Apa Maksudnya Industri 4.0?

|Posted by | Technology
Tags: ,

“Kita perlu membangunkan Industri 4.0, “Industri 4.0 disahut baik!” – tetapi apa sebenarnya Industri 4.0? Perbincangan mengenai kemajuan dan perkembangan Industri 4.0 di Malaysia mula diperkatakan, malah ini juga dibincangkan dalam Bajet 2019. Untuk memudahkan pemahaman anda, sila baca untuk mengetahui selanjutnya.

Pemahaman Mengenai Revolusi Industri

Industri 4.0 merupakan jalur revolusi industri yang keempat. Revolusi industri yang pertama membincangkan mengenai mekanisme pada industri perkilangan dan pemprosesan yang menggunakan kuasa air dan stim. Revolusi kedua pula, mempamerkan jalur elektrik dan pemasangan yang membolehkan pengeluaran secara besar-besaran. Ini diikuti dengan revolusi industri yang ketiga, kebangkitan bidang automasi, bagi menyediakan pemprosesan dan perkilangan yang lebih cekap – seperti kebanyakan kilang yang kita perhatikan pada hari ini.

Apa yang Dimaksudkan dengan Industri 4.0?

Sekarang kita mula beralih ke arah revolusi industri yang ketiga dan memasuki dalam kemajuan era Industri 4.0. Bertentang dengan perubahan ketara yang berlaku dari revolusi yang sebelumnya, namun ini bukanlah perubahan yang ketara. Industri 4.0 sekadar mengambil pemesinan automatis dari revolusi industri ketiga dan membaharuinya supaya berjalan dengan lebih baik. Bagaimana? Melalui sistem pintar menggunakan data dan pembelajaran mesin; Objek Rangkaian Internet (ioT) dan Kecerdasa Buatan (AI).

Revolusi industri yang ketiga sudah pun mengambi kesempatan dari penggunaan komputer dan automasi, mewujudkan kecekapan yang lebih berkesan di kebanyakan industri. Industri 4.0 muncul sebagai pengenalan tentang kesinambungan di antara mesin-mesin ini. Ini akan memberi manfaat pada automasi yang lebih canggih, di mana kilang-kilang boleh berjalan secara lancar tanpa sumber manusia – secara asas, menggunakan kilang pintar. Tidak, kita masih tidak sampai ke tahap Skynet dari siri Terminator.

Ada cara mudah untuk memahami industi ini?

Boleh, sudah pasti! Secara ringkasnya, Industri 4.0 merupakan industri “pintar” yang beroperasi secara efektif dengan menggunakan keralatan-manusia yang kurang melalui rangkaian sambungan. Cuba bayangkan sekiranya sebuah kilang yang berjalan secara kawalan jauh dengan hanya beberapa orang (perkara ini mungkin ini terlalu dibesar-besarkan)

Untuk memahami secara terperinci mengenai kilang ‘pintar’, sila lihat pada dua kilang sebagai contoh: Satu kilang pintar dan satu lagi kilang konvensional.

Dalam kilang konventional, terdapat faktor manusia yang mempunyai peranan dalam setiap proses. Dari pengurusan bahan sampai ke produk akhir di tangan pelanggan. Kita tidak boleh memansuhkan penglibatan manusia sepenhunya buat masa ini. Akan tetapi penglibatan ini boleh mengurangkan kadar keberkesanan kerana keralatan manusia.

Contohnya, seorang pekerja mungkin tersilap meneliti bekalan bahan kilang, menyebabkan kekurangan bahan mentah di kilang. Ini akan mengakibatkan kelembapan pada jumlah produk pengeluaran. Dalam jalur pemasangan tersendiri, kebanyakan kilang sudah pun mempunyai kakitangan yang akan mengumpul dan memasang produk. Walau bagaimanapun, ini meningkatan kebarangkalian risiko terhadap kecederaan manusia dan pemasangan barangan yang tidak betul.

Dengan kilang ‘pintar’ yang mengutarakan isu yang sama dalam kilang koventional, keralatan manusia yang sering berlaku boleh dikurangkan. Penyediaan suatu sistem boleh mengukur bahan pengeluaran; sekiranya bahan boleh jatuh ke satu tahap, di mana pemesanan yang lebih secara automatic boleh di buat atau memaklumkan kepada pengurusan operasi tentang kejatuhan bahan pengeluaran.

Dalam jalur pemasangan automatik menggunakan robot atau automasi yang lain, risiko kecederaan manusia boleh dimansuhkan dan mengurangkan peratusan produk yang tidak betul hampir boleh dihapuskan. Loji perkilangan yang berhubung sepenuhnya boleh mengurus dan melaraskan jalur pengeluaran kepada situasi sekarang, berpotensi untuk menjimatkan masa dan wang.

Cuba anda bayangkan sekiranya kilang pintar yang diuruskan oleh beberapa orang sahaja, secara sistem fizikal siber dan juga Objek Rangkaian Internet. Penggunaan data dan kesinambungan yang besar secara industri automatik ini, mampu mencapai kecekapan yang unggul dan pembaziran yang rendah – itulah yang dikatakan Industri 4.0.

Adakah Industri 4.0 sudah diperkenalkan?

Ya! Industri 4.0 telah tercapai di beberapa buah negara. Negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga negara jiran kita, Singapura yang sudah pun maju kehadapan dan mencapai dalam Industri 4.0 seperti “Perkilangan Pintar”, “Buatan China 2025”, “Initiatif Nilai Perindustrian Rantai” dan “Program Negara Pintar”, masing-masing.

Sebenarnya, Amazon sudah lama menghayati Industri 4.0 melalui penggunaan robot dalam gudang mereka. Sila tonton video di bawah:

In fact, everyone’s favourite building-brick toy, LEGO, was already producing their plastic bricks in complete automation for years! You can read about it here: Gizmodo’s Exclusive Look-Inside of LEGO’s Factory. Everything from the raw plastic granules to the final product into its packaging is completely automated.

Industry 4.0 Malaysia

Bukan itu sahaja, LEGO, jenama permainan kanak-kanak dalam pembinaan bata plastik kesukaan ramai, sudah pun mengeluarkan bata plastik dalam automatis yang lengkap sejak betahun-tahun lamanya. Sila baca mengenainya di : Gizmodo’s Exclusive Look-Inside of LEGO’s Factory. Dari butiran bahan plastik mentah ke produk akhir ke pembungkusan yang dijalankan secara automatic, sepenuhnya.

Industri 4.0 di Malaysia

Secara perlahan-lahan kita sedang memajukan negara ke arah Industri 4.0. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (KIPA) sudah pun membentangkan Industri 4.0 dalam Polisi Negara bagi membantu membangunkan kilang dan perniagaan negara. Ini secara idealnya, boleh membantu industri tempatan untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan, kualiti dan juga membangunkan kemahiran dan bakat baru manusia.

Berdasarkan pada KIPA, Malaysia berada dalam lingkungan Industri 2.0, iaitu dalam pengeluaran barang besar-besaran, dan Industri 3.0 dalam bidang automasi. Ia merupakan proses yang perlahan yang menghadapi cabaran seperti kesedaran dan pengetauhuan yang kurang mengenai Industi 4.0 dan juga kekurangan piawaian dan kemahiran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Polisi Negara KIPA dalam 4.0, sila baca Industri 4WRD

Apa pendapat anda mengenai Industri 4.0? Adakah Malaysia mampu melaksanakannya dan bolehkah ini membantu untuk memajukan negara kita? Beritahu kami!