Bajet B40 – Adil dan Saksama?

|Posted by | Bahasa Malaysia, Budgets & Tax
Tags: , ,

Bajet 2019 yang dinanti-nantikan baru sahaja dibentangkan. Apa yang menarik mengenai Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada 2 November 2018 bulan lepas, ialah pelbagai reaksi dari semua pihak mula timbul.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk menganalisa bajet ini. Tetapi saya kira aspek yang paling tampak jelas ialah bajet ini bertujuan untuk menyokong dan memudahkan 40% isi rumah yang terbawah (kumpulan B40) negara. Sekadar untuk membuka minda anda, sila baca Klasifikasi Pendapatan T20, M40 dan B40 di Malaysia.

Menteri Kewangan dalam pembentangannya telah mengumumkan beberapa perkara yang bertujuan untuk menegakkan kumpulan sasaran ini. Keseluruhan ucapan yang panjang berjela tersebut merangkumi 78 muka surat.

Titik penting kumpulan B40 tertera di bawah seperti berikut.

  • Memastikan Kualiti Hidup
  • Meningkatkan Peluang Pekerjaan dan Kebolehpasaran
  • Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan dan Perlindungan Kebajikan Sosial
  • Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna
  • Perumahan untuk Semua

Mari kita mengkaji dengan lebih mendalam untuk mengetahui bagaimana titik penting yang tertera di atas sebenarnya memberi manfaat kepada kita dan anda boleh menilainya setelah selesai membaca rencana ini.

Lihat juga: RM1.6bil telah disalurkan kepada rakyat melalui skim BR1M pada 2018

Kesihatan

  • Kerajaan akan menerajui sebuah skim insurans kesihatan nasional khas untuk populasi 40% negara yang terbawah (B40)
  1. Di bawah skim Dana Perlindungan Kesihatan B40, kerajaan dan pemilik insurans swasta akan memberi perlindungan percuma terhadap empat penyakit yang paling kritikal dan kemasukan ke hospital sehingga 14 hari bermula pada Januari ini.
  2. Perlindungan percuma akan diberikan terhadap empat penyakit yang paling kritikal akan naik sebanyak RM 8,000, sementara perlindungan pendapatan hospital ialah RM50 sehari atau sebanyak RM700 setahun.

Sebagai tambahan, Kementerian Kesihatan akan menerajui program penelitian kesihatan di seluruh negara, yang dinamakan PEKA ( Skim Perlindungan Kesihatan), di mana 800,000 individu yang berumur 50 tahun ke atas, akan menerima RM100 juta dalam segmen B40.

Sila baca juga: Bajet 2019: Lihat Rumusan Infografik

Perumahan

  1. Pengecualian diberikan terhadap cukai keuntungan hartanah kos rendah, kos rendah-sederhana dan perumahan yang mampu dimiliki di bawah harga RM200,000 seperti terkandung dalam Bajet 2019. Ini bertujuan untuk menstabilkan pasaran kini,
  2. Dana yang berjumlah sehinggan RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu kumpulan yang berpendapatan rendah; yang tidak lebih dari pendapatan sebanyak RM2,300 sebulan untuk memiliki rumah buat pertama kali.

Lihat juga: Pelan Broadband Unifi 30Mbps hanya RM79 untuk golongan B40

Bantuan Sara Hidup

  • 1 juta isi rumah akan menerima manfaat dari skim Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah naungan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
  • Skim ini akan memperuntukkan sebanyak RM 5 bilion, yang akan terus diperbaiki oleh kerajaan dengan memberi sasaran bantuan kepada pengguna B40.
  1. Ini termasuklah pengguna yang memiliki pendapatan sebanyak RM 2,000 ke bawah yang boleh menerima bantuan sebanyak RM1,000. Sementara itu, mereka yang mempunyai pendapatan sebulan dari RM2,001 ke RM 3,000 dan kurang, akan menerima sejumlah RM750.
  2. Mereka yang mempunyai pendapatan dari RM3,001 ke RM 4,000 juga akan menerima sejumlah RM500.

Perlu Baca: Bajet 2019: Bagaiman Pendapatan yang Ketidaksamaan di Malaysia Boleh Memberi Kesan Kepada Anda

Sementara itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan dana yang berjumlah RM1 bilion untuk membantu pendapatan rendah ( mereka yang berpendapatan tidak lebih daripada RM 2,300 sebulan untuk memiliki rumah sendiri, harga sehingga RM 150,000 untuk mereka yang boleh memiliki rumah buat kali pertama.

Dana ini akan berkuatkuasa dan disediakan pada 1 Jan 2019, di institusi-instutusi kewangan yang terlibat melalui kadar konsesi kewangan serendah 3.5% setahun.

Pengintipan cepat mengenai bajet dalam 2 minit ada di sini!

Lihat juga: 6 Bantuan Kerajaan di Malaysia Yang Tidak Diketahui Ramai