Subscription Modal Banner
Weekly newsletter subscription
Get CompareHero’s top tips and deals, plus an exclusive free guide to investing, sent straight to your inbox.

I agree to the terms and conditions and agree to receive relevant marketing content according to the privacy policy.

Success Tick Icon
Congratulations on successfully joining CompareHero Newsletter

Kad Kredit Terbaik Dari Citibank

CompareHero.my Team

CompareHero.my Team

Last updated 05 August, 2016

Proses permohonan kad kredit Citibank adalah amat mudah dan cepat. Tidak kira samada ini kali pertama anda memohon kad kredit ataupun bukan, ulasan dari kami ini akan membantu anda untuk membuat keputusan dalam memilih kad kredit untuk dipohon.

Ciri-ciri Utama Kad Kredit Citibank

Pelan Easy Pay Installment

Pelan dari Citibank ini memberi anda kemudahan untuk menukar perbelanjaan anda kepada ansuran bulanan 0%. Pelan ini ditawarkan keatas outlet-outlet terpilih sahaja, jadi anda perlu maklumkan kepada pekedai yang anda ingin menggunakan kemudahan tersebut. Kadar yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Perbelanjaan minima

RM 500

Tempoh ansuran

3 – 36 bulan **bergantung kepada kelulusan dari Citibank

Pekedai terlibat

Lebih dari 1000 outlet seluruh negara

Proses permohonan

  1)Maklumkan kepada pekedai yang anda ingin menggunakan EasyPay Installment Plan

2) Bayar menggunakan kad kredit Citibank

3 Pembelian anda akan dibahagikan meng

Penggantian kad kredit

Anda benci akan proses penggantian kad kredit yang lama? Usah risau! Proses penggantian kad di Citibank hanya mengambil masa sejam sahaja, baik disebabkan kecurian mahupun kerosakan. Anda cuma perlu hubungi 03-2383 0000, laporkan  kehilangan/kecurian kad anda dan dapatkan kad baru anda selepas sejam.

Tiada liabiliti

Kehilangan kad biasanya amat merisaukan kerana dikhuatiri akan ada caj-caj yang dibuat tanpa pengesahan dan kebenaran anda. Kad kredit Citibank datang dengan perllindungan penuh dari sebarang liabiliti keatas kad-kad tersebut.

Hubungi 03-2383 0000dan maklumkan sekirangan anda kehilangan kad atau andan rasa ada transaksi mencurigakan.

MY_Blog_citi_121715_2

Tiada yuran tahunan untuk tahun pertama

Berita baik untuk pemohon kad baru! Anda tidak akan dikenakan yuran tahunan untuk tahun pertama anda menggunakan kad kredit. Syaratnya, buat 3 transaksi menggunakan kad kredit anda sebanyak 3 kali dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan

Program Ganjaran Citi

Dapatkan mata ganjaran setiap kali anda berbelanja!

Dial for Cash

Perlukan tunai dengan segera? Citibank menawarkan akses tunai segera yang unik dan menyenangkan yang akan didebitkan ke akaun anda 3 hari selepas tarikh permohonan diluluskan.

Kadar faedah yang dkenakan ialah dalam lingkungan  9.84% ke 10.57% setahun, dengan Kadar Faedah Efektif (EIR) maksima pada 17.9%.

Tempoh

EIR (17.9%)

6 bulan

10.57% kadar faedah rata p.a

12 bulan

9.96% kadar faedah rata p.a

18 bulan

9.84% kadar faedah rata p.a

24 bulan

9.85% kadar faedah rata p.a

30 bulan

9.91% kadar faedah rata p.a

36 bulan

9.99% kadar faedah rata p.a

48 bulan

10.19% kadar faedah rata p.a

Kad Kredit Citibank yang manakah paling sesuai untuk anda?

Untuk rebat tunai ketika membeli belah: Kad Kredit Citi Cashback

Kad terbaik bagi mereka yang gemarkan pulangan ketika membeli belah, dengan rebat tunai yang anda dapat akan dikira secara automati kke akaun anda. Ini bakal membantu anda untuk menjimatkan perbelanjaan. Anda tidak lagi perlu menunggu tawaran hebat dari pusat membeli belah dengan kadar rebat menarik untuk anda, tanpa perlukan perbelanjaan minima!

Keistimewaan & syarat kelayakan

  • Rebat tunai
    • 5% untuk petrol, terhad kepada RM 15 sebulan
    • 2% untuk perbelanjaan keperluan harian, terhad kepada RM 30 sebulan
    • 2% untuk perbelanjaaan di farmasi dan bil telefon, tanpa had
    • 2% untuk perbelanjaan lain
  • Syarat kelayakan
    • Umur: dari 21 tahun
    • Pendapatan minima: Rm 3,000 sebulan (RM 36,000 setahun)
  • Yuran tahunan & Kadar faedah
    • Tiada yuran tahunan dikenakan untuk tahun pertama dengan 3 perbelanjaan dibuat dalam masa 60 hari selepas permohonan diluluskan
    • Kad utama: RM 127.20 (dengan GST)
    • Kad tambahan: RM 63.60 (dengan GST)
    • Kadar faedah 15% setahun

MY_Blog_citi_121715_3

Untuk ganjaran eksklusif sepanjang tahun: Kad Citibank Rewards Platinum

Jika anda seorang pengumpul mata ganjaran, kad Citibank Rewards Platinum ini antara kad kredit dengan pelan mata ganjaran terbaik di pasaran. Dengan 5 kategori untuk dipilih, anda bakal menerima 5x mata ganjaran untuk setiap RM 1 yang anda belanjakan. Kategori-kategori yang ditawarkan ialah Membeli Belah, Hiburan, Pemanduan, Pelancongan dan Keperluan Rumah.

