Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

5 Tips Bijak Untuk Uruskan Kewangan Peribadi

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 01 March, 2022

Dalam menguruskan kewangan peribadi, untuk pastikan anda tidak ketinggalan anda perlu mengamalkan tabiat kewangan yang betul.Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan, cuba amalkan 5 tips ini yang mudah untuk dipelajari dan laksanakan supaya pengurusan kewangan wang anda

1. Ketahui cara menggunakan pinjaman wang dengan betul

Bukan semua pinjaman adalah buruk. Jika anda menggunakan pinjaman wang dengan bijak, ia akan bantu anda untuk menjana pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya, anda bukan sahaja mampu membayar balik pinjaman tersebut, bahkan anda juga boleh menambah pendapatan.

Contohnya, anda memohon pinjaman untuk membeli telefon pintar. Ini merupakan contoh pinjaman yang tidak berfaedah, kerana gajet tersebut akan susut nilai dengan cepat, dan tidak boleh dianggap sebagai aset yang boleh menjana pendapatan.

Sebaliknya, jika anda memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan merupakan situasi berbeza. Pinjaman ini merupakan sejenis hutang baik kerana ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan anda. Hutang baik juga boleh dikenalpasti seperti berikut:

  • Menambah nilai bersih peribadi
  • Mengembangkan wang
  • Bayaran ansuran yang berpatutan
  • Kadar faedah yang rendah

Jadi, sebelum memohon pinjaman, fahami konsep leverage terlebih dahulu. Ini kerana pinjaman wang boleh mendatangkan faedah jika anda gunakannya untuk menjana keuntungan.

Lihat juga: Perbezaan antara Hutang Baik dan Hutang Buruk

2. Fokus tingkatkan pendapatan

Secara realitinya, berapa jumlah simpanan yang anda mampu simpan dari pendapatan bulanan sedia kala? Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM3,000 dan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk keperluan asas, ini bermaksud anda tidak mampu untuk menyimpan lebih daripada RM2,500 sebulan.

Bagi kebanyakan individu, pekerjaan tetap mereka tidak akan menjadikan mereka kaya, sebaliknya ia lebih untuk menyara hidup dan sebagai sumber pendapatan yang stabil. Individu yang mempunyai kewangan stabil adalah mereka yang aktif mengusahakan pertumbuhan pendapatan mereka yang sedia ada.

Salah satu tips yang anda boleh ikut ialah dengan mencuba untuk mengembangkan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% setiap tahun. Katakanlah gaji anda tahun ini RM3,000 sebulan, cuba untuk dapatkan pendapatan RM3,300 pada awal tahun hadapan. Walaupun  nampak sukar, mulakannya dari sekarang; sama ada dengan mencari pendapatan tambahan, ataupun meningkatkan kemahiran supaya anda boleh berunding kenaikan gaji.

3. Amalkan peraturan 5%

Jika anda membuat pelaburan, pastikan anda amalkan peraturan 5%. Peraturan ini menyarankan supaya 5% dari portfolio pelaburan terdiri daripada pilihan pelaburan yang berbeza. Secara amnya, ia akan menjadikan pelaburan-pelaburan anda lebih bervariasi, dengan gabungan pelaburan berisiko tinggi dan rendah, tanpa menjejaskan kewangan.

Contohnya, peruntukkan 5% dari modal untuk pelaburan berisiko tinggi dengan pulangan 7% setahun. Tindakan ini dapat menambah nilai pelaburan sekiranya fokus portfolio anda terletak kepada pelaburan-pelaburan berisiko rendah. Walaupun dengan risiko yang tinggi tidak menjanjikan pulangan, kesannya tidak terlalu teruk, kerana anda telah menghadkannya kepada 5% sahaja.

Lihat juga: 5 Langkah Mudah Untuk Bina Simpanan

4. Berbelanja dengan cermat

Pesanan yang kerap kali anda dengan, mungkin sejak kecil, namun akan terus relevan. Tabiat ini perlu diamalkan sekiranya anda serius untuk mengembangkan kekayaan. Ianya akan lebih berguna jika anda turut beri perhatian kepada perbelanjaan-perbelanjaan kecil juga.

Sebagai contoh, melanggan keahlian gymnasium namun tidak pernah pergi ke mana-mana sesi. Selain itu, contoh-conoh lain termasuklah membayar pinjaman perumahan lebih dari sepatutnya (dengan tidak menggunakan pembiayaan semula) atau membeli minuman dan makanan mahal, walaupun ada pilihan yang lebih murah.

Tindakan ini sebenarnya adalah membeli berdasarkan kehendak berbanding keperluan. Dalam contoh makanan dan minuman tersebut, kita sebenarnya lebih mementingkan jenama, walaupun rasanya mungkin lebih kurang sama dengan pilihan lain yang lebih murah. Mereka yang arif akan pengurusan kewangan sedar akan hal ini. Bukanlah terus tidak berbelanja, namun pandai dan tahu bila dan bagaimana wang mereka dibelanjakan.

5. Elak menganalisa lebih dari diperlukan

Tindakan ini, yang juga dikenali sebagai analysis paralysis akan menghalang anda untuk mengambil tindakan, disebabkan terlalu memikirkan apa yang bakal berlaku. Tidak dinafikan, analisa amat penting dalam membuat keputusan kewangan. Tetapi, sesetengah individu terlalu fokus dengan analisa dan membuat kajian sehingga langsung tidak mengambil tindakan.

Contohnya, jika anda ingin membeli rumah pertama, tetapi tidak pasti sama ada ia masa yang sesuai. Individu yang memiliki kefahaman kewangan akan tentutukan tarikh akhir untuk mereka lakukan keputusan. Dengan in, mereka akan membuat analisa dan persediaan secukupnya, tanpa mengabaikan tindakan yang bakal diambil.

Jadi, dalam membuat keputusan,  anda perlu tetapkan satu tempoh masa bagi anda membuat analisa. Jangan lupa letakkan tarikh akhir untuk tempoh tersebut, dan apa tindakan seterusnya yang perlu diambil. Seterusnya, laksanakan keputusan tersebut dan jangan berlengah, kerana bertangguh dalam mengambil tindakan hanya akan merugikan anda.

Lihat juga: 7 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.

FINANCIAL TIP:

Use a personal loan to consolidate your outstanding debt at a lower interest rate!

Subscribe to our newsletter to stay up-to-date with exclusive money-saving tips & great deals