Apa Anda Perlu Tahu Tentang Status Muflis

|Posted by | Bahasa Malaysia, Money Matters, Money Tips

MY_SignsOfManagingMoneyRight_blogfeatured

*Dikemaskini pada 12 April 2017

Ketahui apa itu muflis serta kesannya terhadap anda sekiranya diisytiharkan muflis. Kami juga kongsikan bagaimana anda boleh dapatkan pertolongan sekiranya anda rasa anda sedang menuju kearah diisytiharkan muflis.

Apa itu Muflis

Ia merupakan proses dimana penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkhamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkhamah Tinggi terhadap individu tersebut. Berikut adalah kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia:

  • Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM30,000.
  • Tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar.
  • Individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Namun, kerajaan sedang membuat pertimbangan untuk lakukan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1967. Perubahan yang dicadangkan adalah untuk meningkatkan had maksimum RM30,000 kepada RM50,000 sebelum seseorang diisytiharkan muflis. Selain itu, kerajaan juga ingin mengurangkan bilangan tahun sebelum seseorang yang telah diisytiharkan muflis boleh memohon pelepasan di mahkamah. Pada masa ini, seseorang yang diisytiharkan bankrap hanya boleh berbuat demikian selepas 5 tahun, tetapi perubahan yang dicadangkan adalah untuk mengurangkannya kepada 3 tahun. Walaubagaimanapun, belum ada pengesahan bila perubahan tersebut akan berkuat kuasa.

Tahukah anda bahawa anda boleh diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan anda? Seseorang individu boleh diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:

  • Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.
  • Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.
  • Individu tersebut tidak hadir ke mahkhamah.
  • Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.

Prosedur penyampaian ganti bermaksud pengisytiharan muflis telah diserahan melalu iklan di surat khabar atau melalui papan kenyataan di mahkamah. Dalam situasi seperti ini,  individu yang telah diisytiharkan muflis mungkin tidak akan mengetahui prosiding muflis telah difailkan terhadapnya. Prosedur penyampaian ganti akan berlaku sekiranya individu tersabut tidak dapat dikesan. Anda boleh menjalankan pemeriksaan muflis untuk periksa status anda di ibupejabat Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya dan akan dikenakan yuran sebanyak RM10

Seseorang individu boleh diisytiharkan muflis melalui dua cara:

  • Petisyen Pemiutang : cara ini bermaksud petisyen muflis akan dikemukakan oleh pemiutang terhadap penghutang terhadap hutang yang melebihi RM30,000.
  • Petisyen Penghutang : seseorang individu boleh secara sukarela mengisytiharkan dirinya muflis untuk melindungi dirinya daripada tuntutan pemiutang yang dia tidak mampu untuk jelaskan. Tiada jumlah minima untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai muflis. Setelah petisyen dikemukakan, petisyen tidak boleh ditarik balik tanpa kebenaran mahkhamah.

Ingat bahawa pengisytiharan muflis adalah sesuatu yang serius dan seharusnya dijadikan jalan terakhir untuk individu yang sedang melalui masalah kewangan. Ketahui apa akan terjadi setelah seseorang individu diisytiharkan muflis dibawah.

MY_BLOG_Bankruptcy_1

Apa Akan Terjadi Setelah Seseorang Diisytiharkan Muflis?

Diisytiharkan muflis bermaksud individu tersebut akan dikenakan berbagai halangan. Berikut adalah apa yang akan terjadi setelah individu telah diisytiharkan muflis:

Dibawah Pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi 
Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI.

Had Perjalanan
Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar dari negara.

Kredit Terhad
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu mufli dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.

Semua Aset Dirampas
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.

Had Pekerjaan
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:

  • Peguam
  • Juru Ukur
  • Akauntan
  • Doktor

Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.

Apakah Sebab Utama Rakyat Malaysia Diisytihar Muflis?

MY_Blog_pie-graph_062016_BM

Kebanyakan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis merupakan dalam lingkungan umur 35-44 tahun (35.25%), sementara 25-34 tahun adalah yang kedua terbanyak (22.52%). Majoriti kes muflis di Malaysia disebabkan oleh pinjaman kenderaan, ini oleh kerana tunggakan hutang pinjaman kenderaan yang tidak dijelaskan. Selain daripada itu, sebab lain rakyat Malaysia diisytiharkan muflis ialah daripada tunggakan hutang perumahan, hutang peribadi dan hutang perniagaan.

Individu juga boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia menjadi penjamin kepada orang lain. Pihak bank akan menuntu hutang daripadda penghutang terlebih dahulu, namun sekiranya penghutang tidak boleh melangsaikan hutang tersebut pihak bank akan menuntut dari individu yang bertindak menjadi penjamin kepada penghutang.

Dimana Untuk Dapatkan Pertolongan Sekiranya Anda Risau Akan Diisytiharkan Muflis?

Menjadi individu yang telah diisytihar muflis sangat menyusahkan dan ia akan mengambil masa yang lama untuk pulihkan kewangan anda serta keluarkan diri anda dari senarai muflis. Jika anda rasa anda sedang kearah bakal diisyitharkan muflis, ikuti tips dibawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh dapatkan pertolongan dan pulihkan keadaan kewangan anda.

Dapatkan Pertolongan Professional Percuma
Jika anda berhadapan masalah dalam mengendalikan hutang dan melangsaikan pinjaman, anda boleh dapatkan pertolongan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan secara percuma. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan.

Bincang Dengan Pihak Pemiutang
Sekiranya anda menghadapi masalah dalam melakukan pembayaran pinjaman, berunding bersama pihah bank anda. Kebanyakan bank bersikap terbuka kepada perundingan dan untuk merunding semula syarat pinjaman. Ini kerana pihak bank juga ingin mengurangkan kecenderungan berlakunya kes pinjaman yang tidak berbayar (non-performing loan).

Jadi apa kata anda berbincang dengan pihak bank dan rumuskan aliran pembayaran balik yang anda mampu dan yang juga dipersetujui pihak bank. Sekiranya anda berhadapan masalah semasa berunding bersama pihak bank anda boleh ke AKPK kerana mereka boleh menjadi pihak tengah melalui program pengurusan hutang yang dikendalikan.

Nilai Semula Aset Serta Komitmen Kewangan Anda
Selain daripada mengurangkan perbelanjaan anda, anda patut pertimbangkan untuk menggunakan simpanan anda untuk melangsaikan hutang atau pinjaman. Anda juga patut mempertimbangkan untuk keluarkan wang daripada pelaburang sekiranya ada untuk kurangkan hutang dan pinjaman yang sedia ada kerana ini akan membantu untuk mengelak anda diisytihar muflis. Jika anda mempunyai berbagai aset, jual aset tersebut dan gunakan wang untuk jelaskan hutang dan pinjaman anda. Lebih baik anda gunakan aset untuk jelaskan hutang daripada diisytiharkan muflis kemudian SEMU aset anda diambil.

Akhir sekali, ingat bahawa jumlah bayaran balik untuk semua komitmen kewangan anda tidak sepatutnya lebih daripada 40% gaji bersih anda. Sebelum anda mengambil pinjaman atau berhutang, jangan gopoh kerana anda patut pastikan mendapatkan pinjaman pada kadar faedah terendah.

Lihat juga: Bagaimana bank menjana keuntungan dengan kad kredit

MY_BlogBanner_021516-CTA

Save

Save

Fara Joifin

About Fara Joifin

Fara is a Senior Content Writer at CompareHero.my. She gets excited when she scores a good deal and has an obsession with the Northern Lights.