Mata ganjaran yang ditawarkan boleh digunakan di outlet yang mengambil bahagian, termasuklah jenama ternama seperti Parkson, Robinsons, Marks & Spencer, Padini, Uniqlo, Topshop. Bagi pengguna kad baru, anda akan ditawarkan 20,000 Mata Ganjaran dengan perbelanjaan minima RM 2,000 dalam tempoh 60 hari selepas permohonan diluluskan. Apa yang menariknya, anda masih lagi boleh menebus ganjaran anda meskipun mata ganjaran yang anda miliki tidak mencukupi. Tetapi, bakinya akan dicaj ke kad kredit anda.

Dengan tawaran yang menarik ini, pastinya ada syarat-syarat yang harus anda teliti. Yang pertama, tawaran 5x mata ganjaran terhad untuk RM 12,000 setahun bagi kategori Pelancongan dan RM 1,000 sebulan bagi kategori-kategori lain. Perbelanjaan selepas had tersebut akan dikenakan kadar biasa, iaitu pada RM 1 = 1x mata ganjaran.

Yuran & Syarat kelayakan

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 2,000 sebulan (RM 24,000 setahun)
  • Yuran tahunan: RM 106 per kategori (termasuk GST). Yuran dimansuhkan pada tahun berikutnya dengan setiap RM 15,000 perbelanjaan setahun.

MY_Blog_citi_121715_4

Untuk usahawan dan mereka yang sering keluar negara: AirAsia Citibank Platinum Visa

Kad ini direka khas untuk anda bagi menikmati keistimewaan sebelum dan sewaktu penerbangan, terutama sekali jika anda sering terbang bersama AirAsia. Faedah terbesar ialah anda boleh mengumpul sehingga 3x AirAsia Points dengan setiap RM 1 yang anda belanjakan. Anda layak untuk mengumpul sehingga 180,000 AirAsia Points setahun. Dengan setiap 2000 AirAsia Points, anda boleh menebus 500 AirAsia BIG Points. Rujuk jadual dibawah:

Tingkat perbelanjaan

AirAsia Points

RM 500 pertama

1x

RM 501 – RM 5999

2x

RM 6000 ke atas

3x

Ganjaran ini tidak terhad kepada itu sahaja. Dengan perbelanjaan RM 2,500 sebulan, anda boleh menerima 6 makanan dalam penerbangan (In Flight Meals) & 2 servis Pick A Seat percuma.

Dengan ganjaran-ganjaran ini, tidak hairanlah yuran tahunannya agak mahal (RM 402.80  termasuk GST), pemegang kad menikmati keistimewaan-keistimewaan lain, seperti makluman terhadap jualan istimewa, potongan harga terendah dan promosi lebih awal dari yang lain, serta diskaun di lebih 2400 outlet seluruh dunia.

Yuran dan Syarat kelayakan

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 2,000 sebulan (RM 24,000)
  • Kadar Faedah: 15% setahun
  • Yuran: RM 402.80 setahun (termasuk GST)

 MY_Blog_citi_121715_5

Untuk Rebat Petrol Maksimum: Kad Kredit Shell-Citi Gold

Jenama Shell merupakan pilihan anda? Jika ya, maka dapatkan kad ini segera untuk menjimatkan perbelanjaan petrol!

Anda akan menerima rebat sehingga 8% ketika mengisi petrol di semua stesen minyak Shell seluruh negara. Semak jadual dibawah:

Tingkat perbelanjaan bulanan

Kadar rebat

Had Rebat Bulanan

RM 300 – RM 999

4%

RM 10

RM 1000 – RM 2499

6%

RM 30

RM 2500 ke atas

8%

RM 64

Yuran dan Syarat kelayakan

  • Umur: dari 21 tahun
  • Pendapatan minima: RM 2,000 sebulan (RM 24,000)
  • Kadar Faedah: 18% setahun
  • Yuran: RM 206.70 setahun (kad utama) RM 106.00 (kad tambahan). Termasuk GST. Yuran dimansuhkan untuk tahun pertama dengan penggunaan 3 kali dalam tempoh 60 hari selepas permohonan diluluskan.

 Citibank tidak menawarkan kad Islamik, namun kad-kad kreditnya masih lagi mampu memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. Gunakan aplikasi perbandingan CompareHero.my untuk membantu anda memohon kad kredit hari ini.

Save

10% Cashback for Dining, Grocery, Petrol & Grab spend

No minimum Cashback accumulation

cta-apply-now

 

The CompareHero.my team is comprised of many talented individuals, sharing their knowledge, experiences and research to help others make better financial decisions.