan proses untuk anda ketahui kad kesetiaan petrol terbaik untuk penggunaan anda.

Pada masa ini, terdapat 5 kad kesetiaan petrol

  Bandingkan Kad Kesetian Petrol di Malaysia
Ciri-ciri BonusLink Shell Kad Petronas Mesra Card Kad Petron Miles Kad Caltex Journey  Kad BHPetrol 
Yuran Pendaftaran Percuma Percuma Percuma Percuma Percuma
Nisbah kumpulan mata ganjaran 1 Liter petrol = 1 mata ganjaran BonusLink
1 Liter petrol atau belanja  RM3 = 3 mata ganjaran
1 Liter Blaze 95/Diesel Max/Turbo Diesel = 2 mata ganjaran Petron Miles
1 Liter  Blaze 97/100 = 3 mata ganjaran Petron Miles
1 Liter of Fuel = 1 BPoint RM1 Spent = 1 mata ganjaran
Nisbah penebusan 100 mata ganjaran = RM 1 Baucar Shell
100 mata ganjaran = RM 1 rebat tunai
450 Petron Miles = RM 5
1600 Petron Miles = RM20
3000 Petron Miles = RM45
100 BPoints = RM 1 rebat tunai
950 mata ganjaran = RM10
550 mata ganjaran = RM5
Kelebihan tambahan 1 Fleksibiliti untuk dapatkan mata ganjaran dari rakan kongsi BonusLink
Nikmati promosi bulanan Kutip mata ganjaran Petron Miles di Agoda Pelbagai kedai untuk kutip ganjaran Bpoints Anda boleh dapat 10X mata ganjaran apabila anda perbaharui insurans motor SmartDrive AXA Affin General Insurance Berhad melalui laman web BHPetrol
Kelebihan tambahan 2 Pelbagai hadiah boleh dipilih untuk tebus gajnaran - Pelbagai hadiah boleh dipilih untuk tebus ganjaran Pelbagai hadiah boleh dipilih untuk tebus ganjaran Pelbagai hadiah boleh dipilih untuk tebus ganjaran

Artikel berkaitan: Harga terkini petrol RON95, RON97 dan Diesel di Malaysia

Ketahui Bagaimana Kad Kesetian Petrol Boleh Bantu Anda Jimat Wang

1. BonusLink Shell

Anda boleh mendapat 1 mata ganjaran BonusLink point dengan setiap 1 liter pembelian petrol di Shell. Jika anda mengisi petrol antara 125-250 liter sebulan, anda akan mendapayt mata ganjaran bonus sebanyak 25 BonusLink points. Manakala jika jumlah petrol yang anda isi antara 251-500 liter, anda akan dapat bonus 75 mata ganjaran. Selain itu, untuk jika jumlah pembelian petrol anda melebihi semua jumlah diatas, anda akan mendapat bonus 150 mata ganjaran BonusLink.

Anda juga boleh menebus rebat tunai RM5 untuk pengisian petrol anda dengan setiap 500 mata ganjaran BonusLink. Selain daripada rebat tunai, anda juga boleh menggunakan mata ganjaran BonusLink untuk gajet dan pelbagai lagi produk lain yang boleh dipilih dari katolog BonusLink.

Pendapat kami: Kad ini sesuai jika anda mempunyai kenderaan yang menggunakan petrol yang banyak seperti kenderaan pacuan empat roda. Anda juga akan menikmati kebolehan untuk gunakan mata ganjaran untuk mendapatkan barangan like seperti gajet, baucer dan sebagainya.

2. Kad Mesra Petronas

Anda boleh memohon untuk dapatkan kad Mesra dimana-mana stesen Petronas dan mula mengumpul mata ganjaran serta merta. Untuk setiap 1 liter petrol atau RM1 yang dibelanja di kedai Petronas Mesra, anda akan mendapat 3 mata ganjaran. Apabila anda telah mengumpul mata ganjaan Mesra ynag mencukupi, anda boleh menebus pada nisbah 100 mata ganjaran Mesra = RM1

Namun anda perlu ketahui bahawa mata ganjaran Mesra anda mempunyai tarikh luput iaitu setiap 3 tahun. Oleh itu anda perlu ingat untuk menebus mara ganjaran anda sebelum tarikh luputnya.

Pendapat kami: Kad mesra Petronas menawarkan nisbah tertinggi untuk mata ganjaran, dan anda boleh menebus rebat tunai petrol lebih cepat jika anda pelanggan setia Petronas.

Lihat juga: 12 Cara Untuk Jimat Perbelanjaan Petrol

3. Kad Petron Miles

Untuk setiap liter Blaze 95, Diesel Max atau Turbo Diesel yang diisi di stesen Petron, anda akan mendapat ganjaran 2 Petron Miles. Manakala untuk setiap liter petrol Blaze 97 atau 100, anda akan mendapat 3 ganjaran Petron Miles.

Kemudian anda boleh memilih untuk rebat seperti berikut:

  • 450 ganjaran Petron Miles = RM5
  • 1600 ganjaran Petron Miles = RM20
  • 3000 ganjaran Petron Miles = RM45
  • 2400 ganjaran Petron Miles = RM20 AEON Voucher

Anda juga boleh mengumpul ganjaran Petron Miles untuk setiap RM1 apabila anda melakukan tempahan di Agoda.

Pendapat kami: Sememangnya ia akan banyak membantu untuk menjana ganjaran Petron Miles kerana anda akan mendapat ganjaran apabila melalui Agoda. Selain itu, penebusan ganjaran Petron Miles juga menyediakan pelbagai produk untuk dipilih.

4. Kad Caltex Journey

Kad Caltex Journey ini merupakan hasil daripada perkongsian antara Caltex dan B Infinite, iaitu salah satu program kesetiaan yang memberi ganjaran kepada pengguna untuk perbelanjaan mereka. Anda boleh mendapat 1 mata ganjaran BPoint untuk setiap RM1 yang anda belanja.

Pendapat kami: Kad ini berbaloi kerana anda boleh mengumpul mata ganjaran daripada berbagai kedai. Selain daripada itu, anda juga boleh pilih dari pelbagai pilihan untuk menebus mata ganjaran BPoint.

Lihat juga: Sejarah harga petrol di Malaysia pada tahun 2017

5. BHPetrol eCard

Dengan kad keahlian ini, anda akan dapat 1 ePoint untuk setiap liter petrol atau RM1 yang anda belanja di stesen BPetrol. Apabila anda telah mengumpul 550 ePoint, anda boleh menebusnya untuk dapatkan baucer tunai sebanyak RM5 untuk digunakan pada pengisian petrol anda. Apabila anda telah mengumpul 950 ePoint pula, anda boleh tebus untuk RM10 baucer tunai.

Pendapat kami: Kad ini sahaja yang memberikan anda ganjaran dari segi ytnisbah mata ganjaran dan jumlah perbelanjaan anda. Oleh itu kad ini menonjol kerana anda boleh mengumpul mata ganjaran dengan lebih cepat. Namun, kad ini tidak mempunyai banyak kedai yang boleh anda kumpul mata ganjaran, dan tidak banyak pilihan untuk penebusan mata ganjaran.

Anda bersedia untuk menjimatkan wang daripada pengisian petrol? Daftar sekarang untuk kad kesetiaan petrol supaya anda boleh memulakan penjimatan wang.

Jangan lupa untuk lihat harga petrol terkini setiap hari Rabu disini.

Anda mungkin berminat: Kad Kredit Petrol yang terbaik untuk rakyat Malaysia

maybankislamicikhwangoldmastercard

  • 5% cashback untuk perbelanjaan runcit & petrol
mohon_sekarang

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals